Its me








teruslah berjalan
walau ujian diberi
ALLAH Maha Mengetahui..

teruslah berjalan tanpa henti
mengharap redha Ilahi
Dan sentiasa ingat untuk Senyum walaupun dirimu disakiti



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Farewell | En. Suhaimi dan Ita










Gud luck Ita n En. Suhaimi..

Ita dah pun balik ke Johor. En. Suhaimi tukar ke seksyen sebelah je..:)

#Menu Nasi Arab..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Basic H : 1001 Kegunaan



Hari ni aku nak share ttg basic H, apa dia ni, selamat ke tak? guna untuk apa? bla bla bla..penting untuk tahu ni ye, jangan sesekali guna sesuatu tanpa knowledge tau..jom baca!

Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi
 
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang  terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.
 
Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah
  • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
  • Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan
Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
  • Dinding
  • Permukaan dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
  • Tingkap dan cermin
  • Perkakas
  • Benda-benda diperbuat daripada kayu
  • Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)
Tahukah Anda?
 
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan  
Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

Periuk, besen dan pinggan mangkuk 
Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air

Tingkap dan cerminCampurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

LantaiCampurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air

Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam

Perbezaan Shaklee 
Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan



PM me untuk detail dan harga istimewa! :)
________________________________

Ana Lyana
Shaklee Independent Distributor [ ID : 894161 ]
Hp | 0133396435
anacomey_84@yahoo.com
FB : Ana Lyana


Disclaimer #1  Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Jalan-jalan tengok fish

Cerita weekend ntah bila.. hehe..

Dani kagum gila bila tengok fish. Dia punya teruja tu, taktau lah nk gambarkan mcm mana.. yang pasti buat aku ngan papa dia bahagia... Seronok tengok anak terlompat-lompat sambil menjerit bgitau "amma, appa.. fish fishh.. itannn itann.."

Hahaha, fish pun dia sebut, ikan pun dia sebut... Tang amma appa tu lagi bikin aku ngan enady gelak.. Udah gaya berbangsa India kekdahnya..:)

Pagi Ahad tu, Enady awal-awal kejut aku. Belum Subuh pun lagi..

"Mama, pas Subuh jgn tido..siapkan budak2,  Papa nak bawak g satu tempat ni.."

Hoii, hari Ahad kot kan.. Hurmmm.. Mengenangkan lama dah tak ambik angin hari ahad, bersiaplah aku anak beranak.

Sampai-sampai tempat tu, bukan anak-anak je terujaaaa.. Aku punnnn..

"Wahhh, banyak nye pa ikannn"
"Pa, situ ikan.. eh sini ikan.."
"Banyakknyeeeee.."
"Nak tsunami ke ni pa?"

Hakhakhak. Tetiba...=p









Tempatnya : Presint 1, Area belakang JPM. Tapi tempat tu sunyi sket. Tak de orang. Ade la orang berbasikal je yang nampak.. Tapi sumpah, memang banyak gile ikan... Pegilah terjah..:)

Klik la sini jap wey..:)


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Family Day MOF 2012


 5 tahun kerja baru merasa nak ada Family Day Treasury ni..
Tak tau lagi dapat pegi ke tak..
Kalau dapat pegi, aku aim lucky draw je..
Dengar-dengar hadiah best best..
:)



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Musim Durian

 Ibu ada call cakap durian dah luruh..
Dan masa tu aku berkira-kira nak balik atau tak..(Enady susah nk cuti skrg)
Aku cakap balik ngan Ibu, maybe aku balik hujung tahun.
Aku suh la Ibu simpan durian kat freezer. Tahan setahun tau kalau simpan kat freezer.

Dah tersurat, atuk aku meninggal masa 1 Muharam 1434.
Pakat-pakat kami adik beradik balik kampung atuk kat Sabak Bernam. Tu later aku cerita.

Alang-alang dah dekat ngan kg aku, Sabak Bernam - Kg. gajah, tak sampai sejam perjalanan,
balik ler aku anak beranak dan adik2 aku ke kg halaman..
Satu hari je cuti. Malam hari jumaat dah gerak balik Shah Alam -  Putrajaya - KL.
Shah Alam hantar kakyang, Putrajaya aku, dan Anep kat KL.
Sekali harung semua..
Tq to Anep sebab hangkut adik n kakak mu ini..
Tq dik.. (aku panggil Anep tu adik..)

Dah dah, layan je gambo durian2 ni.. Tak sedar dah kul 12.45. Nak jenguk anak..:)

aku, ibu n anep

sedappppppp

waduhhhh, terrasa rassa kat tekak ni..

misi mencari durian. anep n kakyang

hah ko! Menambun.. Habis yer.. sebab kami semua hantu durian..:)


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Potluck mak-mak dan anak-anak

Aha! Lama giler nak tunggu UB buat gath, makanya aku ternampak dorang borak-borak kat Twitter nak berpotluck bagai sebab MekNa nak turun KL..Apalagassss.. Terus sibuk2 cakap, nak join nak join.. Hahaha.. Pantang sangatt potluck potluck ni. Sebab aku suka masak!

Perancangan awal nak buat kat Tasik Cempaka, Bangi nun. Aku pun cakap lah kat husband nak join. Memandangkan tempatnya pun aku familiar dan husband pun tau, makanya dia pun izinkan lah.. (Terus teringat lagu Izinkanlah - Q-Face)

Tapi dia pesan lah, elok-elok jaga anak-anak tu.. Bahek!

Setelah dikira tolak tambah ngan faktor cuaca, last-last ke rumah Zaza berpotlucknya. Padahal kat umah tak hujan pun lagi. Sampai kat kolam Presint 9 tu, rintik rintik reketok reketok ler pulakkk kenn.. Laju-laju ke rumah Zaza nun kat Fasa 10, Presint 9 tu je haa ponn..:)

Tuan rumah siap dah berendam ko! Haha, Tak sempat panas lagi dalam kolam, dah kena naik balik sebab hujan. Next time lah ye geng! Kita feeling feeling macam kolam kat umah sendiri..:)

Next! Situasi kat rumah Zaza..



Antara makanan yang dibawa. Spagheti + Pavlova + Devil Cake apa ntah nama dia.. hahaha ampunkan aku MekNa.. + Congo Bar + Cream Puff + Cheese Tart + Keropok + Buah buahan berkhasiat + mee goreng sedap.. hahaha + air jambu + air gas... Tu je kot. Ke ada yang tertinggal?


Sweet Chat! Eh, Sweet Fad dan anak-anaknya, Imaan dan yang tengah tido tu Isma Bam Bam..:) Sesuka hati je gelorkan anak orang.. Tapi memang bambam pun..:) Zara melepek tido.


Dani yang kehausan.


First time jumpa Mar. Padahal dah kenal lama. Sebelum kitorang kawen lagi...



Start majlis lambat Makanya balik pun lambat la.. Lepas Maghrib baru beredar.. Tq Zaza kerana sponsor rumah.. Nextttt! Rumah Hany plak kan....:D

Baru perasan, kat kamera aku gambar Ciare takde. Ala..



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Tak jadi nak marah bila....







.....AKU TENGOK MUKA DIA.

kembang kempis menahan marah..
Grrrrr...
Last last aku gelak je dan aku pun main sama bedak yang dah tumpah tu...

Bakal merindui Dani...
Dani nak manja-manja ngan Aki dan Nenek selama sebulan...
Hujung tahun baru balik sini balik..

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Aku masak mee goreng sedap. Sedap ke?



Malu seh nak buat entry ni... Sebab nanti orang kata eleh resepi mee goreng pun nk taruk kat blog ke? hehe...

Tapi takpe. Untuk tidak menghampakan harapan mak buyung kita ni Ciare, daku tempek jugakla resepi mee goreng baru-baru ni aku buat masa Potluck kat umah Zaza..




Ok.. ni antara bukti-bukti mee sedap.. Hahahahaha... Jangan marah ye korang aku tempek testimoni kat sini..=p


Bahan -bahan :

cili boh (agak-agak je)
bawang pun agak-agak je..aku letak sebijik bawang besar pastu aku hiris2.
bawang putih 3-4 ulas. Pun aku hiris2 je..mls nk bising tumbuk2.. satu bangunan kang dengar..

fishcake sebungkus
sawi seikat
taugeh 50sen
tauhu singgit
kicap cap kipas udang - manis
asam jawa agak-agak je
ayam potong kecik2 semangkuk (ada ayam ke ek)
kiub ayam knorr. Disebabkan aku masak mee 3 bungkus. aku taruk 2 kiub.
Garam dan gula secukup rasa

apa lagi ek..mee aku tak meriah pun...

Cara - cara :

Tumis lah bawang dan bawang putih nun. pastu dah wangi baru taruk cili boh. Masak bagi kering sket. pastu baru taruk air asam jawa tu. Pastu buh la air sket.

Pastu taruk kicap + ayam + fishcake.. Masak sampai ayam dah masak. masukkan garam dan gula secukup rasa.

Aku suka makan mee lembut2. So, aku banyakkan air sket dalam 3/4 kuali. Nak bagi mee tu kembang sket. Kalau kat kedai kan majoriti mee nya sekejap je masak kan.. Tu pasal kalau kat kedai, aku tak suka makan mee. Sebenarnya dari kecik aku mmg tak suka mee. Kes nya sebab dulu aku makan mee pastu pahit. Hahaha. Mee banyak kapur kot tu.. Kecuali mee spagheti tu aku makan la sebab tak pahit.

Adik ipar aku, Fyqa yang ajar aku masak mee.. Tq to Fyqa.. Senang je rupanya masak mee ni. Lagi senang dari masak bihun. Sebab bihun kena rendam-rendam dulu. Mee terus je goreng. Dan aku adalah pencinta bihun tegar. Hehe. Sekarang tidak lagi. Mee pun aku suka. Tapi mee yang bukan kat kedai punya yer..=p

Eh sambung cara-cara tadi. Bila air dah mendidih, masukkan mee. Gaul sebati. Dah sebati, masukkan sawi. Kacau2 lagi.. Bila dah nak masak, masukkan taugeh ngan tauhu. Tauhu tu jangan lupa goreng dulu k.

Pastu kacau la sampai mee tu lembut. Aku laki bini suka makan mee basah-basah n panas-panas. Dani pun suka..

Siap!

Sorry ciare. Takde gambar..:)

Geng-geng yang lain pun, amikla resepi ni yer..:)


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Dari 12.7kg ke 14.3kg


 Semalam aku bawak Dani follow up pasal lung infection dia. So far alhamdulillah.. but ada detect something lak. Tu later nak cerita..

Ni berkenaan dengan tumbesaran dia.

Dulu berat Dani pernah cecah 14kg masa umur dia 1 tahun 8 bulan. Then masa aku cuti bersalinkan Zara, berat dia sikit2 drop sebab dia dah kuat main dan juga taknak makan. Memilih makan sebenarnya.

Last berat dia aku timbang hujung bulan 9 adalah 12.7kg kat Klinik Kesihatan Presint 9 nun. Masa tu bawak Zara ke klinik sebab telinga Zara infection.

Awal bulan 10 aku add on Mealshake dalam susu Dani setiap pagi. Sebab nak bagi Dani berselera makan dan takde la bila bukak baju nampak 'tali gitar'. Bak kata Mekna..=p

Mealshake ni aku campur hanya satu sudu kecil je dalam susu Dani setiap pagi. Dah nak dekat 2 bulan, masih lagi belum habis. Alhamdulillah jugak Dani boleh terima perasa vanilla dlm susu dia..:)

Semalam timbang kat Hospital Putrajaya, berat Dani latest 14.3kg. No more 'tali gitar'..=p

Syukur alhamdulillah.... selera juga makin bertambah. Pantang nampak makanan.. Hahaha.. Papa dia kata, dukung Dani pun dah terasa sakit tangan.

Senyum senyum je doctor pakar kanak-kanak tu semalam bila dia tanya ada bagi anak suppliment ke? aku jawab ada. Mealshake Shaklee.. "ok, teruskan.." dia cakap..



#Lupa pulak nak snap gambar penimbang. Kelam kabut semalam ramai sgt orang.

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Main-main ngan adik

Dani ni kadang-kadang dia boleh jadi kawan yang sangat baik ngan adik dia.

Kadang-kadang leh jadi musuh.. Tang jadi musuh ni aku pening sebab aku pun kena bertempik satu rumah utk bgitau kat Dani jangan kacau adik. Cakap slow-slow dah tak de gunanya ye. Tak makan saman..

Marah anak kejap je, bila dia tengok aku senyum lepas marah tu, dia dh tak kacau dah adik dia. Saiko saiko. Mak ko yang pening Dani.. Cabaran!

Aku tinggalkan dorang berdua sebab aku nk masak kat dapur.. Pastu aku dengar riuh suara dorang. Dok main berdua rupanya..

Apalagi, amik kamera la rakam video dorang.. kat hujung entry nanti ada..:)







Seronok layan anak-anak yang tengah membesar. Kadang-kadang marah, kadang2 membahagiakan.. Tengoklah mood mak dorang ni pun sama. Kalau rajin, aku layan lah... Kalau masa tu aku tengah serabut nk masak, kemas rumah, baru balik keje, nak mandi, nak solat.. layan diri lah ye anak-anak.. Dani je yg pandai bawak diri, si adik asyikla nak berkepit. Takleh langsung hilang aku ni dari pandangan mata dia.

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Kursus 2 hari




 Kat Cyberjaya.


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Gaji hari ni + Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2013

Hari ni hari gaji bagi kakitangan awam. Fuhhh, berjimat cermat lah bulan ni ye bagi sesapa yang kerja gomen tu. Tapi bagi aku, alhamdulillah, tengah bulan ada duit tepi2 masuk... nak tau? email aku kat anacomey_84@yahoo.com ...:)

Nah aku bagi jadual gaji bagi tahun 2013. Boleh la budget2 sape yg nak kawen, nak tunang, nak holiday..


 sumber : http://syarliey.blogspot.com/2012/11/jadual-pembayaran-gaji-2013.html



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Promo Nov 2012 : Alfafa Complex

Bulan ni promo Alfafa uolls.. Sapa-sapa ibu yang menyusu anak, wajib amik peluang ni. Sebabnya Alfafa ni milk booster!! Tapi kena balance la ngan water intake.

Tahukah anda alfafa ni adalah RAJA SEGALA TUMBUHAN? Alfafa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.

Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Jom lihat antara kelebihan dan khasiat Alfalfa untuk lelaki dan wanita
  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  4. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
  5. Merawat arthitis
  6. Bagus untuk elergi dan ekzema
  7. Merawat athma
  8. Mencuci usus bagi membuang toksik
  9. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  10. Meneutralkan asid dalam badan
  11. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
  12. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
  13. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
  14. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
  15. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  16. Meningkatkan stamina seorang suami
  17. Melegakan sembelit
  18. Membuang angin dalam badan
  19. Milk booster





Shaklee Alfalfa Complex merupakan satu formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s...

Apa keistimewaan alfalfa jenama Shaklee berbanding yg lain?

 Shaklee hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat termasuk kalsium fosforus ,zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral dan vitamin (It is organically grown, using the tender green leaves not the stems of the plant.The raw powder is pressed into easy-to-swallow tablets (with very low heat to preserve natural enzyme activity).. Dan yg bestnya Shaklee Alfalfa Complex tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna, bahan pengawet tambahan, fungisid,bakteriosid, hormon2 sintetik,pengawalatur tumbesaran atau bahan2 kimia.

 kredit to mamafaiz.com

________________________________


Ana Lyana
Shaklee Independent Distributor [ ID : 894161 ]
Hp | 0133396435
anacomey_84@yahoo.com
FB : Ana Lyana Pages : Dani Dania Store


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Hari Inovasi Kementerian Kewangan 2012

Minggu lepas adalah Hari Inovasi 2012 kat Kementerian Kewangan. Aku join sebab ada senam tari tu. Semangat aku siapkan anak2 pagi-pagi buta hari Sabtu tu sebab nak join senam tari tu. Alhamdulillah, masa aku sampai, Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) tengah lepaskan peserta-peserta Treasure Hunt. Lepas tu baru start Senam Tari.

Aku dapat join 2 lagu pertama.. Besttt.. Kuar peluh2 ko.. Haha, lama dah tak bersenamrobik. Dani pun join. Zara haruslah jugakkan. Zara aku letakkan dalam baby carrier. Sampai tertido-tido dia tengok gelagat orang. Mujur tak mengamuk..

Dani awal-awal dia join.. Lompat sana lompat sini. Sekali dia nampak castle angin (ke apa nama dia ek) tu, terus laju dia berlari ke sana.. tak toleh dah mak dia kat belakang ni. Mujur jugak jalan depan MOF tu dah di blocked dari laluan kenderaan.

Gambar dah berterabur kat bawah ni... Jom layannn.. Tahun depan harus join lagi..:)



Salah satu acara Soopa Doopa..
 

Hahaha, gelak je lebih, lawannya idok pun.. Best..
Teringin nak main, tapi sapa nak pegang si kecik tu..:)
Tahun depan lah..


Macam gaya family day dah..


Ini budak ber'cup-cup' dia belasah aiskrim hari tu. 
Mentang2 ler free, asyik ngulang makan aiskrim je..


kaunter pendaftaran. Register untuk nombor cabutan bertuah..
Tak bertuah pun.. dayan je bertuah, dapat beskal wooo..


Mama & Zara..
budak baik..


Ciksu & Nadhim..


Makan aiskrim lagi..
Mulut comot..


Berpicnic kitorang warga Wang Awam I kat depan lobi..
Bos besar pun ada, mesti dia bangga.."Wahh, anak2 buah aku pun ada turun.."


Rozi, Mama Mia..:)


Dorang ringan, boleh ler duduk.. 
Aku duduk, melendut terus... 
Hahahaha..


Ni lah Castle angin tu..
Dani mula2 dia takut sebab budak2 besar main ganas sangat..
Budak2 besar dah takde, baru dia berani lompat2 kat tengah tu..
Aku teringin.. dulu-dulu takde..
Hahaha..


Dani.. Suka awak yer, mama lepaskan satu hari ni main..
Kalau tak, weekend memang kitorang terperap je kat umah..
Tu yang bila ada program ni, laju je aku join..
Bosannnn..


Dani dah mengantuk...
Hahaha, minum susu tu dia dah nak tertido dah..

 Dani terbaring keletihan..
Zaifah get ready nak lompat tu..


Zara pun dah ngantuk..


Depan lobi..


'Castle Angin'


Budak-budak dah tak ramai, baru aku berani nak letak Zara dalam castle tu..
Sekali dia mengamuk.. hahaha, 
takutt sebab dok terenjut2 abang dia buat..
Ngamuk nak tido pun yer jugak tu..
 


Aku semangat tunggu sampai program habis sebab nak tunggu cabutan bertuah..
Sekali tak bertuah daa..
Insyallah tahun depan kalau ada lagi, bolehla join..:)
Bestt!

Urusetia, buat lagi tau tahun depan!..

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...