Skip to main content

IFTAR Seksyen Wang Awam I 2012

Alhamdulillah...

Menjadi jugak plan nak berbuka puasa beramai-ramai ni.. Tahun lepas kat De Lanai Cafe. Masa tu aku berdua je ngan Dani. Enady tak dapat nak join sebab kerja. Tahun ni pulak aku bertiga ngan Dani n Zara. Enady juga tak dapat nak follow sebab kerja.. Huhu.. sedih..


Nor dan anak-anak. Naufal dan Nadhim

CikDayan + Zara + Ecah

Tahun ni berbeza sikit. Takde buffet-buffet sebab harga nya dah melambung naik. Kat De Lanai tu dah takde buat buffet. Kat Umai rm39.90 sekepala. Gila mahal. Tempat lain sampai mencecah rm60-rm70. Tak mampu rasanya utk aku nak bayar sebanyak tu semata-mata untuk makan je. Kalau orang belanja tu lain cerita lah..Hehe..

Tahun ni buat kat D'Limau Nipis. Nun kat Bangi. Sederet ngan Outlet Fareeda. Apa yang dimakan, bayarlah sendiri sebanyak mana yang dimakan tu..


Ciksu n Cikmaz baru sampai.. kat meja, Nurwasilah Maisarah n Naufal

Aku pergi ngan Kak Izzah. Kak Izzah sudi nak tumpangkan aku. Terharu~~

Terima kasih Kak Izzah.

Aku sebenarnya takut sikit nak naik rumah kalau aku sensorang je bawak anak-anak. Parking kat atas mmg takdelah kan kalau balik kul 8-9 malam tu. Aku memang parking kat Basement. Suasana basement tu siang2 aku tak berapa kecut perut lagi. Kalau malam.. phewwww.. serammm je rasa. Pagi-pagi pegi kerja memang Enady teman turun bawah. Balik kerja siang takpe lagi lah..Aku ni penakut jugak sebenarnya. Penakut kalau apa2 jadi kat anak2. Dorang tu kecik lagi :)

Melayan Dani makan..


Kak Izzah amik aku jam 6 petang. Jem gile nak keluar Putrajaya. Tapi sempatlah sampai sebelum berbuka. Kul 6.30 petang dah sampai.


kak Izzah punya. Aku ikan tu je,,


D'Limau Nipis memang terkenal ngan air limau special tu ngan ikan bakar. So, dua benda tu je yang aku order.

Portion aku. Separuh je habis ku telan.

Nik Muhammad Nadhim

Alisha Damia

Berapa ketul tembikai ntah dia makan..

Sampai-sampai Dani memang sangat behave. tunggu je aku amik lauk. Apa yang bagi dia makan. makan makan makan dan makan. Adela nak dekat 20 minit gak dia mengadap makanan tu. Sekali dia dah kenyang dulu. Berbuka belum lagi ni. Ngamuk-ngamuk dia nak turun dari baby chairnya tu. Uwaaa, start dah tension mama ko ni Dani.

Ke hulu hilir.. ke sana ke mari. Bila geng dia, si abang Naufal dah habis makan dan mula turun dari kerusi jugak, baru rasa selamat sikit seab dia dok ralit main deng dang yang Rozi beli. Dia dok main ngan Naufal lah.

Yang si Zara kepanasan, kehausan dan kemengantukan. Pakej sekali!

Tak tenang aku nak makan. Walaupun Ciksu tolong pegangkan Zara bila dia dah habis makan. Bila dah orang pegangkan tu, ytakdelah nak makan secara melenggang kangkung pulak ye.. makan cepat-cepat macam nak tercekik.. Tak habis pun sudahnya. Ikan bakar pun sebelah je aku sempat makan.


Aina, anak En. Farihan.

Rozy n Mia..

Nilah Kak Izzah.. Mekasih Kak Izzah..:)

Lebihan Dani. Suka makan tembikai rupanya Dani ni..

Lastly, Cik Zara! hai ...

Tahun depan kita jumpa lagi..:)


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥
1 comment

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…