Kali ke-2


mase kat klinik..

Tepat kul 12 tengah malam.. mata tak ngantuk lagi ni.. Anak bujang aku tuh dah lama lena.. Kul 9 tadi dah ajak masuk bilik..hehe.. MakYang dia pun dah masuk tdo.."oit KakYang, apa barang tdo awal..hehe"

BlogWalking dan idea untuk tulis kisah Dani kena pukul ari tu datang mencurah-curah sampai aku tak tau nk start dari mana..:)

Ok... pada sapa yang always baca blog aku, mesti tau yang aku sangat deseprate nak carik taska untuk Dani selepas BS dia dah tak nak jaga dia...Carik punya carik jumpla Taska ni. Hari pertama Dani tak de masalah nak sesuaikan diri. Pengasuh taska tu cakap Dani ok..

Hari Kedua :
- Pagi, hantar Dani macam biasa.
- Petang masa nak amik tu ada calar kesan kena cakar kat bawah mata dia n kat telinga ada kesan cakar yang sampai berdarah. Rujuk entry ni.

Hari Ketiga :
- Pagi, aku tanya la kat taska tu, kenapa telinga dani ni..(sambil tunjuk kat dia telinga dani), mase tu takde pun lebam-lebam macam dalam gambar kat bawah.. dia cakap maybe budak2 bergurau ngan dia sampai tercakar kat Dani.. aku tak tanya pun pasal lebam kat kat bahagian badan tu sebab malas nk fussy sangat.. dan aku pk positive yang maybe dorang main-main dan tercubit atau tercakar. alah, sikit je lebamnye pun..
- Petang, amik Dani dan terus pegi kat kereta. Mase ni lah aku ternampak lebam-lebam yang teruk ni. Aku patah balik tanya. Pengasuh tu cakap,

Pengasuh : tu mmg dah adalah kak, dari pagi tadi..
Aku : Aik, pagi tadi takdela dik..
Pengasuh : mane lebamnye kak?
Aku : Ni.. kat telinga ni.. (aku rasa maybe dorang tak nampak sebab kat kaunter taska tu lampu kuning.. mane nak nampak kan..)

Pengasuh tu diam je dan aku malas nak banyak2 cerita. Sebab aku tengah panass membara masa tu.. dan dalam masa yang sama aku blur tak tau nak buat apa.. Balik tu amik Kak yang dan aku tunjuk kat dia telinga dani tu.. Dia punyela terkejut dan marah sangat.. Aku terusla menangis depan dia.. Aku tengok jugak kalau-kalau Dani meragam sebab sakit ke atau macam biasa.. Sampai la bangun pagi esoknya, dia macam biasa je. Macam tak sakit langsung. Walaupun aku urut n tuam lebam kat telinga dia . sapu ngan minyak gamat..Papa dia balik lambat.. so, kesan tu tak macam aku amik dia petang tu..

Hari Keempat :
- Pagi, hantar Dani macam biasa.. Lebam-lebam dah kurang. tapi kawan-kawan ofis, fb semua suruh aku g Klinik untuk Checkup kot-kot bahagian dalam telinga dia ada apa-apa.

Kul 9.30 pagi, aku pegi Taska dan cakap kat pengasuh tu yang Dani ada check up ari ni. Padahal, aku nak bawak Dani g klinik untuk buat medical report.. Pegi klinik baru kat Presint 3 tu, Doktor tu terkejut tgk gambar yang aku sempat tangkap malam tu mase dani lebam-lebam tu. Then dia compare dgn keadaan current. Mmgla dia kata dah kurang tapi kita tak tau keadaan kat dalam.. Saya boleh check takat telinga jelah.. tapi yg lebam-lebam ni, bukan kat telinga.. Saya refer kes awak ni kat Emergency ye. Saya buat surat then awak terus pegi ke Emergency Hospital Putrajaya tu. Erk.. terkedu sekejap aku.. Huhu.. sorang-sorangla aku hangkut Dani tu ke Emergency. Nasib baiklah Dani behave je.. Takde pun meronta-ronta mintak lepas. Asyik tertdo je..Yelah, masa aku amik dia pagi tu dia tengah tido..

Part kat Emergency ni mmg lemah.. haddoii.. tunggu lama bebeno... sampai kul 1 tengahri baru sampai turn.. pastu Doc tu cakap pulak, u kena buat report polis dulu kalau kita nak failkan kes ni.. Aku pun pegila Balai Polis Putrajaya nun.. Penatnya. tapi demi anak kan..redah jugakla.. Dah buat report, pegi balik ke Emergency. Doc tanya awak nak amik tindakan ke? Aku cakap takyahla sebab parents lain ramai yang hantar kat situ. saya akan warning je kat Diorang supaya bagi pemerhatian lebih kat budak yang pukul ke tumbuk ke kat Dani tu. kalau jadi lagi lepas ni, aku takkan teragak-agak buat report buat kali kedua n pihak berkaitan akan ambil tindakan. Selesai kat situ. Doc kat emergency tu just failkan kes dani ni. dan doc tu pesan , kalau jadi lagi, terus bawak ke sini.. Aku ok kan je..

Balik ke taska untuk hantar Dani. Aku cakapla yang aku dah buat report tapi masih lagi bertimbangrasa untuk tidak diambil tindakan. Kang kena sita dorang punye Taska kang. kesian lak kat parents yang lain2 tu.. dan aku percaya yang dorang akan berhati-hati lagi lepas ni. Kalau jadi jugak, gud byela ye Taska..:)

Jadi sekian cerita itu. Memang akan jadi pengalaman yang takkan aku lupakan. Marah memang marah. Sampai hati budak tu tumbuk2 anak aku...doc cakap ini bukan sekali tumbuk ni.. mesti lebih dari sekali..huhu.. terbayang-bayang aku time dani kena tumbuk tu.. alahaii..siannya..:(


air mata aku bergenang tiap kali tgk gambar ni..:(


lebam dah kurang, cuma kat telinga dia tu je..


noted : habih jugak aku buat cerita ni!.. lama tersimpan dlm draf..=p

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥
Post a Comment

Girl's Trip : Pulau Perhentian Part 1

Hai hai hai uolls... Lama sangatttt tertangguh entry ni... ahkak busy dik non. Busy macam-macam hal lah. Hari ni baru dapat bukak folde...