Kondisi Dani

Salam..

Rata-rata aku blogwalking, ramai yang cerita pasal sakit-sakit. Sampai aku pun serba salah pulak nak cerita pasal kes Dani ni. Kang ada yang kata aku tak pandai jaga anak pulak. Sian Elly, di saat dia sedang menghadapi dugaan pasal anak dia, ada pulak orang dok hentam-hentam dia. Hurmm..

Ye, aku juga sedang berduka lara. Bukan aku seorang. Suamiku turut risau, bimbang, runsing bila anak tak sihat ni. Jadinya kami berdua tekad untuk cuti hari ini supaya dapat pantau anak. Kalau ada orang lain yang turut risau, terima kasih banyak-banyak dan satu pintaku, doakanlah semoga anak kecil itu sihat sepenuhnya.. Arghh..rindu gelak tawa Dani..rindu!

Actually, Dani batuk dah lama. Aku kira adelah nak dekat sebulan. Lame kan. Dan jangan ingat aku tak berbuat apa-apa untuk anak aku tu sembuh. Macam-macam cara dah, cuma belum jumpa pakar dan berubat secara tradisional mintak air penawar. Ye salah aku sebab aku ingat Da ni hanya batuk dan selsema yang biasa-biasa tu. Aku tak sedar yang penyakit itu makin lama makin melarat sehinggakan berair-air telinga sebelah kanan dia yang warnanya seakan-akan kahak kat tekak tu. First time perasan bila balik dari Splash Park tu, ingatkan (ingatkan lagi! haishhh) air yang keluar dari telinga dani tu air yang masuk mase Dani mandi kolam tu. Dan aku rase 1 atau 2 hari hilangla ia. Tapi tak! Sampai sekarang masih lagi berair. Kalau aku tak cuci, maka akan keringlah ia dan telinga Dani akan berkerak.. Siannya anak mama..:(

Oh ye, berbalik pada cerita sebenar. Pagi jam 7 pagi aku dah gerak pegi ke Klinik Kesihatan Presint 9. Masuk amik nombor, tengok-tengok ramai gile orang. Tu baru pukul 7.++ tu.. Decide nak pegi KK Presint 3 je. Klinik baru. Tak ramai orang. Lega. Sampai giliran, jumpa doktor.. Hehe.. doktor yang sama mase aku buat check up Dani yang kena buli tu dan baru jumpa last 2 weeks. Doktor tu pun dah kenal ngan Dani ni. Dr. Zahrina Azrin bin Zohaidee rasanye nama dia. Sangat friendly. Doktor cakap kalau tak baik2 lagi batuk ni dan demam pun on off dah seminggu, kita amik darah baby, lepas tu kita buat x-ray. Nak tengok ada apa kat paru-paru dia.

Kitorang pun pegila kat KK Presint 9 tu. Sebab kat situ je ada makmal amik darah untuk baby dan buat x-ray. Orang memang ramai, tapi nasib baik ada surat dari doktor, so, priority tu lebihla sikit..:) thanks Dr. Zahrina. Amik darah dulu. Kat sini, rasa nak nangis aku bila Dani menangis nangis bila kena cucuk tu. Alhamdulillah, sekali cucuk je terus darah keluar. Fuhh..bukan macam mama dia, cucuklah kat mana pun tak keluar darahnya. Urat darah kecik! =p Tu yang payah kalau aku pregnent lagi tu. Seksa nak amik darah. Dulu aku ada cerita kan pengalaman bersalin aku yang darah aku tu beku then kena amik lagi sekali masa aku tengah sakit bersalin 5 minit sekali tu.. Huhu..scaryy.. Rase macam serikla nak mengandung. Tapi insyallah, perasaan tu kejap-kejap je datang..:) Pastu terus planning bila nak kasik Dani adik.. hahaha..uppss..

dah dah.. balik cerita asal.

Dani budak yang sangat baik... (eh, ada yang nak muntah ni kang..puji anak sendiri..=p) sebab apa aku kate baik.. Lepas je dah cucuk tu terus dia diam..:) Hehe.. Gud Dani.. Mama suka.. Dah Dani takyah nangis-nangis lagi. Dani kan baby boy. Baby boy harus kuat yeah!!

Setel kat makmal. Dapat result tapi harammm la aku tau nak bacanye..=p Takpe, bawak je pegi jumpa doktor. Biar doktor yang review. Buat x-ray pulak. Sekejap je dah siap. Tak tengok pun x-ray tu. Then bawak balik ke KK Presint 3 untuk Dr. Zahrina review. Darah ok. Takde lebih takde kurang. Means yang tang denggi tu takde. Alhamdulillah... Tang x-ray pulak. Doktor cakap macam ada something kat paru-paru dia yang belah kanan. Maybe kahak yang banyak. Aduhaii.. camne nak buat ni.. Dan Dr.Zahrina call pakar kanak-kanak kat Hospital Putrajaya. Nak discuss kes ni la.. Sian aku tengok Dr. Zahrina tu. Call sana pastu line tu di pas sana, pas sini.. pas sana sana pulak.. call pulak pakai handset dia. Tak dapat jugak. Call lagi, pas sana sini.. baru dapat. Curi-curi dengar la conversations dorang. Salah satunya, Dani hampir warded! aaaaaaaaa.. and lastly, no need pun. Becoz, doktor pakar tu suggest bagi ubat antiviral dulu. Observe Dani for 5 days dengan bagi antiviral tu. Kalau tak elok jugak dalam hari isnin depan ni, maybe akan warded! Owh no...

Dan sekali lagi kami pegi ke KK Presint 9 untuk amik ubat antiviral tu. Sebab kat KK Presint 3 tidak disediakan. Sampai kat KK Presint 9 tu, bertekak lagi ngan pegawai farmasi tu. Hurmm, malas lah aku citer pasal ni. Sikit punya hal pun, nak ikut prosedur jugak. Padahal Dr. Zahrina dah buat surat untuk amik ubat. Takyah nak daftar-daftar dah kat kaunter depan tu. (Alamak, dah tercerite pulak! =p) Yang jadi hanginnye sebab dah banyak kali ulang alik, Presint 3-9, pastu dah pukul 12 tengahari pulak. Perut masing-masing dah lapar tahap hape dah ntah. Hanginla bila mintak bende yang remeh temeh..Huh!

Siap semua dalam kul 12.++ la. Terus carik nasik. Kebulur dari pagi tak makan.

Sekian. Aku undur diri dulu. Dani dah bangun. See u..:)


Dani rimas bila tangan dia kena tampal ngan selotape tu..=p

Sangat manja ngan papa dia.

Nak tido pun pening pk hal anak ye papa..:) Sabar ye, kita sama-sama jaga Dani k..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

9 comments:

ummi said...

dr zahrina mmg baik!mas jmp ms rijal xsihat aritu mmg puas ati..

hm..susah ati tgk anak sakit..mas doakan dani cepat sihat..harap2 x msk wad..skrg ni mcm2 virus,lelagi dok nursery..utk ana n suami,mas doakn korg tabah n sabar ye..

AyAnG 'n' AbAnG said...

get well soon dani...cpt2 sembuh ye...dani kn kuat!!!!!!!
^_^

nanonano said...

Mcm2 dugaan ana, ksiannye kt dani la. Lps 1,1..tringat2 je lg kes kene buli tu. Hmm get well s0on ye dani. Mkn ubt. Xm0 msk wad tau.

Zana Adieyza said...

zana doakan dani cepat sembuh yer kak.. sabar lah.. semoga ada hikmah di atas apa yg berlaku.. kuatkan semangat demi dani yer..

Errina.Rahim said...

ana...byk kan bsabar ye... rina doakan dani cepat sembuh...

amiys said...

saya doakan dani cepat sembuh... risau tgk anak kecik sakit ni..

Nadya said...

ade gi jumpa pakar tak?kalau boleh terus gi jumpa pakar kalau sakit makin teruk..jgn tunggu klinik biasa tu je takut ubat yang diorang bagi tak serasi dengan die..papepun cpt sembuh ye dani..

Unknown said...

penat lelah jaga anak sakit, reward dia sgt besar ana
aritu ada org pot kat FB
takpe, kalau bukan kita
sape lagi nak diharapkan jaga anak kan.. hoprfully dani cepat sembuh..

and, this is only my opinion
org selalu tak suka anak masuk hospital
tapi for me... itu lg baik
kat hospital..penjagaan rapi
amik ubat on time...
ada doktor pantau everyday
maybe kalau terpaksa awrded..takpe
biar dani btul2 baik

monstorious wife said...

Saya pun baru tau precint 3 ada kk. Thanks bgtau.

Moga Dani cpt sembuh dgn makan antiviral.

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...