Ujian lagi

Aku redha padaMu Ya Allah jika ini ketentuan dariMu.

Cuma satu ku pinta, Kau sembuhkanlah derita yang ditanggung oleh anakku yang masih kecil itu. Dia belum mengenal lagi erti kehidupan ini. Kau berikanlah dia peluang untuk terus hidup kekal sihat di alam fana ini.


***********************

Dani cirit birit sejak hari Rabu yang lepas. dari dalam wad lagi. Then aku tanya doctor pakar, this is because antibiotic yang diambil oleh Dani. Just fine. Its ok..Aku pun lega bila doctor pakar kanak-kanak yang cakap macam tu.

Then, till now, Dani cirit birit lagi. Kesian aku tengok. Sepanjang hari ni, dia lembik je. Makan taknak, minum pun kurang. Hanya melepek je kat atas toto depan tv. Kalau aku bergerak sikit, mulalah merengek.

Pampers dah 15 keping hari ini bertukar. Penuh dah dustbin dengan pampers Dani. Sampaila petang tadi, panik aku bila tengok kat pampers dia ada darah. Terus siap-siap pegi klinik An-Nur kat Presint 14 tu. Doctor suggest bagi susu yang free lactose. then try bagi air isotonik. tapi bukan yang bergas tu such as 100 Plus. Kat situ juga aku melayangla RM97.90. Hurmm, memang aku ikat perut bulan ni. :( Takpe, demi Dani, aku harus kuat! ( Terus terlintas kat fikiran, wajib amik insurans anak ni, sape agen Prudential? aku nak buat insurans ni)

Pegi Alamanda jap, then terjumpa jiran lama, Ina n family, dia pun ada cakap, yang anak dia Aisy pun pernah cirit birit yang sama dengan Dani alami. Just bagi minum susu free lactose. Insyallah dalam masa seminggu, baikla.. Huisshh, seminggu tu.. alahaii..thanks Ina. Sebab dia jugakla aku nak register Insuran untuk anak ni. Huhu..

noted : terpaksa cuti lagi esok. Harap sangat bosku dapat memahami..

Melalui hari-hari bahagia di wad =p

Isnin | 21 Feb 2011

Hari pertama di wad. Agak asing sebab tak pernah duduk wad kanak-kanak kan.. Dani ditempatkan di Katil 22, Wad 2C, Hospital Putrajaya. Satu bilik ada 4 orang. Hari pertama manelah nak kenal-kenal lagi. Masing-masing tutup tirai bila tiba waktu tido. Hehe.. Geng-geng Dani yang lagi 3 orang tu semua masuk wad sebab asma. So, bila kene buat nebuliezer tu, paham-pahamlah keadaannya di wad. Dani tak lena tido! Hihi..



Masuk-masuk wad je, demam Dani dah takde. Syukur alhamdulillah.. Pagi-pagi memang kurang selera makan dan minum. Bagi makan biskut barulah dia nak makan sikit-sikit.



thanks to Rozi, Gna, Nor, Dayan dan Kak Izzah yang sudi melawat Dani mase lunch hour tu. Tak lupa CC Yusof pun ada datang. Oh ye, kawan-kawan blogger pun ada datang. Elly, Mas dan Mar. Thanks sangat-sangat. Terharu tau..:) Mas siap tapaukan aku nasi ayam lagi. Gambar dorang lupa pulak aku nak amik..:)


Lastly, Dani tertido dengan balloon-balloon yang aunty-aunty bagi.. thanks aunty muah muahh, said Dani..:)


Selasa | 22 Feb 2011



Hari kedua di wad. Dani menunjukkan respon yang sangat baik. Maknanye, dia sudah aktif. Sudah mau makan. Cuma minum. Yang paling aku tak boleh blah, kalau dia nak tido, tak mau ok baring atas katil hospital tu. Nak baring kat atas badan aku n tepuk-tepuk baru dia nak tido. Adoi..matilah mama macam ni nak anta Dani ke nursery balik ni.


Dani pun dah dapat kawan baru. Ni abang Umar nama dia. Umur 4 tahun. Demam dan batuk tak baik-baik. Lepas tu ada asma pulak. Dan Umar adalah kanak-kanak istimewa. Seriusly, masa mula-mula, aku tak nampak pun Umar ni macam kanak-kanak istimewa. Pastu bila aku terdengar doctor datang dan tanya macam-macam untuk rekod. Baru aku tau Umar ni one of the special kids. Sangat behave. Tak hyper pun. Sejuk perut ibu yang mengandungkan dia. Anak bongsu dari 5 beradik. Kakak-kakak n abang dia semua normal.




Awek ni nama dia Rey Wafaa Alyaa. Umur baru 8 bulan. Masuk wad sebab asma. Kesian sangat dengar nafas dia bunyi-bunyi. Pastu setiap 8 jam kena amik neb. Menangis-nangis Wafaa. Ibu dia terpaksala kentalkan hati bila anak meronta-ronta nak lepas dari neb tu.

Yang lagi sorang kawan Dani, Nur Danisha. Lupa pulak nak amik gambar dia. Lagipun Isha balik awal. 2 hari kat wad dah boleh balik. Pun sebab asma. Umur 2 tahun. Menangis-nangis kena amik neb. Aku pekak kan telinga saje. Nasib baik Dani pun kalis bunyi..hihi. lena je dia tido. Kadang-kadang ajela..

Hehe..hari kedua baru nak kenal-kenal..:)

Lupe pulak, tengahari tu bos-bos pulak dtg melawat. >> Ciksu,Cikmaz, Cikaida, CikIta, CikMisha.. CC pun datang lagi. CC sebab ada kawan dia pun masuk hospital jugak. Tu yang dia singgah jumpa Dani..Oh ye, Seri mama marissa ngan shahrul pun datang.. thankss..

Rabu | 23 Feb 2011




Hari ketiga pun masih di wad 2C. Katil 22.

Takde cerita apa sebab sama je dengan hari-hari sebelum. Dani makin ok. Makan banyak. Bila dia poo poo, aku yang pengsan tau dengan bau dia..sampai muntah-muntah =p

Gambar kat atas tu masa doctor pakar tengah round dari katil ke katil. Dan sedang pantau progress Dani. Tak boleh keluar lagi paed said. Tunggu 5 hari untuk complete kan antibiotic. :(

Oh ye, hari ketiga ni jugak, dani kena pindah bilik. dari satu bilik empat orang kepada satu bilik dua orang. Huhu.. makin bosan la dok sini.






Khamis | 24 Feb 2011





Hari ke-4 di wad. Super bosan sebab aku berdua je ngan Dani dalam bilik tu. Sorang lagi patient dah discharge..huhu.. Dani makin ok..:)

Jumaat | 25 Feb 2011




Hari kelima. Hari kelima ni memang suspen. Macam biasa doctor pakar akan round dari satu katil ke satu katil.. Dan bila turn Dani, aku tanya doctor, supposely boleh balik hari ni kan doc? sebab dah 5 hari Dani amik antibiotic tu. Pastu ade doc pelatih explain kan kat doc pakar tu. "Sebenarnya untuk complete antibiotic Dani adalah pada jam 8 pagi esok (hari sabtu), so, hari esoklah baru awak boleh keluar ye.." 


Uwaaaaaa... "saya tak sanggup dah nak dok hospital lagi doctor.." - dalam hati jek! =p


Kulit muka dah kering, bibir pun dah merekah-rekah ni..sakitt..huhu..

Pastu kan, dalam kul 2.00 petang kan, Dr. Anushita masuk bilik. Dia cakap, sorry puan, sebenarnya Dani dah boleh discharge petang ni. Sebab last antibiotic dia pukul 3.30 nanti.. so, boleh kemas-kemas barang dan tunggu surat daripada nurse ye.

Alhamdulillah....Dani dah boleh balikk.. Syukurrr..

note : Habis jugak aku buat entry ni. Bercinta nak siap..=p Sekali harung 5 hari...senangggg...

bukan honeysour lagi?

Sesungguhnya, sayang betul aku nak tinggalkan nama HONEYSOUR ni. Tapi apa nak buat. Semuanya wajib ditukar dek kerana virus Malware menyerang! Dah lama aku pakai nickname ni. Dah jadi macam trademark aku dah. Lagi satu aku takut orang confuse, blog ni ana ke honeysour nama tuannye. Hehehe..

Arghhhhhhhhh! Aku masih 50-50 nak tinggalkan nama ni sebenarnya. Apa pendapat korang?

Dani warded!


sori la guys! hari tu cerita Dani kena amik darah ngan xray kan. Kali ni cerita masuk wad plak. Macam-macam dugaan aku bulan ni. Tapi aku percaya, semuanya ada hikmah dariNya kan.. Yang penting jangan tension..:)

Tak dinafikanla, mula-mula memang agak tension sebab Dani tak baik-baik batuk dan demam. Batuk dah sebulan dan demam dah 5 hari before dani admitted last sunday. Aku pun tak keje since Rabu last week. Memang dah perasan yang telinga Dani berair ke bernanah ke aku tak pasti lagi mase tu. Kan 2 kali aku pegi KK, tanya kan benda yang sama. Tapi doc cakap tu maybe kahak yang keluar ikut hidung.. Tapi bila masuk kat wad ni dan doktor pakar yang check, itu adalah infection sebenarnya. Geleng kepala dorang bila doc kat KK ckp mcm tu..

****************************** Fuhhh..dari pagi tadi aku buat entry ni. Dani tak bagi can mama dia nak on9..Now, dia tengah tdo..

Macam mana Dani kene admitted?

Last Sunday, demam panas still on off. Bagi ubat Feprill tu, then 6 jam lpas tu, panas balik badan dia. 5 hari tau macam tu. Pastu, petang nak masuk Maghrib tu, aku perasan yang Dani lain macam. Hujung kaki ngan tangan sejukkk tapi badan dan kepala panas. Bibir dah biru. Aku tunggu lepaskan maghrib dulu. Pastu baru terus berdua ngan Dani pegi Emergency.

Kat emergency Putrajaya, Dani diberi ubat vontot. Biasala kat Emergency, kalau tak tunggu 2-3 jam nak jumpa doctor, tak sah la kan. Ramai orang mase tu. Mostly, parents yang bawak anak dorang demam panas dan asma. Kesian baby-baby yang kene asma. Bila tang nak buat Nebuliezer tu yang seksa. Menangis-nangis. Tapi demi untuk kesihatan dia, redha ajelah. Melalak-lalak pun..:)

Sampai turn Dani. Dani kena amik darah n buat x-ray. Dan disebabkan Xray dia lain macam sikit kata doc, tu yang Dani admitted. Demam yang on off tu adalah kesan daripada jangkitan kuman kat paru-paru, tekak dan telinga dia. Beg memang aku dah standby kat dalam kete. Masuk wad. Papa Dani keje lagi mase tu..
Malam pertama Dani di wad.

Ok, nanti cerita hari pertama kat wad, lain entry ok..:) Dani dah bangun.

Dani is getting better!

Firstly, Alhamdulillah sangat sangat..

Dani makin ok. Makan nak, minum nak, main je tak boleh lagi sebab kena tambat. Haha.. kena drip air la ..:)

Hari ni hari ke-4 di wad. Harap-harap Dani dah boleh discharge hari ni..

Nanti ada masa aku long story kan kes Dani ni k..

babai korang..:)

blog ini akan ku lupakan :(

salam..

aku terpaksa lupakan blog ini..

maaf..

v
v
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

amacam? suspen tak?
hehehe.. sori sori.

tapi betulla. aku terpaksa lupakan blog honeysour ni. Ada virus jahat sedang menyerang! Penat tau tukar2 link. tapi dia ikut jugak. Untuk sementara ni, aku open lagi blog ni untuk seminggu. Nanti aku akan tutup. Dan akan berpindah ke..Hah! amik pen salin cepat!


kat sana, aku tak buat apa2 lagi. Nasib baikla blogspot ni canggih. Aku transfer je semua entry2 ke sana. Link-link korang aku tak update lagi.

Kalau yang baru ni pun virus serang lagi.. adeii.. aku pun tak tau nak buat cam mane dah. Huhu..

Ok, korang.. g follow kat sana k..sayang nye, follower aku kat sini dah hampir 400 dah.. alahaiii..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Duta Sup Urat Ketin?



Hehe..
Sempat aku promot kat kengkawan opis tentang kesedapan sup-sup kat Food Court Pusat Kejiranan Presint 11 ni..
Aku bawak dorang time lunch mase hari isnin ari tu rasenye..
Nor, Dayan, G-na n Qila..
Sedap kan?
Aku ada buat entry sup urat ketin ni ari tu..:)

noted : aku tanya tokei tu, Ketin tu Keting ke Ketin? Dia cakap dia saja je buang huruf G tu. Erk!

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

tukar url

salam jumaat..

update laju-laju..

just nak info, aku dah tukar url ye.

From honeysour00.blogspot.com to honeysourmamadani.blogspot.com

ade sebab yang tak dapat nak dielakkan aku terpaksa remove link lama..

thanks for your visit..:)


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Kondisi Dani

Salam..

Rata-rata aku blogwalking, ramai yang cerita pasal sakit-sakit. Sampai aku pun serba salah pulak nak cerita pasal kes Dani ni. Kang ada yang kata aku tak pandai jaga anak pulak. Sian Elly, di saat dia sedang menghadapi dugaan pasal anak dia, ada pulak orang dok hentam-hentam dia. Hurmm..

Ye, aku juga sedang berduka lara. Bukan aku seorang. Suamiku turut risau, bimbang, runsing bila anak tak sihat ni. Jadinya kami berdua tekad untuk cuti hari ini supaya dapat pantau anak. Kalau ada orang lain yang turut risau, terima kasih banyak-banyak dan satu pintaku, doakanlah semoga anak kecil itu sihat sepenuhnya.. Arghh..rindu gelak tawa Dani..rindu!

Actually, Dani batuk dah lama. Aku kira adelah nak dekat sebulan. Lame kan. Dan jangan ingat aku tak berbuat apa-apa untuk anak aku tu sembuh. Macam-macam cara dah, cuma belum jumpa pakar dan berubat secara tradisional mintak air penawar. Ye salah aku sebab aku ingat Da ni hanya batuk dan selsema yang biasa-biasa tu. Aku tak sedar yang penyakit itu makin lama makin melarat sehinggakan berair-air telinga sebelah kanan dia yang warnanya seakan-akan kahak kat tekak tu. First time perasan bila balik dari Splash Park tu, ingatkan (ingatkan lagi! haishhh) air yang keluar dari telinga dani tu air yang masuk mase Dani mandi kolam tu. Dan aku rase 1 atau 2 hari hilangla ia. Tapi tak! Sampai sekarang masih lagi berair. Kalau aku tak cuci, maka akan keringlah ia dan telinga Dani akan berkerak.. Siannya anak mama..:(

Oh ye, berbalik pada cerita sebenar. Pagi jam 7 pagi aku dah gerak pegi ke Klinik Kesihatan Presint 9. Masuk amik nombor, tengok-tengok ramai gile orang. Tu baru pukul 7.++ tu.. Decide nak pegi KK Presint 3 je. Klinik baru. Tak ramai orang. Lega. Sampai giliran, jumpa doktor.. Hehe.. doktor yang sama mase aku buat check up Dani yang kena buli tu dan baru jumpa last 2 weeks. Doktor tu pun dah kenal ngan Dani ni. Dr. Zahrina Azrin bin Zohaidee rasanye nama dia. Sangat friendly. Doktor cakap kalau tak baik2 lagi batuk ni dan demam pun on off dah seminggu, kita amik darah baby, lepas tu kita buat x-ray. Nak tengok ada apa kat paru-paru dia.

Kitorang pun pegila kat KK Presint 9 tu. Sebab kat situ je ada makmal amik darah untuk baby dan buat x-ray. Orang memang ramai, tapi nasib baik ada surat dari doktor, so, priority tu lebihla sikit..:) thanks Dr. Zahrina. Amik darah dulu. Kat sini, rasa nak nangis aku bila Dani menangis nangis bila kena cucuk tu. Alhamdulillah, sekali cucuk je terus darah keluar. Fuhh..bukan macam mama dia, cucuklah kat mana pun tak keluar darahnya. Urat darah kecik! =p Tu yang payah kalau aku pregnent lagi tu. Seksa nak amik darah. Dulu aku ada cerita kan pengalaman bersalin aku yang darah aku tu beku then kena amik lagi sekali masa aku tengah sakit bersalin 5 minit sekali tu.. Huhu..scaryy.. Rase macam serikla nak mengandung. Tapi insyallah, perasaan tu kejap-kejap je datang..:) Pastu terus planning bila nak kasik Dani adik.. hahaha..uppss..

dah dah.. balik cerita asal.

Dani budak yang sangat baik... (eh, ada yang nak muntah ni kang..puji anak sendiri..=p) sebab apa aku kate baik.. Lepas je dah cucuk tu terus dia diam..:) Hehe.. Gud Dani.. Mama suka.. Dah Dani takyah nangis-nangis lagi. Dani kan baby boy. Baby boy harus kuat yeah!!

Setel kat makmal. Dapat result tapi harammm la aku tau nak bacanye..=p Takpe, bawak je pegi jumpa doktor. Biar doktor yang review. Buat x-ray pulak. Sekejap je dah siap. Tak tengok pun x-ray tu. Then bawak balik ke KK Presint 3 untuk Dr. Zahrina review. Darah ok. Takde lebih takde kurang. Means yang tang denggi tu takde. Alhamdulillah... Tang x-ray pulak. Doktor cakap macam ada something kat paru-paru dia yang belah kanan. Maybe kahak yang banyak. Aduhaii.. camne nak buat ni.. Dan Dr.Zahrina call pakar kanak-kanak kat Hospital Putrajaya. Nak discuss kes ni la.. Sian aku tengok Dr. Zahrina tu. Call sana pastu line tu di pas sana, pas sini.. pas sana sana pulak.. call pulak pakai handset dia. Tak dapat jugak. Call lagi, pas sana sini.. baru dapat. Curi-curi dengar la conversations dorang. Salah satunya, Dani hampir warded! aaaaaaaaa.. and lastly, no need pun. Becoz, doktor pakar tu suggest bagi ubat antiviral dulu. Observe Dani for 5 days dengan bagi antiviral tu. Kalau tak elok jugak dalam hari isnin depan ni, maybe akan warded! Owh no...

Dan sekali lagi kami pegi ke KK Presint 9 untuk amik ubat antiviral tu. Sebab kat KK Presint 3 tidak disediakan. Sampai kat KK Presint 9 tu, bertekak lagi ngan pegawai farmasi tu. Hurmm, malas lah aku citer pasal ni. Sikit punya hal pun, nak ikut prosedur jugak. Padahal Dr. Zahrina dah buat surat untuk amik ubat. Takyah nak daftar-daftar dah kat kaunter depan tu. (Alamak, dah tercerite pulak! =p) Yang jadi hanginnye sebab dah banyak kali ulang alik, Presint 3-9, pastu dah pukul 12 tengahari pulak. Perut masing-masing dah lapar tahap hape dah ntah. Hanginla bila mintak bende yang remeh temeh..Huh!

Siap semua dalam kul 12.++ la. Terus carik nasik. Kebulur dari pagi tak makan.

Sekian. Aku undur diri dulu. Dani dah bangun. See u..:)


Dani rimas bila tangan dia kena tampal ngan selotape tu..=p

Sangat manja ngan papa dia.

Nak tido pun pening pk hal anak ye papa..:) Sabar ye, kita sama-sama jaga Dani k..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Bloggers Gathering @ Splash Park, The Mines - Part 2

Splash Park - panas lagi waktu ni..

Salam Uolls...

Aku rasa akulah orang paling lambat buat entry Splash Park ni. Ni pun update laju-laju. Sebab petang karang aku ada hal yang nak kena settle.

ok start citer Splash park >>>

Berdebar-debar bila naik lift menuju ke Level 5. Dup dap dup dap.. hehe.. Bukan ape, rata-rata semua bloggers tu aku baru first time jumpa. Kenal pun kira barulah except Jiha.. Jiha mase baru2 kawin aku jumpa blog dia..:)

First time juga aku ke Splash park ni. Jarang-jarang pegi The Mines. Last pegi masa zaman tunangan orang dulu.. Bapak punye lama kan..:)

Sampai-sampai, toleh kiri..takde pun mak-mak orang ni. Toleh kanan baru senyum lebar... dari jauh aku sorokkan muka. Nanti dah sampai baru aku tunjuk muka..hahaha.. Gile segan! Tapi dari jauh aku dah dapat cam dah Jiha n Dayu. Dayu aku pun baru baca blog ko sebenarnya.. Before this selalu connect ngan Nurul je..kenal Nurul melalui Anil..:) Hebat kan kuasa blog ni.. Macam-macam orang kita leh kenal-kenal dan jumpa..:)

Terus duduk sebelah Jiha. Hehe.. Cantik tikar Jiha.. Aku berkenan sungguh!.. Dah duduk tu baru aku tegur-tegur Dayu. Lagi sape ek..tanya-tanya, barulah aku berkenal-kenalan dengan Sha, Mar, Reen dan Elly ( eh, Elly dah jumpa ari tu kat Alamanda..)


Arghh.. aku dah blur nak cerita. Banyak sangat orang datang kaunter ari ni.. Korang g lah jenguk kat blog dorang yang pegi tu..hehe.. sori ek.. jom layan gambar ngan caption je..:)

Sori sori sori tau....

Conclusion for this gathering only one word i have. : BEST!!!!!

Nak lagi nak lagi.. Mar kate! =p

terkial-kial Dani pegang belon tu..:) Tak ingat belon sape. Dani main amik je.. eh! ke mama dia yg amik? =p

K.A.M.I

Dani 1st time swimming.. mama lak yang excited! rasa nak ajak papa dia g beli pelampung kat Giant bawah tu..hehe..:)

Erk! gambar dah tunggan terbalik.. maafkan aku..:(


Qaish jadi Pilot, Dani koor pilot.. (camtu ke eja dia? =p)

Aqeef is always Bigbosh!! =p So Comell!

Mak-mak take 5..hihi..penat ok. rasa nak patah pinggang tatihkan anak berjalan dlm kolam tu..:)

















No Idea! Huwaaaa...!


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...