Perancangan awal nak buat kat Tasik Cempaka, Bangi nun. Aku pun cakap lah kat husband nak join. Memandangkan tempatnya pun aku familiar dan husband pun tau, makanya dia pun izinkan lah.. (Terus teringat lagu Izinkanlah - Q-Face)
Tapi dia pesan lah, elok-elok jaga anak-anak tu.. Bahek!
Setelah dikira tolak tambah ngan faktor cuaca, last-last ke rumah Zaza berpotlucknya. Padahal kat umah tak hujan pun lagi. Sampai kat kolam Presint 9 tu, rintik rintik reketok reketok ler pulakkk kenn.. Laju-laju ke rumah Zaza nun kat Fasa 10, Presint 9 tu je haa ponn..:)
Tuan rumah siap dah berendam ko! Haha, Tak sempat panas lagi dalam kolam, dah kena naik balik sebab hujan. Next time lah ye geng! Kita feeling feeling macam kolam kat umah sendiri..:)
Next! Situasi kat rumah Zaza..
Antara makanan yang dibawa. Spagheti + Pavlova + Devil Cake apa ntah nama dia.. hahaha ampunkan aku MekNa.. + Congo Bar + Cream Puff + Cheese Tart + Keropok + Buah buahan berkhasiat + mee goreng sedap.. hahaha + air jambu + air gas... Tu je kot. Ke ada yang tertinggal?
Sweet Chat! Eh, Sweet Fad dan anak-anaknya, Imaan dan yang tengah tido tu Isma Bam Bam..:) Sesuka hati je gelorkan anak orang.. Tapi memang bambam pun..:) Zara melepek tido.
Dani yang kehausan.
First time jumpa Mar. Padahal dah kenal lama. Sebelum kitorang kawen lagi...
Start majlis lambat Makanya balik pun lambat la.. Lepas Maghrib baru beredar.. Tq Zaza kerana sponsor rumah.. Nextttt! Rumah Hany plak kan....:D
Baru perasan, kat kamera aku gambar Ciare takde. Ala..
♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥
1 comment:
yee... umah daku pulak....
Post a Comment