Suka Duka 2011

Hari terakhir bekerja hari ni. Tak ramai pun kat opis.. Hari Jumaat pun terasa sepoi-sepoi je.. Hati aku dah kat kampung dah ni.. Tak sabar tunggu malam kang.. Nak balik kampung Perak..:)

Tahun 2011 banyak memori suka dan duka yang akan terpahat dalam hati sampai akhir hayat aku..


Sekitar Januari :

http://honeysour00.blogspot.com/2011/01/kali-ke-2.html

Ibu mana yang tak bergenang air mata bila tengok keadaan anak macam ni.. Sehingga ke hari ni aku tak tau apa punca Dani lebam-lebam macam ni. Ikut doktor, Dani dipercayai jatuh terhantuk kat kerusi meja atau apa-apa yang keras. Ikut pengasuh taska tu, budak umur setahun yang sangat hyper yang pukul dia. Dani 10 bulan masa ni. Entahla.. hanya Allah yang tahu..


Sekitar Februari ( Ujian dariNya bertimpa-timpa, pasrah dan redha..) :


Dani berkampung kat wad selama 5 hari. Sebab lung infection dan otitis (telinga bernanah). Akibat dari demam on off + batuk dan selsema yang tak baik-baik.. http://honeysour00.blogspot.com/2011/02/dani-warded.html.

Sekitar Mac :



Dani turning to One!..Yeay! http://honeysour00.blogspot.com/2011/03/unplanned-dani-bufday-party.html


Sekitar Jun :


Genap 2 tahun mahligai bahagia yang dibina bersama..


Dani pandai berjalan.. Official!
http://honeysour00.blogspot.com/2011/06/ya-aku-percaya-dengan-miracle-itu.html


Ayah accident..T_T
http://honeysour00.blogspot.com/2011/06/ayah-accident.html


Adik aku no.2, Ijai bertunang. Insyallah hujung bulan 4 tahun depan dorang akan disatukan.. http://honeysour00.blogspot.com/2011/07/ijai-bertunang-part-2.html

Sekitar Julai : 






Disahkan pregnant kali kedua..:)
http://honeysour00.blogspot.com/2011/07/berita-gembira-itusyukur-alhamdulillah.html

Buat masa ni, tu je yang rasa penting kot untuk diabadikan dalam memori 2011. Lepas bulan Julai, dan sehingga hari ini..semuanya biasa-biasa saja..

Untuk 2012, aku tak tahu apa yang bakal berlaku. Tapi ada dua peristiwa penting yang akan berlaku dan akan dikategorikan hari bersejarah bagi keluarga aku.. Awal bulan Mac, aku dijangka bersalin..dan hujung bulan April, Ijai akan meniti hari bahagianya.. Nasib baik dah lepas pantang dan aku masih dalam cuti bersalin 90 hari. Tak payah nak apply2 cuti dah..:)


Itulah suka duka aku sepanjang tahun 2011. Apa yang aku harapkan, moga-moga tahun 2012 ni akan lebih bermakna. Kenangan tetap akan diingati..Hari depan akan ditempuhi..:)

Jom share kisah suka duka korang plak..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

1 comment:

Anonymous said...

waa walaupape pun semoga tahun 2012 nanti berjalan dengan lancar. Keluarga nak menyambut org baru katakan.. Baby baru dan in law baru

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...