Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

Ex-Wang Awam I Berbuka Puasa : Thai Tomyam Kung, Ayer @8

Thanks to geng-geng Ex-Wang Awam I, MOF yang arrangekan majlis berbuka puasa ni. Tiap tahun tak pernah miss lagi berbuka ngan dorang walaupun beberapa kerat je yang ada... Kecuali tahun lepas, xdpt nak join buka puasa sama-sama...
Iftar Wang Awam I 2012 kat D'Limau Nipis, Bangi
Iftar Wang Awam I 2011 kat De Lanai Cafe, Presint 10
Iftar Wang Awam I & II 2009 kat Puteri Bongsu, Bangi
Iftar Wang Awam I 2009 kat JM Beriani, Alamanda
Ada gak tahun yang kitorang buka sama-sama tapi aku terlupa la tu nak update kat blog. Tahun bila ek yang kat Perantau Hill tu... 2013 rasanya...
Tahun ni, venue yang menjadi pilihan, Thai Tomyam Kung kat Ayer @8, Presint 8. Mula-mula plan nak ke Perantau Hill. Tapi macam jem nak ke sana dan dah makan masa kat situ.. Pastu konfirm ramai orang...
Eh, kat Tomyam Kung ni pun ramai gak... sesak gak ngan orang...

Menu yang diorder : 

Kung Brokoli + Udang. Zara meratah brokoli tu je lepas makan nasik...


Ayam goreng gajus.


Kerabu mangga. 

Kengsom Ikan Siakap. (A…

Selamat Bersara Datin

Minggu lepas, sempat gak buat farewell untuk Datin. Pengarah INSPEN. Bukanla farewell ape pun. Just jamuan makan-makan je Datin nak belanja semua staff dia... Tq Datin.
Simple je but nice. Makanan sedap... Syahdu...

Sebelum majlis bermula, kitorang semua kena ada kat tangga 26 untuk sesi bergambar... Ni sebelum Datin sampai, sempatla wefie kan...


Dah macam majlis kawen kecil-kecilan je siap ada tent tu... cantik... 


MC pada hari tu... PA Datin sendiri. Kak Maria... Sedap kak oi suara bila jadi mc.. haha..

Sambil-sambil orang berucap tu, siap ada kudap-kudap haaa... Masa ni selera ok lagi... leh la lagi balun berkeping mee siput tu kan...sedap betul!

Ni je yang lalu makan... Nasik - nasik memang dah lama xleh telan... so, kita makan lauk je... tu pun xlarat habis... buah-buah tu ok... hai tekak, bila ko nak beselera balik ni...

Makan-makan... 


Sape paling tembam... hahahahaha...

Tq Datin for everything... Aku sempat ngan Datin dalam setahun 2 bulan camtu je... Ingat lagi, first lapor …

The Store Branded Warehouse SALE 2015

12 - 28 Jun 2015.

Auditorium Cempaka sari, Perbadanan Putrajaya, Presint 3. Landmark sebelah ASB punya bangunan tu...

Tinggal lagi seminggu je sale ni.. Apalagi korang, g lah terjah cepat...

Baju raya anak-anak semua sini aku beli.. setel dah. Kasut dorang je takde lagi.





Rambang mata dah nak pilih... Baju brand Polo pun murah2...


Skirt ni RM15 je after diskaun... 

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Jurassic World

Aku yang ajak anak-anak n Enady nak g tengok citer ni.. Hahaha.. mama yang excited lebih. Zara pun excited. Dani awal-awal lagi dah cakap, macam tak best je mama... huhu,, ala taste dia citer robot citer kereta, dia suka la..
Tapi still nampak la excited dia nak g tengok tv besar katanya...
Dah book tiket awal hari Sabtu. Ikutkan hati bila tiba harinya, rasa cam malasssnya nak kuar... Kepala ting tong. Tapi dah berjanji kan... bawak jelah...


Sampai Alamnda ngam-ngam haa... tapi sempat gak la amik gambar kat dinosour tu... Dani ngan Zara takut mula-mula.. hahaha, ntah apa2... bukannya dinosour betul pun...hikhik.. tu pun takut.. =p

Boleh tahan ramai jugak la dalam panggung tu. ramai jugak bawak anak-anak.. haha, ada geng! anak2 buat bising. Citer dia macam lambat sikit nak sampai ke jurassic park tu. so anak-anak boring asyik cakap cakap je... belikan pop corn pun tak mau diam.

Dani ok la mau gak dok diam. Si kakak, aduhaii... siap pakej jerit semua la bila dia boring tu. Paling yang …

Selamat Bersahur

Ni je yang tekak lalu nak makan...Selamat Bersahur semua...

KidZoona

Dulu dah pernah pegi sekali...

http://honeysour00.blogspot.com/2013/11/kidzoona-aeon-taman-equine.html

Pastu lamaaaa dah tak pegi... Hehe...

Then weekend yang cuti panjang ari tu taktau nak jalan mana lagi, papa dorang ajakla g taman indoor... so sini jelah yang paling dekat, murah dan besar. Kat D Pulze tu kecik. tak puas budak2 nak main...
Masuk sini macam dah naik harga. RM17 sorang. Dulu RM15 kot. Ikut la lama mana anak-anak korang nak main...nak tido situ pun boleh..hahaha.. *taklah.




Tempat ni ber'aircond'. Taktau la nape Zara main berlari-lari dalam ni macam berpeluh pulak gambar..




Mama pun nak main dalam ni.. Hahaha... Bagi can laaa..



Muka kami sama... :)



Suh Zara amikkan gambar... alahaiii anak... jauh bebeno...


Main traktor pulak...


Lepas tu ada sesi mewarna...




Tekun betul kakak sambungkan titik2 tu...




Lepas mewarna tu, ada maskot ni keluar.. Taktau la apa nama dia..haha, dah lupa... Si Zara mula-mula takut nak ikut joget2 tu, tapi lama-lama mula seronok joget-joget...



Out Station + Holiday

Yeayy! Selamat gak sampai kat Marina Cove, Lumut. Ada meeting pengurusan pentadbiran kat sini. Jumaat sampai Ahad. Exspecially untuk skim N.Daftar kul 10 pagi kat INSPEN then kul 11 gerakla ke Lumut. Sempat singgah teratak ayahbonda makan tengahari. Terima kasih ibu ayah.:)
Lalu kat Seberang Perak, Kampung Gajah, jumpa ni... damainya rasa bila tengok sawah menghijau n langit membiru.... 

Sampai Marina Cove, Lumut dalam kul 5.30 petang...
Lama sangat tak datang sini... Last datang zara dalam perut lagi rasanya...


Anak2 ni dah nampak kolam..mula la deme mengelejat nak mandi nak mandi...



Dari Vietnam

Terima kasih Dr. Rohana.Jauh datangnya ni... dari Vietnam.Bila ek nak sampai sana..:)