Wednesday, July 27, 2011

First check up

Buku pink masa pregnant kan Dani. Lunyai dah..:)

Hari Isnin petang aku beranikan diri untuk pergi buat buku pink.. Hehe, aku takut sebenarnya. Takut tang nak kena amik darah tu..Sapa yang rajin follow blog aku ni mesti tau kan kenapa aku takut kena amik darah. Hehe, Oklah oklah aku bagitau... Kalau rajin klik sini dulu.

Aku takut amik darah sebab salur darah aku kecik sangat. Kalau nurse yang tak pandai carik salur darah tu, memang nan adolah darah yang keluar. So, konfem lah banyak kali kena cucuk kan..Sekali cucuk takdelah rasa sakit, kalau dah banyak kali? Lu pikirlah sendiri..hehe..:)

Akhirnya berdiri teguh jugak aku kat klinik tu. hehe. Dengan ditemani suami tercinta. Eceehhh.. Dia saja mintak cuti nak teman. Mengada nak teman. anak first oklah kot nak teman. Anak second, takyahlah pada pandangan aku. Kang jadik buah mulut orang2 kat klinik tu kang. Sebab apa, jadik buah mulut? Sebab dah terang2 aku kena bawak buku pink Dani dulu kan, so orang taulah aku nak buat buku untuk second baby..agaknya dorang cakap "nak buat buku lagi pun nak hangkut laki" Hahaha, aku agak je weyhh, Tak baik berprasangka buruk aku nih..Sebenarnya takut kerusi tak cukup. Awal2 aku cakap kat Enady, kalau ramai orang kang, papa dok kat luar atau dok tempat lain. Jangan dok kat area kaunter 7 tu tau. Tak ramai orang baru dok sebelah mama..:)

First time jugak aku check up kat KK Presint 9 ni. Sebelum ni kat KK Desa Putra, Sg. Merab, Kajang. Dia ikut alamat rumah. Aku dah pindah Presint 11, kenalah follow check up kat KK Presint 9.

Sampai giliran, register bagai. Pastu pergi pulak kat bahagian urine test. Setiap ibu mengandung dibekalkan dengan bekas urine sendiri. Setiap kali check up wajib bawak sendiri. Dah setle part tu, g makmal pulak amik darah sebanyak 10ml untuk 3 ujian :
1) VDRL+/-TPHA
2) Hb
3) HIV (Rapid Test)

10ml tu. Banyakkk... aku minta nurse tu cucuk kat pergelangan tangan sebab aku cakap darah saya konfem takde kalau amik kat lengan. tapi nurse tu tak berani. Dia carik jugak salur darah aku kat lengan. Degil betul nurse ni. hehe,,sempattt.. Dan alhamdulillah nurse tu sekali cucuk je, terus keluar darah aku.. Huhu. bravo bravo kakak nurse. Aku siap cakap, first time ni nurse berjaya amik darah kat lengan saya. Haha.. Kak N cakap, awak tak stress kot masa nak amik darah tu. Tu yang darah dapat keluar..Hihi, agaknye lah..:)

Selesai part tu, tunggu turn untuk jumpa nurse pulak. Untuk review pregnancy yang dulu. Termasuklah timbang berat, bagitau result Hb, suggest itu ini, suruh rehatla itulah inilah. Kira macam consultation la. Dan dengan terkejutnya bila aku timbang berat aku. Huhu, scaryyyy. Dah sah-sah kena minum air gula. Sob sob sob. Lagipun masa first pregnancy pun aku kena minum air gula sebab berat nak 2 kilo terus. So, wajib repeat untuk second. Hb pun paras-paras jek. Aduhaiii..Malas nak susah hati sangat. Aku biar aje.. Ikut je nurse cakap minum susu 2-3 gelas sehari, makan asid folik..

Dah selesai semuadalam pukul 4.30 petang, baliklah semula ke rumah. Nurse set appointment ngan doctor pulak keesokan harinya. Jumpa doctor just review semula pregnancy yang dulu dan set tarikh untuk first scan pada 30 September nanti. Haha, aku ingatkan jumpa doctor untuk scan. Rupanya tidak..Hehe..

Buku pink for 2nd baby. Dah tampal sticker hijau dah atas tu.
Sekian dulu review first check up untuk second pregnancy kali ni. Next appointment 22 Ogos 2011. Bulan puasa lak tu..Huhu, larat ke tak aku puasa ni. Insyallah dengan niat yang betul, aku akan puasa..:)

2 comments:

::( ';')جو أمير(';' ):: said...

wah ana.. awal2 dah dapat sticker ijau.. daku nanti kalu peknen, mesti dapat sticker kaler ni jugak.. ahahha.. kite kan geng.. :)

CaHaYa^KetEnaNGan said...

rindunyer pada semua itu :-)