Melalui hari-hari bahagia di wad =p

Isnin | 21 Feb 2011

Hari pertama di wad. Agak asing sebab tak pernah duduk wad kanak-kanak kan.. Dani ditempatkan di Katil 22, Wad 2C, Hospital Putrajaya. Satu bilik ada 4 orang. Hari pertama manelah nak kenal-kenal lagi. Masing-masing tutup tirai bila tiba waktu tido. Hehe.. Geng-geng Dani yang lagi 3 orang tu semua masuk wad sebab asma. So, bila kene buat nebuliezer tu, paham-pahamlah keadaannya di wad. Dani tak lena tido! Hihi..



Masuk-masuk wad je, demam Dani dah takde. Syukur alhamdulillah.. Pagi-pagi memang kurang selera makan dan minum. Bagi makan biskut barulah dia nak makan sikit-sikit.



thanks to Rozi, Gna, Nor, Dayan dan Kak Izzah yang sudi melawat Dani mase lunch hour tu. Tak lupa CC Yusof pun ada datang. Oh ye, kawan-kawan blogger pun ada datang. Elly, Mas dan Mar. Thanks sangat-sangat. Terharu tau..:) Mas siap tapaukan aku nasi ayam lagi. Gambar dorang lupa pulak aku nak amik..:)


Lastly, Dani tertido dengan balloon-balloon yang aunty-aunty bagi.. thanks aunty muah muahh, said Dani..:)


Selasa | 22 Feb 2011



Hari kedua di wad. Dani menunjukkan respon yang sangat baik. Maknanye, dia sudah aktif. Sudah mau makan. Cuma minum. Yang paling aku tak boleh blah, kalau dia nak tido, tak mau ok baring atas katil hospital tu. Nak baring kat atas badan aku n tepuk-tepuk baru dia nak tido. Adoi..matilah mama macam ni nak anta Dani ke nursery balik ni.


Dani pun dah dapat kawan baru. Ni abang Umar nama dia. Umur 4 tahun. Demam dan batuk tak baik-baik. Lepas tu ada asma pulak. Dan Umar adalah kanak-kanak istimewa. Seriusly, masa mula-mula, aku tak nampak pun Umar ni macam kanak-kanak istimewa. Pastu bila aku terdengar doctor datang dan tanya macam-macam untuk rekod. Baru aku tau Umar ni one of the special kids. Sangat behave. Tak hyper pun. Sejuk perut ibu yang mengandungkan dia. Anak bongsu dari 5 beradik. Kakak-kakak n abang dia semua normal.




Awek ni nama dia Rey Wafaa Alyaa. Umur baru 8 bulan. Masuk wad sebab asma. Kesian sangat dengar nafas dia bunyi-bunyi. Pastu setiap 8 jam kena amik neb. Menangis-nangis Wafaa. Ibu dia terpaksala kentalkan hati bila anak meronta-ronta nak lepas dari neb tu.

Yang lagi sorang kawan Dani, Nur Danisha. Lupa pulak nak amik gambar dia. Lagipun Isha balik awal. 2 hari kat wad dah boleh balik. Pun sebab asma. Umur 2 tahun. Menangis-nangis kena amik neb. Aku pekak kan telinga saje. Nasib baik Dani pun kalis bunyi..hihi. lena je dia tido. Kadang-kadang ajela..

Hehe..hari kedua baru nak kenal-kenal..:)

Lupe pulak, tengahari tu bos-bos pulak dtg melawat. >> Ciksu,Cikmaz, Cikaida, CikIta, CikMisha.. CC pun datang lagi. CC sebab ada kawan dia pun masuk hospital jugak. Tu yang dia singgah jumpa Dani..Oh ye, Seri mama marissa ngan shahrul pun datang.. thankss..

Rabu | 23 Feb 2011




Hari ketiga pun masih di wad 2C. Katil 22.

Takde cerita apa sebab sama je dengan hari-hari sebelum. Dani makin ok. Makan banyak. Bila dia poo poo, aku yang pengsan tau dengan bau dia..sampai muntah-muntah =p

Gambar kat atas tu masa doctor pakar tengah round dari katil ke katil. Dan sedang pantau progress Dani. Tak boleh keluar lagi paed said. Tunggu 5 hari untuk complete kan antibiotic. :(

Oh ye, hari ketiga ni jugak, dani kena pindah bilik. dari satu bilik empat orang kepada satu bilik dua orang. Huhu.. makin bosan la dok sini.






Khamis | 24 Feb 2011





Hari ke-4 di wad. Super bosan sebab aku berdua je ngan Dani dalam bilik tu. Sorang lagi patient dah discharge..huhu.. Dani makin ok..:)

Jumaat | 25 Feb 2011




Hari kelima. Hari kelima ni memang suspen. Macam biasa doctor pakar akan round dari satu katil ke satu katil.. Dan bila turn Dani, aku tanya doctor, supposely boleh balik hari ni kan doc? sebab dah 5 hari Dani amik antibiotic tu. Pastu ade doc pelatih explain kan kat doc pakar tu. "Sebenarnya untuk complete antibiotic Dani adalah pada jam 8 pagi esok (hari sabtu), so, hari esoklah baru awak boleh keluar ye.." 


Uwaaaaaa... "saya tak sanggup dah nak dok hospital lagi doctor.." - dalam hati jek! =p


Kulit muka dah kering, bibir pun dah merekah-rekah ni..sakitt..huhu..

Pastu kan, dalam kul 2.00 petang kan, Dr. Anushita masuk bilik. Dia cakap, sorry puan, sebenarnya Dani dah boleh discharge petang ni. Sebab last antibiotic dia pukul 3.30 nanti.. so, boleh kemas-kemas barang dan tunggu surat daripada nurse ye.

Alhamdulillah....Dani dah boleh balikk.. Syukurrr..

note : Habis jugak aku buat entry ni. Bercinta nak siap..=p Sekali harung 5 hari...senangggg...

5 comments:

♥ QaseH ♥ said...

dani budak kuat,,,,

tu cpt baik,,,

missrivebell mumun said...

dani pun mesti bosan kat wad tu kan bukan mama die jer..
pat baik ye dani..

ummi said...

mmg boring la kalo dok wad sensorang ana...tp,alhamdulillah dani dah sihat...kn?

CikPuanMiera said...

be gud boy dani sayang =)

pRincESs_N said...

get well soon dani...

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...