Skip to main content

Family Day HTS 2010 | Annual Dinner

hai korang. assalamualaikum...

fuhhh..3 hari tak tulis blog rasa macam tak best je hidup ni..hahaha..taklah, dah nama blogger tegar kan, blog kalau tak tulis sehari rasa lain macam..hehe..

actually, aku busy ngan family day tempat keje enady. bukan jadi commitee ke ape ke.. busy bersiap..packing packing baju semua2 tu la...hehe..

sedikit frust sebab enady kene keje hari sabtu tu. balik kul 3 ptg. so plus minus bertolak dalam kul 5 jugak la...oh ye, family day ni kat Melaka. menginap kat Mahkota Hotel Melaka. aku mmg lost terus jalan nak sana. seb baik ada abg ipar yg baik hati bagi pinjamkan GPS nya.

ada citer sket pasal GPS ni. abg ipar enady dtg umah aku kul 12 tgh malam nak bagi GPS tu.
Enady try la kat kete kitorang, ok..on.. so, takdela cek-cek lagi esoknya (means sabtu la) dok biar jela sebab confiden yang GPS tu ok. sekali bila kul 5 ptg nak bertolak tu kan, boleh pulak tak boleh nak caj kat tempat bakar rokok tu. hanginnn je enady.. aku ngan dani senyap jelah. tak berani nk bersuara bila dia tgh hangin tu.. gedebak gedebuk kul 6 ptg jugak baru masuk highway. berenti jap kat RnR Dengkil, nk carik charger yg lain. sekali dah charge pakai yg baru pun, tak boleh on jugak. sah problem tempat bakar rokok tu. dlm hati aku, habisla..konfem main redah je ni g Melaka. dua-dua tak pernah pergi sendiri. aku pulak, bila enady kata dah ade GPS, takdela aku print map nk ke Melaka tu. yg aku tau exit ayer keroh aje la..

sampai tol ayer keroh dah kul 7 malam. berenti jap kat Tol tu. baru enady teringat yang dia ada print map nak g ke Banda Hilir tu.. fuhhh..lege.. tapi mmg mncabar la.. siap gaduh2 manja lagi bila tgk map tu... lagi satu, malam kan..so, mana nak nampak sangat..dalam kul 8.30 baru jumpa Hotel tu..huhu.. sampai2 tgk dinner dah start dah..kitorang g amik kunci bilik dulu, tukar baju, standby susu dani...kul 9 baru turun... orang semua dah siap makan dah..hehe..kitorang baru terhegeh2 nak makan..

alamak..panjang nye aku story... korang ok kan... nak baca lagi kan...jom... tgk gambar pulak...


desert.. lauk dinner bak kata enady, cam kureng skitla.. tapi aku bedal je..haha..tak sempat nk tgkp gambar nasik.


mase dah kurang dah orang..sebab dorang g tengok bola final piala malaysia kelantan lawan negeri sembilan tu kan..


dani yang ngantuk. tdolah dia sekejap. pastu bangun balik sebab speaker kuat gile.


oh ye, tema malam dinner tu, Sports Nite. so, enady decide nak pakai baju Man U je. Gigih carik baju Man U kat Uptown Shah Alam malam jumaat ari tu. Yang bestnya, saiz dani pun ada. comel betul baju dia..



tetamu undangan malam tu, Nadia AF berapa ntah aku tak ingat. AF6 kan.. kecik betul dia.. suara mantapp!

aku ngan Yan. sahabat lama mase aku keje kat HTS dulu. kawen ngan orang HTS, dapatla ikut family day n jumpa ngan kawan-kawan lama.besttt..masing2 dah kawen dan dah ada sorang anak..

ok, last sekali...gambar tuan tanah la...Man U Die Hard Fans!..=p dani dah ngantuk kot tu..hehe..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥
3 comments

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…