Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

Jalan-jalan kat Dataran Masjid Putra

Dataran yang kat depan Masjid Putra tu dah bukak. Dulu dia tutup untuk renovation. Walaupun belum siap sepenuhnya, tapi dah boleh jalan-jalan la kat Dataran tu. Ingat nak bawak Dani berjalan kat situ masa mula-mula dia dapat kaki. Dah boleh berlari baru dapat main-main  kat sini..

Dani addict sangat ngan bas nadi Putra ni. Tambah-tambah pulak colour bas tu yang colourful kan. Kalau pagi-pagi nak hantar dia umah BS, dapatla tengok bas Nadi Putra tu sana sini. Sukalah dia! Tangan tunjuk bas sambil mulut riuh sebut "hoh..hohh..hohh.." Hari-hari aku ajar sebut Bas, belum sampai seru lagi nak bercakap. Cuma dua hari ni baru dapat kesan vocab baru dari dia, dah pandai sebut ball. Tapi takdelah proper sebut Ball tu. dalam bahasa dia Ball tu dia sebut Bo..Ape-ape jelah Dani oii..






Nanti Dani dah pandai main basikal, mama ngan papa bawak Dani main kat sini ye.. Maybe ngan adik sekali nanti kot..:)

noted : Sabtu ni 1 Oktober ada konsert Suria FM kat Dataran Putrajaya. Bukan kat Dataran Ma…

Baby Mia

Ok, mari kita berkenalan ngan baby yang baru lapor diri kat seksyen aku nih. Hehe..

Dulu sebelum ada anak sendiri, aku rajin jugak buat entry pasal Nopal ngan Fiqah. Sebab dorang membesar kat sini. Sini tu maksudnya taska kat bawah ofis aku ni. So, hari-hari dapat jumpa ngan dorang. Now, bila ada anak sendiri, tak berkesempatan nak buat entry pasal dorang dah. Lagi satu sebab dulu keghairahan nak berblog sangat lah ketara, hari-hari mesti 4-5 entry. Now, suam-suam kuku.

Baby Mia ni nama penuh dia, Alisha Damia. Mama dia adalah Rozy. Ingat entry ni, masa ni pergi melawat baby Mia yang dah 2 hari umurnya..

Hari-hari boleh main-main ngan Baby Mia sebab Baby Mia dapat tinggal kat taska MOF ni sementara mamanya bekerja.. Dan entry untuk dia, maybe akan ada lagi selepas ini..:)

Jom layan gambar-gambar Baby Mia...sangat adoreable ok! Aku geram!!! Tambah-tambah aku ni yang merindui bau baby ni..huhu..







Ok dah, jumpa lagi..

Note : Baby Fatin, aunty lupa nak buat entry pasal awak. nanti ek..Gambar mas…

Jamuan Raya MOF

Cerita Raya tak habis lagi la beb...Hadoii la, lepas ni nantikan cerita jamuan raya sektor D ngan seksyen aku yaww..!

Ni pulak citer Jamuan Besar. Haha, besar lah sangat! Jamuan Raya Kementerian Kewangan. Seronok lebih sikit sebab PM selaku Menteri Kewangan turun. Bukan selalu PM turun sini. Dan tahun ni tak dapat salam raya ngan dia.. hehe.. Dapat snap gambar je dari dekat. Oh ye, Kak Ros kita takde. Tak taulah pegi mana..:)

Tahun ni punya makanan tak berapa menarik tapi boleh makan secara banyak. Tak macam tahun lepas, menu menarik tapi tak boleh makan secara banyak. Berebut-rebut. Tahun ni, nak makan sate pun senang je nak dapat, pegi je kat belakang stall dia, terus boleh dapat segenggam, siap cakap ngan kengkawan, "Eh, ko takyah amik sate dah, dah ada ni aku amik banyak". Haha.. Pastu, kawan-kawan lain pun, "Eh, ko pun tak yah amik ayam percik, dah ada ni" Haha, gitu... Menu sebenarnya menarik, tapi rasanya alahaiiii, spoil! Sate je yang sedap..



Sekian cerita Ray…

Open House Ena @ Salak Tinggi

Seperti biasa, entry tertunggak..:)

Hari kejadian 18 September 2011.

Dengan menggunakan teknologi GPS, sampailah aku ke rumah Ena..:) First of all, terima kasih kerana sudi menjemput kami sekeluarga. Maaf sebab datang lewat. Makanya jadi antara orang yang lewat hadir juga.. Mujur Nurul ada. Adalah geng..

Kami lambat sebab suamiku baru pulang dari kerja dan kebetulan mahu beraya ke rumah kakaknya di Nilai. Dah sah-sah lah lalu kat depan Salak Tinggi tu kan, makanya kami singgahla..:) Dapat jumpa ngan Norah Jones..=p

Tak sangka walaupun datang dah lewat, masih ada makanan. Hehe.. kan kebanyakannya kalau datang lewat atau di penghujung-penghujung rumah terbuka, makanan akan tinggal saki baki yang ada je kan.. Tapi tidak di rumah Ena, merasa jugak aku makan bihun sup dan soto. Kuah sup tu sedap tak terkata. Bagi akula, perut mak buyung ni haaa, bagi orang lain tak tahu pulak aku. Sampai umah kakak ipar, aku dah tak lalu nak makan sebab sendat dah perut makan kat umah Ena..hehe..



Gambar ngan tu…

Open House Umah Kak Lin

Entry tertunggak.

Hari kejadian adalah pada 17 September 2011.

Jemputan oleh Kak Lin, jiran partition kat opis.. Kira opismatelah kan.. Bertempat di Presint 9. Aku ngan Dani berdua je meredah dan mencari umah Kak Lin. Berdasarkan alamat, maka jumpalah rumah beliau..:)

Menunya, nasi berlauk...Nasi putih, asam pedas negeri Melaka*Kak Lin org Melaka*, kari ayam, sayur goreng kot, buah-buahan, desert, roti jala.. Wow, tak pernah lagi pergi Open House makan tengahari. Selalunya sate, nasi himpit, rendang, dan lain-lain lagi makanan yang bertemakan Hari Raya. Walaupun berbeza, ianya tetap mengenyangkan perut aku ngan Dani.

Hanya roti jala yang sempat aku snap. Yang lain, makan ibarat telan sahaja sebab dani yang melasak..:)

Tuan rumah yang tengah-tengah tu. Mekasih Kak Lin..

Anak-anak Hot Blogger Mom

Hahaha! Tajuk tak menahan!

Rasanya Aliff tak pernah jumpa Dani lagi. Eh! Eh! Dah pernah jumpa...masa birthday party Qaseh, puterinya si Mar. *Eh, Mar, lama tak update blog n on9 kat FB kan? mane menghilang?

So, this is the second time lah..Masa first time jumpa belum reti lagi berkawan. Kali ni dah pandai berkawan. Apa yang kawan tu ada, dia pun nak jugak. Apa yang kawan tu buat, dia pun ikut jugak..

Ni adalah plan terkejut ye kengkawan. Hari sabtu hari tu punya peristiwa. Hehe.. Sabtu yang boring.. Rasa macam nak keluar bawak Dani jalan-jalan. Tapi Dani macam nak tido pulak. Masa tu pukul 3.30 petang. Ah! Tido dululah. Dan aku pun terlelap sekali...

Bangun-bangun pukul 5.30 petang. Dani pun bangun sekali. Terbaca pulak tweet Jue. Dia tweet boring katanya, nak keluar sekali nan ado transport.

Ting! Dapat idea! Ajak Jue keluarlah. Jue teringin Sup Urat Ketin tu. Makanya ke Presint 11 lah kami.

Yang lain-lain, biarlah gambar yang bercerita. Yang penting hati sangat seronok tengok keletah anak…

Ahad yang berkualiti

Bagi keluarga kecilku, hari Ahad sahaja hari yang amat bermakna sebab the whole day  masa akan dihabiskan bersama.

Bangun pagi, keluar mencari sarapan. Lately, aku lagi suka makan luar sambil bersantai-santai melayan Dani. Sekali sekala wajib bawa dia keluar meneroka alam. Dalam seminggu, 6 hari dia terperuk di rumah atau umah BSnya. Apa salahnya satu hari dia belajar tentang lain pulak kan. Tambah-tambah otaknya sekarang cepat je menangkap apa yang berlaku di sekelilingnya.

Sarapan kat Presint 11 je tadi. Teringin beno nak makan nasi lemak Puchong, tapi hari Ahad tutuplah pulak. Nak tanya Jue nasi lemak Dengkil, macam dah lambat. Dah pukul 10 pagi masa keluar tadi. Last decide makan kat Presint 11 jelah. Kat food court tu. Tapi tak berapa kicklah sambal dia. Aku still teringat-ingat nasi lemak Puchong. Next time lah!





Sekian cerita di pagi ahad. Gambar still fresh dari kamera. Nak bersiap-siap ke Cheras pula. Menghadiri Open House senior masa kat UiTM.

Tak lupa, Selamat Pengantin baru kep…

Open House Umah Dayu

Barulah ada kesempatan nak menjenguk blog kesayangan ni setelah seharian dok busy arrange meeting penting.
Ok, turn update Open House umah Dayu pulak. Sori Dayu, lamnat sikit aku review open house ko. Hehe..
Sebenarnya nak pergi umah Dayu ni senang je. Tapi bila first time datang dan dah pakai GPS pun masih tak jumpa tempatnya, berpusing-pusing jugaklah kami kat area USJ 1 tu. Rupanya jalan paling senang, masuk je simpang nak g Mydin tu, tak kiralah ko dari Shah Alam atau Puchong atau arah mana sekali pun, nampak signboard Mydin, terus je masuk simpang tu, then ko straighttttt je sampai selekoh tajam. Then straight lagi, dah sampaiiii...Haha, Eh, jap! aku bagi direction umah Dayu, macam Dayu nak buat Open House lagik je nih..Hehe, sori Dayu.. Aku excited sebab senang giler rupanya direction nak g umah ko, tapi kitorang ikut jalan berbelit-belit. Hehe..
Menu utamanya adalah laksa. Dan yang lain-lain yang sempat aku jamah adalah bihun goreng. Dani makan banyak bihun. Puding longan tu. Yang…

Wordless Wednesday #08

Wedding Nana @ Maeps, Serdang

Lepas je menghadiri Birthday Party Raisya, sepatutnya aku pergi ke Resepsi Nana kat Maeps, Serdang. Nana ni kawan masa belajar kat UiTM Seri Iskandar dulu. Masa nak balik dari umah Sha tu, hujan turun dengan lebatnya. Tu yang sampai tertinggal-tinggal kasut tu. Haha.. Aku dah berbelah bagi ni nak pergi ke tak, nak pergi ke tak..

Call Sue, dia kata dia pun baru sampai dan lambat lagi nak balik. Nak call Yana, tak save pulak no barunya. Bukan apa, niat nak pergi sana nak jumpa kengkawan je. Haha, lama sangat dah tak jumpa since kat wedding Nasya hari tu. Masa ni lah baru nak jumpa kengkawan kan, kalau tak, macam-macam hal kalau diajak berjumpa sesaje..:)

Sepanjang highway Elite dari Putra Heights tu hujan lebat menggila. Aku harap sampai Maeps kang tak hujan lah sebab aku decide nak pergi jugak.

But still raining until aku sampai kat parking Bistro Maeps tu. Dah sampai kan, aku harung jugaklah hujan2 tu dengan payung dengan Dani sekali. Bertukar! Jadik Incredible Hulk lah aku dukung si…

Lil Raisya is One!

Firstly, maaf sangat-sangat pada tuan rumah yang menjemput kerana lambat untuk review cerita ini. Hehe, sorry Sha, tapi ana upload kat FB sangat pantas kan..=p Thanks Sha dan Wady di atas jemputan ini. Masa dapat jemputan, check kalendar dulu. Tengok husband keje pagi ke petang. Kerja petang rupanya on that day. Dan terus bertanya boleh tak nak pergi birthday party ni. Husband jawab boleh tapi pergi awal dan dia akan pergi kerja terus lepas pergi birthday party ni. Maknanya, aku berdua ngan Dani naik kereta dan papa Dani naik motor. 
Pukul 12 tengahari siap-siap. Kebetulan janji ngan Miera *haishhh, janggal pulak panggil Miera..haha* sama pukul 12 tu. Antara geng-geng UB yang datang awal, Yaya - Auf. Dia orang pertama kot. Then aku. Then Miera. Belum keluar kereta lagi Dani dah menjerit-jerit dari dalam kereta sebab nampak balloons Dora tu. Sampai-sampai, nampak Anil sedang mendeco kat bahagian utama. Hehe, terawal sangat ke aku datang ni..=p










Dah dalam kereta on the way nak balik baru p…