cream puff..

huhu.

sekarang craving cream puff ni.. sedappp..

nak buat sendiri ntah bila...

makanya order saja..:)

feveretku

ini buah rambutan..hahaha. sapela yg tak tau kan..:)

kudap2 kat kaunter ni..di petang hari penutup 2012..

jemput jemput...

Main sama-sama

Draf...

Lama terperam..






♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Dah boleh ikat penuh dah

  



Rambut belakang Zara dah panjanggg..
Dah boleh ikat penuh2 dah..:)
Tapi tak selalu aku ikat, kesian, sakit dia.. 
 

Pengalaman pertama Zara naik bas

Lupa nak cerita.. 
 
Pengalaman aku ngan Zara berdua je naik bas balik ke kampung. Putrajaya - Teluk Intan. Transnasional. 

Balik kampung tujuannya nak menghadiri majlis perkahwinan sepupuku, Padey kat Pasir Salak. Pada asalnya taknak balik. Tapi sebab macam tak best plak kan, masa aku ngan adik aku Ijai kawen hari tu, semua adik beradik Padey turun.. So, aku pun balik la. Nekad. Naik bas je. Mujur ada tiket. :)

Papa Zara?

Dia keje. Sekarang memang susah nak cuti. So, terpaksa lah aku berdikari. Takpe, dah biasa sekarang pegi mana2 xde dia.. Asal minta izin sudah kan..:)

Tiket pukul 8.40 malam. Dari awal lagi aku berharap yang Zara akan behave sepanjang dalam bas.. 

Alhamdulillah memang dia baikk je.. Sebab dia tido kan.. Sebab malam kan.. Hehe.. selamat di situ..

Aku dapat seat belakang sekali memandangkan masa papa Zara beli tiket tu memang tiket last. Ambik jelah.. Masa naik bas, aku cakap ngan driver tu, yang aku nak seat tengah2 atau depan sebab aku bawak baby.. Driver tu kata ok lah.. nanti dia adjust.

Masa naik kat Putrajaya Sentral tu, tak ramai, so, aku duduk je mana2. Sampai Puchong baru makin ramai, sampai Pudu naik lagi orang, sampai Duta naik lagi.. Masa kat Duta ni lah, seat yang aku duduk tu, tempat sorang perempuan ni. Chinese. tak tua tak muda. Aku minta la ngan dia tukar seat ngan aku. Lagipun belakang tu sebelah seat aku chinese gak, apa salahnya kan tukar... 

Time aku cakap tu, dia dah buat muka. Terus aku cakap xpelah., bergenang air mata aku. Hangkutlah aku barang-barang aku dengan Zara nya yang tido, ke belakang. Seat belakang tu dahla tinggi. Pastu bila bump, memang terangkat punggung aku ok. Bayangkan aku tgh pegang Zara. Start dari Duta tu memang aku tak tido, peluk je Zara. Takut dia terlepas jatuh ke bawah..Rasa nak bersila kat atas lantai bas tu..

Pengalaman tu..

Tapi aku tak serik pun naik bas bawak baby. Melainkan dorang dah besar2 mcm Dani tu memang aku tak berani. Lama kan dalam bas.. Banyak ragam nanti.

Sampai Teluk Intan, pukul 2 pagi. Ayah ngan Ibu dah tunggu. Dani pun ikut. Masa ni Dani tinggal ngan Aki n nenek. Perasaan nak balik kampung tu lebih sebab nk tgk anak je sebenarnya.. :)

Balik Putrajaya dari Teluk Intan, naik bas juga. Sebab takde cousin aku yang balik hari Isnin. Risau gak sebab naik bas kul 3.45pm. Waktu siang, Zara tak banyak tido. Main je. 

Sangkaan ku meleset. Tak meragam pun.. tido jugak.. Sedap kot kena peluk plus terhenjut2 kan. Dapat seat belakang sekali jugak.. hurmm, kali ni malas nak minta tukar2 ngan orang. Duduk je lah kat seat tu.
 

Apa-apa pun, terima kasih Zara kerana bagi kerjasama yang sangat baik kat mama. Love you sayang..:)



 


abang Dani tinggal lagi masa ni..

busy hujung tahun

koje koje koje..senyummm.. (@ Ministry of Finance (Perbendaharaan Malaysia)) [pic]: http://4sq.com/Rjbg8A

cuti krismas 2012

now watching home alone 3.. (@ Apartment Zon 6B) http://4sq.com/ToTpyT

Jadi despatch..

menghantar surat2.. jadi despatch hari ni. (@ Kementerian Dalam Negeri Malaysia) http://4sq.com/TPURqw

Wordless Wednesday #37



Dia yang tutup pintu sendiri, pastu menangis takleh nak keluar..

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

duku 2012

berperang ngan kerengga nak kutip buah duku ni..

Tips nak menguasai Bahasa Inggeris

Jika anda ingin mahir dalam bahasa Inggeris dalam masa yang singkat maka anda perlu sanggup untuk mengikuti teknik-teknik yang telah berjaya saya gunakan atau untuk mengikuti teknik-teknik yang telah saya cipta sendiri berdasarkan pengalaman dalam mengguna bahasa Inggeris lebih daripada 40 tahun!

What do I always tell my students?

1. Read in English, everyday.

2. Try to speak in English,everyday.

3. Memorize ten new words, everyday.

4. Have an inquisitive mind.

5. Practice, everyday.

6. Master your grammar. There are no short cuts!

7. Know how to use the dictionary and use it everyday.

8. Attend a formal English class and relearn your grammar.

As a teacher I always want my students to improve their English and it pains me if they fail.

Apa yang saya selalu beritahu pelajar saya?

1. Baca apa bahan bacaan dalam bahasa Inggeris setiap hari.

2. Cuba untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris setiap hari.

3. Menghafal sepuluh perkataan baru bahasa Inggeris setiap hari.

4. Mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.

5. Buat latihan-latihan tatabahasa bahasa Inggeris anda setiap hari.

6. Kuasai tatabahasa bahasa Inggeris anda. Terdapat tiada jalan pintas!

7. Tahu bagaimana untuk menggunakan kamus dan menggunakan ia setiap hari.

8. Menghadiri kelas bahasa Inggeris formal dan belajar semula tatabahasa anda.

Sebagai seorang guru saya sentiasa mahu pelajar-pelajar saya untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka dan ianya menyedihkan saya jika mereka gagal.

Kursus Asas-Asas Komunikasi Penulisan dan Perbulan cikgu akan bermula pada 5hb Januari di Putrajaya dan 6hb januari di Sunway.Diskaun khas untuk pelajar2 lepasan SPM 2012!

Cikgu Yusoff
019-3090711




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Budak kuat ngobak!

 

 

  

Ngobak tu menangis dalam bahasa orang Perak.

Manja terlebih budak tecik ni tau! Mana-mana aku pegi nak mengekor je... Menangis-nangis nak ikut aku..

Kadang-kadang hilang sabar jugak, aku pun menangis sama... Cabaran dalam membesarkan anak-anak. Ikut perangai sape? Semestinya perangai aku.. Hahaha.. 

Pernah dulu masa aku kecik-kecik, arwah atuk aku pernah jirus aku ngan air satu baldi akibat aku yang suka menangis tanpa sebab. Hah! Sekarang, mane nak tumpah kuah kalau tak ke nasik kan... Uwaaaaa..

Teringat jugak Ibu cakap, sekali kita bagi susah hati mak bapak, nanti 10 kali pulak anak kita bagi kita susah hati..  Tatuttt.. Ok, nak minta maaf ngan Ibu Ayah sekarang..

Sent via Umobile


Jumpa baby Ariq

  



Berkesempatan jumpa baby Ariq rehat hari Jumaat tadi. Nasib baik kurier ngam2 waktu rehat kul 12 tu dia sampai. Terus wassap Jue, cakap nk datang umah. Kebetulan juga vitamin untuk customer lain sampai juga, umah dia kat blok deret2 umah Jue gak. Makanya, sekali harungggg la..

Masa jumpa Ariq dulu berapa hari ntah.. halus mulus jer.. sekarang dah sedap pegang pegang peluk peluk.. Terasa mcm nk baby lagi.. kahkahkah.. padahal Zara baru je nak masuk 9 bulan, dah berangan nak baby lagi.. nanti nanti dulu ler yer.,.:)

takde penutup. Babai..

@ taska

 



Sent via Umobile 

21 Disember 2012, kiamat. Benarkah?





Rasa terpanggil nak buat entry ni. Malam tadi lepas tengok bola Malaysia vs Thailand yang berakhir ngan kekalahan tu, aku alih pulak TV9. Sebab aku nak tengok rancangan ala-ala perbincangan, 9 soalan. Tajuk malam tadi boleh dikatakan hot topik gak.. Pasal 21 Disember 2012 akan kiamat..

Bagi umat Islam, wajib percaya yang hari berlaku kiamat tu hanya Allah sahaja yang tahu. BILA ianya berlaku, wallahualam..

"Pihak NASA juga mengatakan bahawa tidak ada tanda-tanda planet akan terkeluar dari paksinya sekurang-kurangnya untuk beberapa dekad yang akan datang. Bumi tidak mungkin akan keluar dari orbitnya pada tahun 2012.
Memang setiap tahun Bumi dan Matahari menyelaraskan (align) kearah kedudukan tengah Galaksi Milky Way, akan tetapi ini merupakan kejadian tahunan yang tidak memberi kesan kepada apa-apa.. "



 Sumber 


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

hrmis oh hrmis

orang-orang keje gomen mesti tgh sibuk buat hrmis sekarang ni kan..

aku punyala semangat berkobar2 nk buat skt, nk isi cuti, leh pulak tgh selenggara hrmis ni..

aduhai, saya nk cuti la..

yahoo.com

terkejut gak pagi2 tadi bila bukak email yahoo, dia dh berubah.. aku refresh balik, still the same.. layout baru kot..

agak pening gak mula mula nk carik button yang common tu.. hehe..

kuewtiau kari

baru nak lunch. jemput makan semua..

Wordless Wednesday #36






♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

#zara8bulan

pandai dah senget2 kepala bila buat auucaakk..

zara zara..

kuat menangis jugak.. aku tak boleh gerak seinci pun dr dia..lotih makkk nak oii..

rindu...

tiba-tiba rasa rindu kat abang dani..

testing

saje saje..

back..

dah kerja ari ni.. back to normal life..

hometown

@ kampung gajah now.. bestnya mkn buah duku, rambutan, langsat, manggis, cempedak...

Tempat makan yang sedap kat Putrajaya #1

Nak share tempat makan sedap kat area Putrajaya..

Bagi aku sedaplah. Dan kena dengan citarasa tekak aku ni..

Korang pegi Kompleks Kejiranan Presint 16. Pegi kat food court dia. Pastu carik kedai no. 3. Nama kedai tu kalau tak silap kedai Mohamad Nor rasanya..

Murah pun murah. SEdapppp..

Malam tadi first aku g makan kat sana :

Nasi goreng cili api
Nasi goreng biasa
Tomyam ayam
nasi putih
telur mata kerbau
sambal belacan
air teh o ais
carrot susu 2. (1 aku minum kat situ, 1 lagi aku tapau)

Total : RM16.00 sahaja.

Pegilah korang.. :)

Ada lagi tempat sedap, aku share k..

amaran : ni tempat makan biasa-biasa je...:)


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Buat duit ngan SAYS.COM




 Actually aku dah join Says.Com ni bulan 11 tahun lepas lagi. Tapi masa tu aku register je. Masa tu Zara pun lom kuar lagi. Tu yang berangan nak letak nama Nurdania sampai register says pun aku bubuh nama Nurdania.. Saja-saja register je pun..

Sampai la aku terjumpa blog ni. Income says dia cepat giler naik.. hanya share share n share.

Apa lagi korang jom la join.. Bukan susah pun. share je kat FB n Twitter..:)

Nak join klik SINI. Register dulu. :)

# tu earning aku tuh, belum 2 minggu lagi aku aktif balik.. Kejap je dah naik. Sampai rm50 aku cash out terusss..:)


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Ratu 'berkemas'

Perkembangan anak-anak nak membesar. Maka, bertabahlah yer mama.. Elok dorang ni adik beradik tau, yang si abang pakej main bedak, si adik suka memunggah.. Mama? senyummmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm je..

Amik ko, senyum lah sangat kan..

Membebel-bebel le mulut aku sambil kemas balik..:)

Mama marah tanda sayang korang tau..

tak tahan betul tgk muka budak 'baik' ni tau.. xjadi nk marah.

yeszaaa, saya suka saya suka. (baca nada meimei upin ipin yer)



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Wordless Wednesday #35




Yayang with her nephew n niece..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Moh ke I-City kome..

Hari Jumaat last two weeks. Yang time Ibu ngan Ika datang tu.. Berkesempatan bawak dorang ke I-city Shah Alam. Layan gambar jerlah ek, petang2 ni blur nak tulis apa..





















♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...