Skip to main content

Aku masak mee goreng sedap. Sedap ke?



Malu seh nak buat entry ni... Sebab nanti orang kata eleh resepi mee goreng pun nk taruk kat blog ke? hehe...

Tapi takpe. Untuk tidak menghampakan harapan mak buyung kita ni Ciare, daku tempek jugakla resepi mee goreng baru-baru ni aku buat masa Potluck kat umah Zaza..




Ok.. ni antara bukti-bukti mee sedap.. Hahahahaha... Jangan marah ye korang aku tempek testimoni kat sini..=p


Bahan -bahan :

cili boh (agak-agak je)
bawang pun agak-agak je..aku letak sebijik bawang besar pastu aku hiris2.
bawang putih 3-4 ulas. Pun aku hiris2 je..mls nk bising tumbuk2.. satu bangunan kang dengar..

fishcake sebungkus
sawi seikat
taugeh 50sen
tauhu singgit
kicap cap kipas udang - manis
asam jawa agak-agak je
ayam potong kecik2 semangkuk (ada ayam ke ek)
kiub ayam knorr. Disebabkan aku masak mee 3 bungkus. aku taruk 2 kiub.
Garam dan gula secukup rasa

apa lagi ek..mee aku tak meriah pun...

Cara - cara :

Tumis lah bawang dan bawang putih nun. pastu dah wangi baru taruk cili boh. Masak bagi kering sket. pastu baru taruk air asam jawa tu. Pastu buh la air sket.

Pastu taruk kicap + ayam + fishcake.. Masak sampai ayam dah masak. masukkan garam dan gula secukup rasa.

Aku suka makan mee lembut2. So, aku banyakkan air sket dalam 3/4 kuali. Nak bagi mee tu kembang sket. Kalau kat kedai kan majoriti mee nya sekejap je masak kan.. Tu pasal kalau kat kedai, aku tak suka makan mee. Sebenarnya dari kecik aku mmg tak suka mee. Kes nya sebab dulu aku makan mee pastu pahit. Hahaha. Mee banyak kapur kot tu.. Kecuali mee spagheti tu aku makan la sebab tak pahit.

Adik ipar aku, Fyqa yang ajar aku masak mee.. Tq to Fyqa.. Senang je rupanya masak mee ni. Lagi senang dari masak bihun. Sebab bihun kena rendam-rendam dulu. Mee terus je goreng. Dan aku adalah pencinta bihun tegar. Hehe. Sekarang tidak lagi. Mee pun aku suka. Tapi mee yang bukan kat kedai punya yer..=p

Eh sambung cara-cara tadi. Bila air dah mendidih, masukkan mee. Gaul sebati. Dah sebati, masukkan sawi. Kacau2 lagi.. Bila dah nak masak, masukkan taugeh ngan tauhu. Tauhu tu jangan lupa goreng dulu k.

Pastu kacau la sampai mee tu lembut. Aku laki bini suka makan mee basah-basah n panas-panas. Dani pun suka..

Siap!

Sorry ciare. Takde gambar..:)

Geng-geng yang lain pun, amikla resepi ni yer..:)


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥
4 comments

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…