jom layan video dani yang dah pandai gelak ni

teruja sangat Dani dah pandai gelak...

sebelum ni dani pandai sengih je tapi takde suara...

tapi malam tadi, buat pertama kalinya, aku agah dia, n dia akan ketawa ngekek ngekek tu....

comelll je..hikhik

argghhh..cepat lah kul 5...

rindu dani...

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

saya suka dia!

Sudah beberapa hari saya teringatkan ketinggian budi Tun Dr. Siti Hasmah. Agak sudah beberapa bulan saya tidak bertemu beliau. Gambaran wajah Tun Siti yang paling indah yang saya lihat ialah ketika beliau memakai telekung untuk solat.

Ketika itu saya pergi menziarahi Tun Mahathir di IJN. Tun Siti sendiri yang menelefon saya menjemput saya ke sana. MasyaAllah, wajah Tun Siti ketika bertelekung saling tak tumpah bagaikan wajah nenek saya yang sudah kembali ke rahmatullah.

Berjalan ke berbagai tempat dalam negara ini, bertemu dengan berbagai pihak memberikan kita berbagai maklumat mengenai persepsi masyarakat terhadap berbagai perkara khususnya para pemimpin politik. Cetusan dan ulasan rakyat itulah yang menjadikan saya ingatkan Tun Dr Siti Hasmah..

Jika kita masih ingat semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, amat sukar untuk kita dengar ulasan buruk mana-mana pihak terhadap Tun Siti. Wajahnya yang tidak sombong, gayanya yang tidak ego, kerendahan dirinya dan sikap tidak campur tangan dalam politik menyebabkan beliau tidak dimusuhi.

Ya! Ketika Tun Mahathir berada di puncak kuasa dengan penuh kemegahan pun beliau tetap bersikap sebagai seorang isteri yang tidak menyibuk diri menjadi ‘menteri tambahan’. Orang tidak memperkatakan tentang sikap suka campur tangan beliau dalam urusan politik, tidak beliau dibenci kerana berlebih-lebihan dalam gaya dan cara. Tun Siti sangat sederhana sehingga sekarang.

Saya sendiri pernah mendengar Tun Mahathir bersungut kerana lama menunggu Tun Siti di kereta dan cuaca agak sejuk. Ketika itu di London. Saya masih ingat jawapan Tun Siti: “ada orang hendak bercakap dengan kita, takkan kita hendak tinggalkan”. Masa itu ada rakyat Malaysia di London yang datang berbual dengan Tun Siti ketika beliau hendak turun dari Malaysia Hall.

Saya kagum dengan Tun Siti sebab setiap kali saya berkesempatan berbual dengan Tun Mahathir, samada di meja makan atau di tempat biasa, Tun Siti yang selalu berada di sebelah Tun Mahathir tidak pernah mencampuri perbualan kami khususnya tentang politik. Beliau selalu menjadi pendengar setia kepada Tun Mahathir.

Jika ada pun beliau mencelah, beliau akan bertanya khabar keluarga saya atau pandangan agama tentang urusan harian. Sekalipun beliau sebenarnya tidak pernah berjumpa keluarga saya. Tun Mahathir bertuah mendapat isteri yang tahu apa perwatakan yang sewajarnya dan tidak dianggap ‘busy body’ bagi negara ini ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Maka tidak hairanlah ketika Tun Mahathir berada dalam ketegangan krisis politik beliau, Tun Siti tidak menjadi sasaran kemarahan musuh-musuh politik Tun Mahathir. Hanya yang bermulut celupar sahaja yang cuba mengguris Tun Siti yang selalu diam itu. Itu pun puak yang suka menyentuh urusan peribadi orang yang tidak kaitan dengan kepentingan umum rakyat.

Begitu lama Tun Mahathir di tampok kuasa. Tun Siti tetap bersederhana. Tiada cerita kemewahannya semasa di luar negara, atau bising campur tangannya dalam projek itu dan ini, tiada cerita ‘kegarangannya’ kepada pihak sana dan sini. Beliau hanya tersenyum dan merendah diri. Bahasanya tidak bongkah, gayanya tidak berlagak. Tidak banyak cerita di media tentang dirinya, sehingga melebihi suaminya. Namun, sebagai insan tentulah ada kekurangan dan kelemahan di sudut-sudut tertentu. Demikianlah semua manusia.

Seorang pemimpin memerlukan isteri yang ‘tidak menyibuk’ seperti Tun Dr Siti Hasmah. Walaupun sangat terpelajar, tetapi tahu membawa diri sebagai isteri pemimpin. Setiap isteri pemimpin mesti pandai menjaga maruah suaminya. Pandai menjaga nama baik politik suami.

Jangan sampai suami dibenci rakyat kerana gaya dan sikap isterinya. Ertinya, jangan sampai rakyat membenci seseorang pemimpin ‘pasal bini dia’. Buat semua isteri pemimpin, jadikanlah Tun Siti Dr Hasmah sebagai contoh yang baik dalam hal ini! Jangan lebih lajak dari laju, rakyat tak suka perangai macam itu!

Peranan isteri berdoa agar suami berada di jalan yang benar. Menasihati suami agar sentiasa ingatkan Allah dalam urusan rakyat. Janganlah isteri pula yang menyebabkan kemurkaan Allah dan kemarahan rakyat kepada suaminya..Tun Dr Siti Hasmah, tahniah!

disalin dari http://drmaza.com/home/?p=1195

@ Ani Sup Utara

petang bila ntah..yang pasti hari isnin la sebab aku pakai tudung korporat kaler biru tu, lepak-lepak kat Ani Sup Utara kat Presint 15, Putrajaya ni. Saje nk try makan kat sini. Selalu dok lalu je...kan kat depan dia Mydin..tiap-tiap bulan memang selalu shopping barang dapur kat situ.

hari tu pun tak sengaja nak makan kat situ. plan asal nak g kedai Buku Pustaka Mukmin. nak beli buku GO (general Order) org gomen tau lah buku ape kan..utk exam PTK 16 Ogos ni..

memandangkan dah nak dekat Maghrib, so kalau nak masak kat umah memang tak sempat, aku ajak enady makan kat situ..

dia punya rasa sup tu, takdela hebat sangat.. rasenya kat Pasar Tani tiap2 Jumaat depan MOF ni lagi sedap kot.. opsss.. kroni-kroni Restoran Ani Sup Utara mintak-mintakla tak baca aku punye blog ni.. rase sup biasa biasa je. cuma decoration restoran tu kot yang nampak cam gempak siutt..=p alah, situ kan area-area embassy punye tempat lepak-lepak.. dah nama pun Presint Diplomatik..harusla rakyat Malaysia tunjukkan yang hebat-hebat kan..hehe.. Clap 4 Malaysia...

yang kelakar nye, peel si dani ni...

dani sebelum lentok...

mmg time tdo dia mase aku pegi tu. aku balik keje kul 5 ptg. amik dia gedebak gedebuk sampai umah dlm kul 5.30 ptg. tu campo-campo ngan trafik light n dok lepak-lepak jap tanya hal dani kat babysitter dia (mak idah)..

mase dok jalan-jalan beli buku punyalah mate segar bugar je..papa dia bawak tengok sekeliling la.. sampai je kat restoran ani sup utara..hahaha..lentokkk..hihi..dani dani...
dani dah tangkap lentoqq..=p

ok dah...ade meeting ni..babai...

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

"Sweet Cute Baby Smile Contest"

'Create

Create your own banner at mybannermaker.com!

JOM JOIN CONTEST NI...

Contest ni anjuran intankuterpilih dan Baby Ku Cute Collections. Terima kasih kepada penganjur..

Di kedai Baby Ku Cute Collections ada bermacam-macam jenis pakaian kanak-kanak lelaki dan perempuan. Lawa - lawa plak tu. Kalaulah anak ku perempuan..aishhhh..habis ku borong satu kedai tu kot..hehehe...

Contest ni akan berakhir pada 31 Julai ini. jadi cepat-cepat lah join pada siapa yang nak join tu..:)

Maka dengan itu aku mempertaruhkan gambar ini >>>>>

Nama Si Manja : Muhammad Dani Emir bin Ahmad Zaidi
Umur Si Manja : 4 bulan 3 minggu
Nama Ibu : Nurliyana Binti Uzir

same la

petang semalam, plan nak g minum2 je kat kedai area umah ni. sebab rase macam best je layan teh tarik panas-panas...santai-santai ngan enady n si kecik...

oh ye, enady tak keje semalam sebab tayar motor nye pancit kat highway. ate nye, kat Putrajaya ni manelah ade kedai motor kan... nasib baiklah ade kedai moto kat area kampung berdekatan dengan taman aku ni.. dah namenye kdai kampung kan, bukak nye pun kul 10.30 pagi ler...

ok, nak citer lain sebenarnye,

nak kuar rumah tu aku suhla enady benti jap..nak amik gambo dia ngan dani...baru tadi perasan, lorrrrr...same la pakai topi terbalik...

hahahhaha...

bapak borek anak rintik..hehe

ok dah, tu je!

peace!

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

ikan oh ikan

ikan aku dah banyak. yeay!! dulu mase kak izzah bagi adelah dalam 10 ekor je. tapi bila dah bela selama setahun lebih..dia dah beranak pinak jadik 34 ekor semuanya...nampak cam nak beranak lagi 3 ekor tu..wuhuuu..lagi banyak la ikan aku nanti....

nak dekat 2 bulan setengah aku tak cuci akuarium dia.. ni baru cuci..tu yang berkilat je kan...

pandangan dari atas..

pandangan dari sisi..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

aku rindu!

mama rindu saat-saat breastfeed kan dani..

rase nak nangis saat ini...

dani....kenapa dani tak nak nyusu kat mama dah?

dah macam-macam cara mama buat untuk bagi semula dani nyusu terus dari breast mama ni. tapi dani tetap menolak sambil menangis + meraung...huhu...dengan mama mama sekali nangis..

kenapakah dani?

_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_

sekarang ni dani masih lagi minum susu ibu. tapi pakai botol la. mase aku keje, aku hantar semua susu ibu kat babysitter dani. bila aku balik keje je kadang2 aku tak sempat nk standby susu yg dari dalam peti ais, dani dah meraung-raung nak susu.

susu formula aku kasik bila malam je dlm kul 12 tgh mlm sampai kul 6.00 pagi dan kalau g jalan2.. dani kan tak nak nyusu dari badan lagi, terpaksaa... bukan aku tak nak susukan dia, malah aku rindu sangat2 nk nyusukan dia.. bila dengar atau baca ibu2 susukan anak masing2..huhuuh..aku jadik sedih..tsk tsk tsk...

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

dani manja2 ngan papa

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

sabtu @ opis

kul 2.30 tadi aku sampai opis...
datang untuk setelkan keje mane yang patut..
tak nak aku kejadian semalam berulang lagi...
sangat takut...
nasib ku baik sebab dapat bos yang sangat memahami..
thanks ciksu n En.lee back up aku semalam...
dah ternyata memang salah aku...
kesalahan yang melibatkan mase depan periuk nasik ku..huhu

dani dah tentu aku hangkut sekali...
tgh tdo tu..
buat kerja secara cepat dan dah habis,
baru aku ngadap blog ni...

enady g mancing ngan adik aku ijai...
takpelah, aku relakan aje...
sebab ade ijai..hehehe...
kalau takde ijai, mau aku muncung sedepa kang..
hikhik...

oklah, nak balik dah..
tata..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

weekendku

sabtu
takde plan..
dok umah saje..
atau maybe aku nak g opis jap, buat keje..
kalau Dani tak meragam la..

ahad
ade org kawen..
satu kat Dewan Perbadanan Putrajaya..
anak opismate aku kawen..
yang second, exopismate yg kawen..
kat Tanjung Karang..
yang kat TK ni masih berkira2 mahu pergi atau tak
sebab enady kerja ahad ni..
kalau dia kasik pegi, maybe aku akan pegi ngan dayan,ecah n zizi...
dani haruslah bawak kan...

Dani..
ramai kawan mama yang nak jumpa ngan kamu ni tau..
glemer la kamu nanti..
hehe..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Perkembangan dani 4 bulan setengah.

1. dah meniarap sepenuhnya. means, boleh tegakkan kepala n bila dah meniarap, dia boleh baring balik.

2. dah pandai menangis yang macam meraung tak hengat tu. lagaknye macam kene pukul tau..dush dush..

3. dah sembur-sembur ayaq liuq..adoiila, meleleh-leleh kat mulut. Rambut aku pun dah gugur dengan banyak nye.

4. Cepat gelak. Agah je mesti gelak. Kalau tengah menerap tu, habis cadar tilam kena ayaq liuq dia..hehe

5. Tak nak langsung menyusu direct breast aku...sedih betol! aku la yang terpaksa pam dengan gighnya. bangun tengah malam nak pam n buat susu untuk dani.

6. Dah pandai minum susu Formula. aku kasik dia brand AnMum yang Infacare tu. terpaksa kasik FM (formula milk) sebab susu aku merudum n tak cukup untuk supply bekalan dia pada esok harinya kat umah BS (babysitter).

7. Pandai dah..bila berdukung, memamg senyap dan sampai tertdo-tdo. bila letak kat atas tilam..uwaaaa uwaaaa..dia menangis, maknanye suh dukung lagi la tu..hihi

tu je kot dulu..

nanti ade lagi perkembangan dia aku roger kat sini k..:)

Cheeseeeeeee!

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

entry kelmarin

entry kelmarin. tak sempat nak publish semalam...

ingat tak citer ni,.

nilah citer sebenar...

**********************

Mase aku tulis ni dani tengah menyusu. Papa dia yang pegang.. Giliran enady plak yang jaga n tidokan. Aku dah jaga dani tadi. Jaga anak kena gilir2 maaa… kalau tak ,mau pengsan aku buat sorang semua. Lepas setelkan semua kerja-kerja rumah :

masak,
makan,
basuh pinggan,
masukkan baju kotor dani dlm bakul,
isi balik baju dlm beg baju dani tuk esok,
basuh botol susu dani,
naikkan susu dani yang dah beku ke atas ( peti ais aku fridge nye kat bawah),
kuarkan susu yang aku pam kat opis tadi masuk dlm botol susu dani siap-siap,
masukkan ice pack dlm fridge kasik beku,
pam susu..

ok dah..banyaknye..hehe...dah siap semua tu barula aku ade can nak ngadap lappy ini..fuhhh…
Kalau kat opis lak nak tulis memang tak sempat. Banyak keje…keje dah makin menimbun setelah 2 hari aku pegi kursus. Jadiknye aku tulis kat Mic. Word ni n esok (pagi ni) aku pastekan aje kat blog..hehe..ok kan..

Oh ye, cerite yang aku nak share tu takdelah ape sangat… Cuma aku sedih sangat sangat bangatttt.. aku sorang jelah yang sedih kot..hehe..(eh gelak pulak, kate sedih) ok ok..sdih sedihh…

Si kecik aku tu, Dani, dia dah tak nak menyusu badan lagi. Sedih kan. Sape yang belum jadik ibu tu mungkin la rase biasa je bende ni. Tapi bagi aku, mungkin jugak pada ibu-ibu yang lain, rase dah hilang nikmat itu kan… siyes, aku macam tak tentu arah jugak la. Bangun tengah2 malam nk ngepam. Dani kan tak minum through aku punye breast, so, mmg mencurah2 susu aku tu keluar.

Maybe Dani konpius kot antara puting susu botol n aku punye nipple. Jenuh dah aku sua kan breast aku nk nak suh dia isap, tapi nan ado la.. dia akan melalak-lalak, meraung-raung macam kena pukul tu. Dah pujuk jugak..cakap elok-elok n belai rambut dia kan, tak mau jugakkk..adoii la dani… sedih mama macam ni tau.. ngape la tak mo minum ni…

Aku takut susu kering je..adeiii..dan utk pengetahun korang jugak, Dani dah minum susu formula. Sebab susu aku tak cukup utk supply dani punye demand mase aku bekerja. Akhirnya, aku tewas juga… ni sebab preparation mase sebelum bersalin ari tu tak berape sangat.. kalau surf kat internet, aku focus kat pengalaman bersalin je… persediaan utk pam susu mase pantang, aku baca gitu2 je. Asal ado. Hehe. Tu yang aku tak buat stok sangat tu. Kalau ade rezeki, anak kedua nanti aku nekad utk breastfeed sepenuhnya. Mase tu maybe ilmu penuh di dada kan..:)

Dani minum susu formula tak banyak mane. Mase aku kerja aku bekalkan dia susu ibu macam biasa n aku kasik jugak susu formula kat babysitter dani. Standby, takut2 susu tak cukup. Baby boy mmg banyak minum susu. Huissshhh..letih den tau.

Sekarang ni, nak maintain kan susu ibu aku ni supaya tak kering adelah dengan cara kerapkan pam. Dengan tujuan utk kosongkan breast kita tu, n susu baru akan terhasil gituuu..hehe..thanks to Fiza n kak N (geng ibu menyusu) atas advice diorang… diorang yang banyak mmbantu selama ni…

Oklah, dani dah lena, aku pun dah ngantuk. Jadik aku nk stop kat sini dulu. Nak tdo… Gud nite…

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

nasi goreng berdesing

malam tadi mmg plan nak masak nasi goreng je. pastu goreng telur. bagi aku n ensuami, itu dah cukup memadai. Syukur ensuami tak cerewet sangat bab2 makan ni.

alkisahnye, ngape panggil nasi goreng berdesing?

hehe... mase hari ahad ari tu, aku mmg banyak la masa free...bila dani tdo je..pung pang pung pang aku akan buat kerja rumah, dah siap semua pun ade mase free lagik, jadiknye dapat satu idea... untuk masak secara express, tak yah nak kupas kupas bawang dah, aku pun kopekla bawang besar n bawang putih untuk diblend. senang la sket nak masak kan..bila nak masak, amik je dalam frezze n campak je dlm kuali..bawang je la...nak kopek bawang tu pun amik masa yang lama tau.

bila dah ade anak ni, setiap saat dia sedang tido amatlah berharga untuk setelkan ape ape yang patut..exspecially kerja rumah la kan..:) betul tak?

dan tadi, aku punyela excited ngan bawang besar n bawang putih yang dah diblend tu, aku amik banyak-banyak untuk buat tumis nak masak nasi goreng. Fes timeeee..huuu..

Masak masak n masak...dah siappp...akibat dah selalu masak nasi goreng, jadiknye, aku takdela nak rasa-rasa bagai tu kan. campak garam sket, gula sket, sekadar pencukup rasa dahhhh...

enady pun jenguk sambil cakap..

"waaaa..macam best je mama masak ari ni"
"tula, mama guna bawaang yang mama blend ari tu"
"mesti sedap.."

hehehe..aku senyum je..meleret leret sampai ke pipi bila kene puji ngan suami..;)

Tiba masa untuk makan...

Sekaliiiii...bila enady dah makan n telan..

"ma, nape berdesingggg ni....?"
"hah? berdesing? ape yang berdesing nye?
"ni..nasik goreng ni haa..banyak sangat bawang ni mama taruk"

erk!

"ye ke pa?"
"yela. mama lalu ke nak makan?"
"ntah, lalu je ni. alah, kalau tak nak makan, papa letakla tepi. Kita g beli kat kedai je"

aku macam sentap sket bila dia cakap tak berapa sedap. mmm...muncung dah kuar...hehe

last2 enady cakap ape tau..

"dah la ma.. ma pun tak lalu nak makan tu kan.."
aku makan secara paksa sebab sayang nasik tu nak dibuang macam tu je.

"dah ma...jangan paksa makan kalau tak lalu"

ok..aku pun tolak tepi n tereban dalam bakul sampah..tereban tu bahasa perak ye yob n yong..:)

last last, dua dua minum milo je. aku buat air milo n cicah biskut. tu pun dah kenyang. nak kuar g beli makan masing masaing malas nak keluar.

adoiilaa..excited punye pasal ngan bawang blender tu, habih nasi goreng aku. tak pasal pasal enady panggil nasi goreng berdesing..hehe

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

pizza@alamanda wif anep

Jumaat 16 Julai 2010

kul 2.30 ptg, adik aku anep sms...

"Long, balik keje kul bape?"
"Kul 5 la..nape?"
"Nak datang umah la."
"Haa..mehla. Kul bape"
"Lepas along ade kat umah la. Kul bape sampai umah?"
"Dalam kul 5.30 petang, dah sampai umah dah. Datang ngan sape?"
"Sorang jela."
"Ok. Dari mane?"
"Dari KLIA. Hantar member orang g keje."
"Oooo..ok ok."

lpas tu, terus call enady, g tau anep nk datang.

dalam kul 6 ptg, anep sampai... bawak kete mmber dia. katenya nk jumpa ngan dani. tu yang datang tu..hehe..kamu dtg tangan kosong je ye dik, adiah Dani tak tuntut lagi ni..wuhuuu..

lepak-lepak tgk tv, n lepas Maghrib, anep ajak g Alamanda. Dah alang-alang g Alamanda tu, aku ajak la dia g makan Pizza. lame giler tak mkn pizza...sejak dari belom bersalin lagi...lame kan..hehe..kerap nau makan pizza, manela tak gemuk..=p

dah makan n lepak-lepak jap, terus balik umah. anep pun balik umah kawan dia kat Bandar Salak Tinggi...

jom layan gambo-gambo sekitar peristiwa..hehe..peristiwa ek..=p

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

perkahwinan org dulu2

tgk gambar ni. ni adalah ayahanda dan bondaku. lokasi Sabak Bernam. Tarikh 23 Jun 1983. hehee..aku ingatkan anniverssary ayah ngan ibu 27 Jun... rupanya 23 Jun..sori ayah n ibu...hehe

dulu pengantin siap kene dukung tau. yg dukung tu bukannye orang muda muda. orang tua tau. kagum kan. sekarang ni, cuba bayangkan kalau pengantin tu didukung macam gambar kat atas ni, sure orang yang dukung tu kena cop gatai or miang kan..hahaha..

tulah zaman dah berubah. dulu manela ade sangat gejala gejala sosial ni kan. tu yang pengantin siap dukung2 tu..hahaha...

perkahwinan orang sekarang, dah canggih manggih dah.. lagi banyak kita bayar kat jurugambar tu lagi banyak dan cantiklah gambar nye kan..

akhir kate, HEPI BELATED ANNIVERSARY BUAT AYAH DAN IBU KU... pada 23 Jun 2010 yg lalu...( giler.. dan sebulan baru nak wish..hihi )

along, ijai, anep, kak yang n ika sentiasa mendoakan yang terbaik buat ayah dan ibu. Semoga keluarga kita aman bahagia selamanya....we love both of youuuu...

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

takleh bukak

aduhaiii... file tak leh bukak pulak. aku dah taip2 panjang2 semalam kat word 2007... sekali kat pc aku ni word 2003... takleh nk convert...

alaaaaa...pnat2 aku karang cerita malam tadi..huhu..

sori korang...

no more

ade cerita sedih nak share ngan korang..

esok aku citer k...

sob sob sob..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

7 oz sekali pam

kul 5.30 pagi tadi aku pam...

7 oz tu...

simpan utk kenangan diri sendiri...

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

kursus PTK 2 hari

apdet laju2...

aku ade kursus PTK 2 hari mulai hari ni sampai le esok...

tak sabar nk habis kursus ni cepat..

sebab banyak keje yang menanti..

wuhuuu...

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

tak ok

ahad..

line BB Celcom kat umah aku ni tak berape ok la.

lantak...bil dah 2 bulan tak bayo..

sebabnye ni lah, line mandangggggggggg...(bahasa org perak)

tu yang susah nk apdet blog..

kena tunggu masuk opis pagi2la baru apdet..hehe..

SElamat berhujung minggu....

tudung korporat

setiap hari isnin wajib pakai tudung korporat MOF ni ye.

dan aku, itulah satu-satunya baju biru yang aku ade..hihi..

kenalah pakai ngan baju kurung biru kan. takkan nk pakai kaler pink kot.. tu dah lari kalernye..

pas ni kena carik kain pasang kaler biru je..hihi

my bos, ciksu..

saje nak interprame kan..haha...

single lagi ni..wehoooooo..=p

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

I LUV TUPPERWARE BRAND

yuhuuuu..aku suke contest yang adiahnye tupperware ni...

meh sape2 nk join klik sini k..

lengkapkan slogan sy nak mng hadiah set ramadan kerana..................(tidak mlbihi 20 perkataan)

- saya nak menang hadiah set ramadhan kerana kalau nak beli kan mahal, kan best kalau dapat free..hehe

hadiahnya >>>>>>

  • 1 ramadan set menanti anda

joinla cepat korang, ape tunggu lagi...:)

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

alhamdulillah..rezekiku tahun ini

semalam, kat opis aku ni ade majlis. 3 in 1 sekali gus. first perhimpunan bulanan, second majlis penyampaian anugerah pekerja cemerlang dan majlis pembaharuan pensijilan 5s. aku terlibat dengan majlis no.2 tu.

alhamdulillah..rezekiku tahun ini dapat APC (anugerah pekerja Cemerlang). cemerlangkah aku? aku pun tak tau. bos yang menilai setiap tahun tu kan.. LNPT (laporan nilaian prestasi tahunan) kalau dalam slogan kerajaan tu cemerlang, gemilang dan terbilang tu, aku yang gemilang jelah kot. Cemerlang tu belom lagi kot. kalau cemerlang dia kena stayback hari2 (dulu lom kawen bolehla, dah kawen n ade anak tak can nk balik lmbat lagi), masuk keje panctual (aku kdg2 terlambat 2-3 minit je), tak main fb mase keje, keje sentiasa siap hari2.. hahhaa..

no bodek2 k... kebetulan aku ngan bos aku ciksu pun dapat..tahniah utk ciksu...

beria la aku g carik kain nk buat baju utk pakai mase APC ni. sekali kena pakai tudung korporat la pulak..adesss... tak bleh nk melaram ngan baju baru..wuhu..

rezeki ku juga tahun ni dapat salam ngan PM. maknanye dalam gambo nanti aku salam ngan PM la. yehaa... terngiang2 kat telinga ni mase salam ngan dia tu, PM cakap tahniah..huhu.. suatu kenangan untuk diri sendiri.

alahai, tak clear pulak. nanti lah.. dah dapat gambo nanti, aku tempek kat sini k...

selain dapat sijil APC tu, penerima dapat jugak wang tunai sebanyak RM1,000.00

tengahari semalam jugak aku g bank..hahaha..tak sabo...

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...