Thursday, July 28, 2011

2nd baby of Shahrul & Seri


Semalam tengahari aku ngan opismate : Kak N, Dayan, Qila dan Nor berkesempatan melawat baby baru Shahrul dan Seri. Nasib baik sempat, sebab petang tu Seri dah nak balik Labu, Negeri Sembilan. :)

Ibunya yg duduk bersimpuh tu. :)

Syukur alhamdulillah, dah dapat sepasang anak dah. Dan kali ni bersalin normal ok. Tu yang nampak selamba je Seri duduk bersimpuh tu kan..:) Tahniah Seri! Masa anak first Seri bersalin c-zer. Marissa Hani namanya. Berumur 3 tahun.

Nama baby tak dapat diketahui lagi. Ibu ngan ayah dia belum decide. Berat baby 3.55kg. Fuhh, besar jugak. Normal pulak tu. Tahniah lagi sekali Seri! Jaga diri baik-baik k..Selamat bercuti dan berpantang..

noted : sempat jugak meninjau sekitar rumah baru Shahrul n Seri ni..lawa..

Updated : Entry ni sebenarnya terlupa nak publish. Tersimpan je. Patutla aku tengok takde pun entry baby ni. Huhu. Nama baby dah tau, Muhammad Aqil Harith. :)