Showing posts with label ex-mof. Show all posts
Showing posts with label ex-mof. Show all posts

Ex-Wang Awam I Berbuka Puasa : Thai Tomyam Kung, Ayer @8

Thanks to geng-geng Ex-Wang Awam I, MOF yang arrangekan majlis berbuka puasa ni. Tiap tahun tak pernah miss lagi berbuka ngan dorang walaupun beberapa kerat je yang ada... Kecuali tahun lepas, xdpt nak join buka puasa sama-sama...





Ada gak tahun yang kitorang buka sama-sama tapi aku terlupa la tu nak update kat blog. Tahun bila ek yang kat Perantau Hill tu... 2013 rasanya...

Tahun ni, venue yang menjadi pilihan, Thai Tomyam Kung kat Ayer @8, Presint 8. Mula-mula plan nak ke Perantau Hill. Tapi macam jem nak ke sana dan dah makan masa kat situ.. Pastu konfirm ramai orang...

Eh, kat Tomyam Kung ni pun ramai gak... sesak gak ngan orang...


Menu yang diorder : 


Kung Brokoli + Udang. Zara meratah brokoli tu je lepas makan nasik...


Ayam goreng gajus.


Kerabu mangga. 


Kengsom Ikan Siakap. (Asam Pedas). X nampak macam asam pedas pun... Macam kuah tempoyak pun ada rasanya...



Sup Ayam.


Tunggu nak berbuka.... sembang la tanya khabar diri masing-masing.. Semua dah lain tempat. Nama pun Ex-wang Awam I kan... CC je stay lagi kat Wang Awam I tu... Kak Zai, KDN, Qila kat Kastam KJ, aku INSPEN.  




Makan dulu dah budak ni... Tak cukup pinggan pastu pelayan takde pulak lalu lalang.. aku nak kuar g amik mmg xleh kuar dah.. sempit... so, dalam tutup periuk pun jadikla yer Zara... Hahaha... Bertambah-tambah nasik...


Aku import Kakyang. Dia ada kat umah minggu ni.. tapi dah balik Ahad ari tu.. Final exam start ari ni kan.. Gud luck Kakyang!...


Hehehe, orang tak lalu nak makan, makanya cuit-cuit je buat rasa pastu minum air yang banyak... Nasi xlalu nak telan. Tukang amik gambo jer kite... Seronok tengok orang makan ramai-ramai ni. Anak-anak pun bukan main bertambah2 makan...


Qila buat ape tu???? =p Garu hidung...hihi


Ex-Wang Awam I yang hadir...


Tq again semuaaa....jumpa lagi nanti... :)



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Kenduri Kahwin di Bukit Jelutong

Haaa, cuti sekolah dah start ni memang tiap-tiap minggu la ada orang kahwin...

Minggu lepas kat Bukit Jelutong, Tq Puan Bashah di atas jemputan. Tapi yang datangnya kami berdua je. Anak-anak kat kampung lagi...

InshaAllah minggu ni balik amik dorang n ada kenduri kawen gak. Schoolmate aku dulu.. Hahaha, tak sangka betul kome ye... Madah ngan Abu... Pandai korang buat seprais.  Madah ni member sekolah menengah dulu, sekarang ni geng aerobik Ibu aku.. hehe... Abu pulak kawan sekolah menengah gak... sekampung juga... dekat-dekat je jodoh korang yer... Tunggu aku datang nanti :)


Actually pagi-pagi tu kitorang merayap g Pasar Karat dulu carik baju basahan kami RM5.. Aku paling suka baju budak-budak n legging... dapatla rembat untuk anak2 sekali...  walaupun RM5 tapi cantik2.. Jadikla nak, baju kat rumah ngan g Taska... :)

Lepas dah merayap tu carik petronas, salin seluar.. berpeluh2 haaa... Pastu baru g Bukit Jelutong...



Kerabu mangga dia sedappppp nyums! Air sirap tu menggoda. Dahla tengah panas kan... minum air je dah bergelas-gelas, Mujur catering sediakan jug kat setiap meja.. Bagus.. takyah aku bangun 3-4 kali nak amik air.


Dah 2 kali aku g wedding jumpa pelamin macam ni.. Memang tengah in ek pelamin macam ni?




Yang ni paling aku suka. Really love it! Comel sangat kat mata aku... Dah simpan buat hiasan n kenangan dah. Bunga tu DIY je oleh Puan Bashah. Mane aku tau? Hahaha, sebab 2 minggu sebelum aku ada g umah dia jap hantar Collagen. Nampak la dia tengah buat goodies ni... Kreatif la puan... Warna purple plak kan... warna favourite ai tu.. :)


With Puan Bashah...Muka tanpa bedak dan lipstik. Ate baru balik dari Pasar karat... hahaha, berpeluh-peluh... Minyak wangi je bawak...



Disebabkan ada hal petang tu, x sempat nak lepak lama kat situ n tak dapatla nak tengok pengantin...

Tq Puan Bashah di atas jemputan... Gantung kuali saya tengahari tu... :)




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Lunch Date Ex-Wang Awam 1


My Ex-opismate yang baik lagi budiman *Lenon kalau ko baca ni ko kene belanja akak 1)kain phua Sarawak 2) Teh C Special 3) Nasi Ayam Ketuk  4) Laksa Sarawak   wokeh..haha, giler banyak wishlist! bhahahahaha!

Lenon Tuing.

Dia dapat pindah balik ke hometown dia... Sangat best lah kan bila dapat balik keje kat kampung halaman, dekat ngan mak ayah, childhood memory keliling ko... Kawen pulak ngan orang yang dekat-dekat situ gak. Nanti anak-anak ko membesar sama tempat dengan ko membesar. Giler tak best!

Ok dah melampau pulak imaginasi... mihmih...

Rindu kampung halaman sebenarnya dan jeles Lenon dapat keje kat kampung... =p

So, kami-kami yang cantik lagi menawan ni, sajelah ajak lunch date. Saje nak jumpa-jumpa menghilangkan rindu.. eceewahhh! =p 

Beli hadiah tanda perpisahan sikit...

Dah ajak bekas-bekas staff Wang Awam 1 dulu, akhirnya beberapa orang je yang dapat join. Kak Izah, Kak Zai, Qila, aku dan tuan empunya badan yang nak pindah ni. Ni lunch ala-ala farewell la ni... Terbayang-bayang kalau farewell kat Wang Awam dulu.. Meriah uollsss..

Sambal Nani, Laksa Kak Timah, Puding Trifle Kak Zai, Asam Pedas Kak Izah, Asam Pedas Kak Lin, Koktel Ecah n Dayan, Sandwich Cik Aida & Cik Ita, Sate part bos-bos la, En.Jenal, En. Zulnaidy, En. Bad, Puan Suhaila, Rendang Cikmaz, Red Velvet Ciksu, Kuih Sagu En. Farihan, Mee Goreng Udang Puan Bashah, Kuah Lodeh Qila + Ecah, Mee bandung Muar Ita, Rozy selalu bawak apa ek, haaaa, kopok leko la dia selalu bawak sebab dia org Ganu...yang tak sebut nama tu maaf... dah lupa ingatan sikit.

Eh, dah kenapa mengimbau sangat ni...

Tsk tsk tsk tsk rinduuuuuuuu! Memori yang takkan berulang kembali.. Kalau berulang pun, takkan sama... T_T


Nah pulut mangga! 

Teringat kat Ann... hihi... not bad.. sedapp, tak manis leting macam yang ko makan tu Ann... :)

Keh keh keh...

Kitorang Lunch Date kat Restorang Tomyam Khung kat Ayer @8 tu je... Aku harapkan dapatla makan tomyam kan, sekali nan hado... Hanya nasi campur biasa2 tu...


Agak tak tenang aku nak makan sebab Dani Zara request itu ini.... pandai pulak tu nak air green... Jus apple rupanya cik Zara oii...Dah order air bandung cincau dia g tukar air green.. Mama ko kenyang minum air je nak... Yang si Dani, nasik habis nak tambah lagi nasik.. hahaha, lapar ye anak2... balik rumah baru repeat makan nasik yerp..









Dah licin haaa muka Cik Qila kita ni....

Phewwwiitttt!

Apa rahsia? hehehehe...

Rahsia dia adalahhh... Dia makan produk SHAKLEE!!!!.. :)

Serius licin dan makin cantikkk... 

Cepat-cepat kawen Cik Qila...#taktau ler dah ada calon ke tak? hihi...

Eh, ni entry untuk Lenon ke Qila ni? Hahaha...


OK Lenon! Gud Luck di tempat baru. jangan lupa kami di sini... See you Again...:)


*lambai-lambai tangan.

Lunch @ Umai D'Lake, Putrajaya

Jumaat lepas, berkesempatan jumpa kembali setelah menjelang setahun kami terpisah gara-gara TTP. Treasury Transformation Programme.

Tq Kak Izah di atas pelawaan ini.. dan juga belanja kami-kami ni.. :)

Oh ye, bukan Kak Izah dah.. CC Izah... hihi..

Ingat dapatla jumpa Rozy ngan baby baru dia, rupanya Rozy cuti balik kampung...

Aku orang first sampai, jadinya aku lah yang mengorder kan dulu...


Ikan siakap masak stim limau..


Kangkung Goreng


Telur dadar...


Udang celup tepung.


its mine.. Carrot susu..


Posing dulu sebelum makan.. yeayy!

Ada Kak N + Fiqah. Dah darjah 1 dah dia...

Ada Ecah, X-PA En.Zainal. Eh Dato' Zainal.. =p

Ada Mai aka Gina, Kak Zai.. orang-orang kuat KDN..

Kak Izah aka CC Izah..

And Last sekali, Lenon... Lenon tak solat jumaat takpe dia lepak ngan kitorang hari jumaat.. hihi...





Oh yang gambar ni buat aku terharu.. Kak N IbuAfiqah kata sejak aku xde mana ade dah bergambar2 kat Seksyen Wang Awam 1 tu.. alololololo.. so swittt... kat opis baru ni tak ramai sangat macam dulu nak wefie... 3 orang je hehe..




Lastly, semoga jumpa lagi korang semua...

Rindu Qila, Dayan, Rozy, Nani, Kak Timah, CC Usop, Kak Lin, Ummi, bos2, CikMaz, Ciksu, Puan Fazlina, En. farihan, dan semua2 yang kat Wang Awam 1 dulu...

Panjang umur kita jumpa lagi nanti.. :)

Semoga Maju Jaya...

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Out Station + Mahkota Hotel, Melaka + Dinner @ Alai + Menara Taming Sari + Coconut Shake, Klebang

31 Oktober ari tu sampai 2 November 2014, Bahagian anjurkan Mesyuarat Perancangan Kokurikulum Latihan untuk INSPEN pada tahun 2015 kat Hotel Mahkota, Melaka... So Melakaaa.. here we come.. :)

dah balik dah pun... =p


Bape kerat je naik bas.. Yang lain g sendiri.. Melaka kan, tak jauh pun...


Tak boleh tinggal sahabat sejati ni... :) Nama dia Lecithin. makan kat Hotel konfem sedap2 kan... 


Sampai dah tanah bertuah Melaka... Agak sesat gak ari tu... terlajak g kat tepi laut nun... padahal kena kona kiri... Tapi akhirnya sampai gak...


Sampai dalam kul 11.20 pagi. Terus mulakan mesyuarat...


Meeting habis awal sebab hari Jumaat kan. So, kul 12.15 gitu g lunch... Lepas lunch, still kena tunggu untuk check in.. Dalam kul 2 petang baru dapat kunci bilik...


Nilah biliknya... Teringat dulu... rupanya aku pernah la datang Hotel ni.. hahaha, Call Enady bgtau... Laaaa, Hotel masa g Family Day Hicom Teck See tahun 2010 kot kalau tak silap... Hehehe.. Jap carik link dia...  OK  ni dia... http://honeysour00.blogspot.com/2010/11/family-day-hts-2010-annual-dinner.html





Still the same yang macam aku dapat masa Family day tu..




Pandangan dari dalam bilik di waktu tengah malam... Kul 12 tengah malam pun still ramai orang lagi... bising gak. Tapi aku lena je hahaha.. dasar bagi bantal n katil terus tido... Mase ni lah teringat 3 ketul kat umah tu... Rindu!

Hari Kedua

Yuk selfie dulu berlatar belakangkan Mahkota Parade! Memoninggg.. :)




Ni breakfast pagi tu.... sedappp...


Hari kedua ni lebih kepada kerja berkumpulan. Menambah baik SKT dan tugas2 masing2. Bos2 meeting kat bilik lain. Kami2 meeting kat sini.. Hehe, bos xde, makanya...... sila sambung sendiri...




Inilah jadinya! Hahaha... Sambil2 buat sambil bergambo...hahaha



Ok, ni menu lunch.. sedap-sedap la makanan kat hotel ni...





Lepas petang tu, aktiviti bebas. So dah plan awal-awal nak dinner ngan exbos aku En. Farihan n family kat Alai... 

What a small world... En. Farihan tu pun officemate member aku si Ummy ni.. Zaman dorang bujangn n keje kat SPA ke JPA nun.. aku tak ingat dah... Aku kenal Ummy ni from En.Farihan la... dia pernah call aku bagi semangat masa aku breastfeed Dani... tuptup terkeje plak satu opis.. haha...



Taktau ada event apa kat bawah hotel ni... Yang pasti dia buatkan jalan jadik jem.. hehehe...


MEDAN IKAN BAKAR ALAI, MELAKA

Sampai dah kat Alai... Lama jugak tak jumpa En. Farihan n Kak Laila... Aina pun... Masa dia tukar JPPH Melaka, Ammar tu baby lagi... La ni dah beso... Aina la semangat betul tengok badan dia... :)


Apa lagi.. makan makannn la....




Sedapppp sangat sambal kicap dia... teringat2 dah aku haa.. mujur tak mengandung kan... =p


Licin! Aku la tukang perabih.... =p


Kak Laila with anak bujang nya, Ammar.... seeee, besa dah kan...


RESTORAN ASAM PEDAS POKOK BESAR, MELAKA


Balik dari Alai, round2 lagi carik asam pedas pulak.... hahaha, memang kaki makan kami ni... Tapi frust.... asam pedas habis dah...




HARI KETIGA


Hari ketiga breakfast.... western lagi....


Paling win.... Puding roti dia.... perghhh perghhh meleleh ayaq liuq ni...


MENARA TAMING SARI

Lepas habis dah sesi pagi tu. Tengahari cabuit la balik... Aku ikut Ummy dulu pusing2 bandar Melaka... Anak2 Ummy nak naik Menara Taming Sari ni... Aii followww... :)

Kali kedua la aku naik...

First time dulu naik ngan Enady n Dani baby lagi...

http://honeysour00.blogspot.com/2010/11/menara-taming-sari.html

Gambar before kat bawah ni ada dalam link tu.. cer klik n carik perbezaan.. hihi..







Suka ye Afif n Uzair... :)


Aku n Ummy...

COCONUT SHAKE, KLEBANG

Lepas Menara Taming Sari, singgah pulak kat Coconut Shake kat Klebang nun...



Orang boleh tahan ramai...


Nyummmm.. sedappp.. teringat2 la..



Takde ruang kosong nak duduk...


babai Klebang, nanti jumpa lagi.. Nak bawak Enady ngan anak2 aku plak...


Yang ni khas untuk bungkus.. amik ko, panjangggg beraturnya...
Kat dalam untuk yang dine in...



Berakhir sudah cerita Melaka...

3 Hari 2 Malam...

Fuhhhh, lama kot terperap kat draft...

Thanks bos Unit Latihan kos anjurkan mesyuarat ni kat sini.. Thanks kawan2 lain.. Thanks En.farihan for the ikan bakar super sedap itu... Thanks Ummy sebab hantarkan aku balik sampai bawah rumah.. Hehehe....

Thanks all!

Yang pasti nak repeat lagi g Melaka ngan family sendiri... Just holiday...

Babai Melaka.


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...