balik kampung

: ain, aku n anas :

esok subuh2 aku akan pulang ke kampung halamanku di Perak...
sempena ain aka prettywow akan berkahwin...
aku sebagai sepupu knalah balik kan...
hari tu aku kahwin, dia bertungkus lumus gak teman aku...
kali ni giliran aku pulak...

selamat pengantin baru buat ain n anas...

layan citer KOrea

semalam aku cuti ek...
tak larat nak bangun pagi2 tu...
pening ya amattt..
bukan nk citer tu sebenarnya...

aku nk citer ni...
sekarang ni setiap malam aku dok ngadap depan tv...
sampai enady pun join sekali...
yg buat aku excitednye...
dia siap tanya aku...
ni nape ma?, dia tu buat ape?, eh, tu nape?
kadang2 cam malas aku nak layan tapi disebabkan enady pun excited nengok citer tu...
aku layankan aje...

The Partner..
citer ni best giler...
lawak pun ade...
sampai aku tergelak2 nengok...
sedih pun ade...
tambah2 hero dia hero pelakon citer Mygirl tu..
Gongchan...
kan dalam citer MyGirl tu dia serius je kan...
nak tgk dia senyum pun susah kan...
tapi dalam citer The Partner ni...
hahahaha..lawak giler bila dia buat lawak...
gerenti mmg korang gelak punyer...
kehkehkehkehkeh...
citer ni pasal lawyer2 ni..
memula susah gak nak paham...
tapi lelamer aku paham gak...
kan dia kan subtitle in English...
ade certain2 words tu aku tak paham ~ maklumlah bahasa law ni advanced sket kan...
sampai aku heret laptop aku dok sebelah...
sebab dalam laptop aku ade e-kamus...hehe...
heroin dia pun boleh tahan...
kelako jugak...
dorang ni satu firm...n selalu la handle kes same2...
2-2 kepala otak giler2...
hkhikhikhik..cute je tau kalau dorang gaduh...
sesape nk nengok citer ni..
citer ni ditayangkan pada pukul 9.00 malam - 10.10 malam
setiap hari Rabu n Khamis sahaja di KBS World Channel 303

lpas tgk citer kelakor..nengok pulak citer sedih...
huhu..mmg sedih citer ni...
ye, aku tau ni citer lamer..hehe..

heroin citer sangat cantik..
hehe..aku teringin nk buat rambut mengurai2 tu...
huhu..cantik giler kalau kna angin...
citer ni mengisahkan yang laki tu dulu pnah ade awek...
n then awek dia mati sebab accident...
kebetulan di hospital yg sama, heroin mengalami heart transpant..
dan awek laki tu donour la jantung dia kat heroin...
hero n heroin berjumpa secara tak sengaja kat sebuah gunung...
dorang g research la bunga2 ni...
heroin tu keje as a florist...
heroin ni bila jumpa ngan hero tu, mesti jantung dupdapdupdap..
yela, jantung awek dia kan...

korang tgkla citer ni ek...
kat saluran KBS World jugak channel 303...
setiap hari isnin sampaila khamis..
jam 10.10 malam - 11.20 malam...
kalau kot2 terlepas eposod, boleh ulang tayang
pada hari sabtu jam 9.30 pagi - 2.20 petang...
hambeh ko..lima jam terus...
aku tak larat nk tgk yg tu...
lame sangat ngadap tv...
kang tak masak, tak basuh kain lak aku nanti...
kotak tisu prepare awal2 ek kat sebelah...hehe..

note : aku peknen ni, suke lak tgk citer2 korea...

rindu zaman ni


bebudak Fotografi batch 2002-2005 UiTM Seri Iskandar, Perak

Konspirasi Tentang Kematian Michael Jackson





konspirasi kematian   michael jackson

Demi anda semua, kami sanggup bersengkang mata untuk translatekan forward email yang kami terima ini. Tak tahu kebenaran tentang wujudnya konspirasi kematian Michael Jackson. Mungkin benar mungkin tidak. Hanya Dia yang tahu.
Michael Jackson {MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi. Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.
Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.
Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989. [UTF-8?]
Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam [UTF-8?]itu“.
Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.
Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di� England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu [UTF-8?]“Give Thanks To [UTF-8?]Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.
Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.
Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.
Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.
Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata [UTF-8?]” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert [UTF-8?]ini”. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia.
Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.
Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.
Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.
Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.
[UTF-8?]
“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam [UTF-8?]kematiannya”.
Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?
Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak� MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.
Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.


Plan to Genting

15hb ni..enady n kakak dia plan nak naik Genting...
huhu..dah lama tak naik genting...
last naik 2 tahun lpas...

aku tak tau la tdo sana atau pegi balik hari saje...
aku ade 2 tiket outdoor indoor...
4 tiket rumah salji...
tu semua adiah kawen...
dan valid until 31 dec 09

mmg lama dah plan nk naik Genting lpas kawen...
tapi takde masa free...
tambah2 aku dah pregnen ni...
banyakla game yg aku takleh main...
huhu..
roller coaster ni..sah-sahla enady tak bgi aku main...
ala..rindu nk jerit2 macam dulu...
teringat satu peristiwa...
mase tu bercinta lagi ngan enady...
naiklah roller coaster ni kan...
pastu, aku dok terjerit2 la takut n gayat tapi bestttt...
tetiba aku dgr enady kat sebelah aku pun mnjerit..
ape kes laki jerit2 ni...
hahahaha..rupa2nya....
kulit yg kat jari dia terkepit kat cincin aku...
hahahhahaha...lawak lawak...
sakitla tu kalau dah sampai jerit2...
ni pun same...solero...
2 kali aku naik...
real beb, jantung mmg macam tertinggal kat atas....
aku teringin nak naik ni...
mase aku dtg dulu, dia tgh renovate...
so, tak merasa la kali ni jugak...
bende2 yang boleh aku main...
alahai...tension betul...

ni budak2 punyala papa..tak nak...

ni pun mesti dapat kalau aku nak main yg ni...
sebab tak membahayakan baby...
huhu...yg ala2 romantik je aku dapat main...
yg extreme2 aku tak dapat main...
takpela, nanti aku try pujuk enady...
nak main jugak yg extreme tu..
rumah salji...
mase tahun baru ari tu dah masuk yg kat Bukit Cerakah tu...
kali ni nak masuk yg real punye...
ni pun, tahap sederhana je...
boleh kot aku main....
yg penting, aku sangat tak sabar ok nk g kat sini...


Kenduri kawen DZ & Hezry

Selamat Pengantin baru kepada Dz dan Hezry
yang berlangsung pada 25 Julai 2009 yg lalu...
di Presint 16, Putrajaya...
aku merupakan knalan kepada pengantin perempuan, DZ..
kawan lama sejak darjah 6 lagi...
dan juga hampir 13 tahun tidak berjumpa...
sama cantik sama padan...
aku dipahamkan yang dorang berdua ni berkenalan masa study kat Jepun lagi...
oo..bercinta dri oversea la ni ek...
: tak ke ko terliur tgk udang nye tu wey... :

: rakan-rakan mase Sekolah Rendah n Menengah kat KL :
secara tak langsung, majlis kawen macam ni boleh aku jumpa ngan dorang2 ni...
kalau nak harap sesaje je...hehe...
mustahil la...
konfem memasing busy kan...
: azza n anaknye, aulia :
emi, macam muka husband ko pun ade aku tgk anak azza ni...
tu pasal dia siap jeling atas bawah atas bawah kat ko kot mi..
hahaha
kawan paling lama aku, Wan emy ngan husband dia
husband dia sekampung ngan aku tapi macm mane aku boleh tak knal ek..
ish ish ish.....
tersipu2 kunun..hehe
husbandku...makin tembam le papa..hiks=p
nasik aku yg tak bape nak habis...
siyess lauk dia sedap, tapi aku je yg tak larat...
kawan lama juge...
tapi dulu pnah jumpa kat Uitm seri iskandar...
rupanya kita satu kampus kan..
name pun same...
Nurliyana Uzir = aku
Norliana Azhar = dia..
haa...cukup korum dah...
norliana, nurliyana = aku, wan emy shahliana n dzuliyana
dulu mase sekolah rendah agama kat Bumi Hijau, Setapak...
ustazah cukup bising ngan kitorang...
sebab ape tau...
kalau dah ade 4 orang ni yang semuannya Na, Na, Na...ujung nama tu..
mmg bisinglah kelas...potpetpotpetpotpet la kejenye..
hehehe...
3 dah kawen...norliana azhar..ko bila lagi? hiks=p
ni ngan geng sekolah Men, Wangsa Melawati...
aku knal 2 org tu je...
tudung putih, Hajar n ape ek nama lagi sorang tu...
tak ingattt la..ampunnn...
haa...ni geng Sekolah rendah...
kat sekolah Kebangsaan Klang Gate...
ala sekolah tepi highway tu...
perasan tak..dalam mane2 gambo, muka emy mesti ade...
ko mmg suke interprame kan mi...
hahahahaha..jgn mare...
ni mmg kek kawen betul...
yang cover dia keras tu...
mmg meriah la majlis kawen Dz ni..
aku datang kul 2.30 petang pun..orang berduyun2 datang lagi..

ikan haruan


entry yg agak menggelikan...
sori ek...

aku cuma nak bertanya...
sape sanggup tolong siangkan utk aku..??
huhu..aku tak sanggup...
sangat geliiiii...
tapi bila makan , takkan rase geli...
hahahahaha....aku sukak..
aku geli sebab rupa bentuk dia macam ular...
aku adalah tak suke ngan ular...

ade lagi kat dapur tu..dalam gabus...
ikan haruan tu dapat mane??

haaa...adik aku si ijai yang mancing...
gian sangat nak mancing...
Proton bagi bonus, dia g beli batang pancing...
mancing kat area umah aku ni...
Desa Pinggiran Putra...
dok umah abg gee, tak dapat mancing..
servey2 kat umah aku, barula nampak port nak mancing...
lpas dapat motor ni..konfem weeken selalu lepak umah aku..
nak mancing punye pasal...


note : ikan haruan ni masak gulai lemak salai sedap ni...
nyum nyum..

aktiviti di kampung

: kak long n kak ngah...kna paksa ngan aku suh kutip rambutan ni..hehe..dorang kater mak ngah ni...kutipla sendirik..hahaha...:

malam Sabtu hari tu, akak enady ajak balik kampung sekali...
ikutkan hati, macam malas je nak balik sebab aku sangatlah tak boleh bangun...
melepek je atas tilam...
tapi gagahkan jugakla...jaga hati pihak mertua kan...
actually, hari sabtu tu ade undangan perkahwinan sahabat lama...
badan tak berapa nk sihat tapi tetap gagahkan diri pegi sebab sahabat lama yang hampir 13 tahun tak jumpa...
tambah2 dekat je kat Presint 16 tu kan...
gambar2 semua kat dalam pendrive..pendrive rozi pinjam...
nanti2 aku aplod gambr dia kawen ek...

ok..balik pada cerita balik kampung tadi...
akak n abg lan cakap dalam kul 5 or 6 petang sampaila kat umah amik aku n enady...
tgu punye tgu...kul 9 baru sampai...
huhu..sempat gak aku terlena...
mase tu ntah angin ape ntah yg buat aku tersentap kat enady...
muka muncung sedepa la..hahaha..sian enady...

masuk je dalam keta..elok lak aku sembang2 ngan enady...hahaha...
maybe ade anak2 buah dia kot...
aku layan jelah dgn senang hati..walaupun aku mase tu bernafas sampai tak cukup idung...
dengan mulut sekali aku nganga nganga...

dalm kul 11.30 malam sampai Jengka 17...
lpas salam2 semua, terus gedebusss aku baring atas katil n tdooo..zzzzzz....
esoknye, bangun solat Subuh...tdo balik....aku la..enady sembang2 ngan adik badik dia..
hehe..bukan sengaja ek..serius aku tak larat...nak baring je...
sedar2 aku bangun sebab perut aku sakit..
huhu..masuk angin..tak makan lagi...

satu hari yg singkat tu hanya diisi dengan mengutip buah rambutan...
hahaha...
tak baik2 la batuk aku ni...
enady dah warning aku awal2..jgn nk mengada2 makan banyak2...
heheehe..iyolah...dalm hati..pedulik ape..hikhikhik...
aku curik2 gak makan...
sambil kutip sambil makan...
akibatnya.....haaaa..malam tadi terbatuk2 lagi...
tak senang enady nk tdo tau...huhu...
rambutan yang bawak balik dari kampung tu dia suruh bawak semua g opis...
jgn bawak balik umah sebijik pun...
huuuu..sedihnye..bila kna marah macam tu...
kat opis aku curik2 makan jugak..hehehe..sori pa...
dah mmg feveret mama...nak buek camno...
sanggup tu tanggung risiko batuk...hehehe...

korang layan jelah gambo2 pak mertuaku potong pokok rambutan ni..
tu baru 1/4 daripada pokok yg ade tau...

: abah :



selamat hari isnin

selamat hari isnin...
selamat kembali bekerja...
macam malas je kan nk keje ari isnin ni..
maklumla cuti 2 hari...

korang ape kabar?
harap2 semua sihat belaka...
aku sihat cuma batuk n selesema ...
dah takde dah terlepek je atas katil macam hari jumaat sabtu ahad ari tu..
hari ni dah boleh bekerja macam biasa...

oklah, nak siapkan kerja2 yg pending last week...
away dulu k...
ade banyak citer nk citer...
nanti2 aku apdet k...
tata..

aku akan kehilangan naufal 2 minggu!!

baby naufal akan dihantar ke umah neneknya...
sebab ibunya akan berkursus selama 2 minggu..
uwwwwaaaa....rindu Naufal....
mau aku demam2 ni rindu kat Naufal...
dahla sekarang ni mmg aku tgh demam rindu kat kak ami....
hakhahkhakahakah....pengsan kak ami kalau dia baca ni...
hikhikhik..
tapi kan...rindu Fiqah jugak...
ibuafiqah juga akan bercuti sampai hari rabu...
Hari Khamis baru keje...
alahai lamenye....

jom layan gambar2 Naufal ni...
comey kan...
eeeeiiiiiii....geram geram...rase nak geget je pipi dia...








Girl's Trip : Pulau Perhentian Part 1

Hai hai hai uolls... Lama sangatttt tertangguh entry ni... ahkak busy dik non. Busy macam-macam hal lah. Hari ni baru dapat bukak folde...