Skip to main content

@ Ani Sup Utara

petang bila ntah..yang pasti hari isnin la sebab aku pakai tudung korporat kaler biru tu, lepak-lepak kat Ani Sup Utara kat Presint 15, Putrajaya ni. Saje nk try makan kat sini. Selalu dok lalu je...kan kat depan dia Mydin..tiap-tiap bulan memang selalu shopping barang dapur kat situ.

hari tu pun tak sengaja nak makan kat situ. plan asal nak g kedai Buku Pustaka Mukmin. nak beli buku GO (general Order) org gomen tau lah buku ape kan..utk exam PTK 16 Ogos ni..

memandangkan dah nak dekat Maghrib, so kalau nak masak kat umah memang tak sempat, aku ajak enady makan kat situ..

dia punya rasa sup tu, takdela hebat sangat.. rasenya kat Pasar Tani tiap2 Jumaat depan MOF ni lagi sedap kot.. opsss.. kroni-kroni Restoran Ani Sup Utara mintak-mintakla tak baca aku punye blog ni.. rase sup biasa biasa je. cuma decoration restoran tu kot yang nampak cam gempak siutt..=p alah, situ kan area-area embassy punye tempat lepak-lepak.. dah nama pun Presint Diplomatik..harusla rakyat Malaysia tunjukkan yang hebat-hebat kan..hehe.. Clap 4 Malaysia...

yang kelakar nye, peel si dani ni...

dani sebelum lentok...

mmg time tdo dia mase aku pegi tu. aku balik keje kul 5 ptg. amik dia gedebak gedebuk sampai umah dlm kul 5.30 ptg. tu campo-campo ngan trafik light n dok lepak-lepak jap tanya hal dani kat babysitter dia (mak idah)..

mase dok jalan-jalan beli buku punyalah mate segar bugar je..papa dia bawak tengok sekeliling la.. sampai je kat restoran ani sup utara..hahaha..lentokkk..hihi..dani dani...
dani dah tangkap lentoqq..=p

ok dah...ade meeting ni..babai...

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥
2 comments

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…