Open House Umah N

Citer basi. Dah siap sambut Hari Raya Haji dah.. kehkeh...

Ni kat Open House Umah N. Eh bukan umah N, umah parents dia kat Bangi. Kebetulan xde apa-apa hal masa hari tu, so jomlah kita mengenyangkan perut... =p


Makanan yang terhidang... Perghhh banyak kan... tetamu datang pun pergi pun macam tak surut-surut makanannya... Tq N! Macam paham-paham Mr. Perut aku ni suka makan... Mane tak gemuk ko ana oi!





Aku saing Dayu n Intan. Tak sempat jumpa ngan Dina... Teringin nak jumpa baby Riqqa tu...



Tantantantan + Dayuyuyuyuyu + Mememememe yang depan tu, ayayayayana ngan zararararara...=p


Tak sahla tak bergambo kan. Aku tak sempat jugak ngan hany... Eh jumpa! Tapi dia dah nak balik... Tak sempat gambo ngan Hany.




Lastly, candid!

Again, Tq N! sangat sedap makanan-makanan tu semua... Lain kali buat lagi jangan lupa jemput ya... haha...akan kupastikan, semua makanan aku rasa dan makan. Bukan takat rasa cuit2 je... hihihi...


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2016

Selamat Hari Raya Aidiladha... :)

Tahun ni turn raya kat umah Pil (Parents In Law) kat Jengka 17 nun. Cuti sampai Selasa. Rabu Khamis dah start koje. Aku cuti banyak lagi, Enady la yang tak banyak cuti... nak menyampai ke hujung tahun takut ada emergency nak guna cuti...

Gerak kul 9 pagi hari Sabtu. Agak jem jugak nak masuk ke Tol gombak nun... Kul 1 tengahari baru sampai.

Gambar raya nan hado sebab masing2 macam malas nak bersiap... haha, aku siap iron baju dah sebenarnya, tp malas lak nak pakai. baju raya budak2 pun tak bawak, keterlupaan. Enady je la pakai baju melayu sebab nak g solat raya kan...

Sepanjang kat kampung, gambar anak2 je yang banyak aku amik...







Rendang 2 kali masak ye. raya pertama n raya kedua. First time ni selama 7 tahun kawen aku masak rendang kat umah mertua... hikhikhik... sebab dah rasa konfiden sket masak macam ibu masak, so hentam sajalah labu, mujurla lebih kurang je ngan rendang ibu... tahniah ana! hahaha


Budak ni kul 12 tengah malam tak tido lagi.. actually dah tido masa lpas maghrib tu, pastu bangun nak main... nasib la ada movie best malam tu. sambil layan dia main ketuk2, sambil mama tgk movie.



Ikan talapia bela by abah. abah suh amik sebab asyik mati je... siang2 pastu tabur kunyit garam, masuk lam peti beku.


And last gambar dak kecik yang suka sangat la meniti2... risau salah step je benornya.. hehe...

Tu je cerita Aidiladha tahu ni. Balik tengahari Hari Selasa tu. Alhamdulillah tak jem. Kul 3 dah sampai Putrajaya... :)

Jumpa Aidiladha tahun depan, InshaAllah kalau panjang umur...

Al-Fatihah Buat Arwah Ucu Ali Julai 1966 - Ogos 2016


17hb Ogos 2016, hari Rabu, mlm tu aku scroll timeline FB, terbaca status adik sepupu belah ibu, Along tecik. Dia update, "Abah kuat! semoga abah cepat sembuh" lebih kurang mcm tu la. Check in kat Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.

Terus aku whatsapp Along Tecik tanya kenapa?

Tak reply, aku call terus.



Ucu Ali kena heart attack hari Rabu 17hb Ogos tu. tengah repair kete tukar tayar kul 12 lebih macam tu. Pastu Ucu Ali macam penat, so masuk umah terbaring jap kat hall. Cuaca masa tu mmg tgh musim panas kan.  Ni yang macam diceritakan oleh anak2 arwah n isteri arwah, Ucu.

Pukul 12 tengahari tu Ucu Ali leh tahan lagi sakitnya, tak g hospital. Pastu dalam kul 3 petang, Ucu Ali tak tahan lagi sakit then Ucu call ambulans suh datang amik kat rumah. Kereta takleh bawak sebab tukar tayar tadi kan... so tersadaila kereta tu kat porch.

Kul 3 lebih bawak g hospital n terus masuk ke Red Zone. Ucu cakap, malam baru dapat masuk ICU. 



- Hari Khamis. 18 Ogos 2016 -

Aku ada kursus. Hari Khamis tu last. Ingat kursus habis tengahari, rupanya petang. Enady pun keje luar masa tu xleh nak g melawat. Banyak la hal yang aku takleh nak pegi ke hospital Klang masa tu. Tapi dalam hati, doa banyak2 dipermudahkan aku dapat g melawat Ucu Ali sebab hati xsedap. Lagipun kami antara saudara terdekat ngan family Ucu Ali. Kalau selalu follow aku dari bujang, aku selalu check in kat Port Klang, aku lepak umah dorang la tu.

Hari Khamis berlalu tai ada satu whatsapp dari Along yang buat aku rasa macam nak pergi jugak. 

"Along, kalau ada masa free tu datangla jenguk abah"

Ya Allah terus berderau darah... hati ni memang nak datang sangat2 long. Tapi sedapkan hati, esok petang Jumaat tu mintak time off nak g melawat Ucu Ali. Dah set dah ngan Enady. Petang kita mintak time off. 



- Hari Jumaat. 19 Ogos 2016 -

Pagi sebelum g keje, aku whatsapp along tanya keadaan Ucu Ali.




Still sama keadaannya...

 Jam 8.05 pagi, aku dapat whatsapp bagitau jantung Ucu Ali stop n buat cpr. Aku dah xsedap hati. sampai ofis, letak anak-anak kat taska, breakfast jap. Setelkan keje-keje tertangguh sebab aku kursus 4 hari kan. Hari Isnin tu aku ade kursus kena handle. so siap2kan semua. Call Enady standby kul 10 kita gerak g hospital. Plan awal, lepas solat Jumaat, baru kitorang gerak ke Klang. Tapi tak jadi sebab hati dah tak keruan. Before this, dah jadi 2 3 kali aku tangguh2 g melawat, akhirnya aku tak sempat jumpa pun. Then kali ni aku taknak terkilan seumur hidup.

Kul 12 tengahari.

Sampai kat HTAR, Klang. Terus naik ke wad 4C. ngam-ngam dah sampai waktu melawat. Aku tinggalkan anak-anak jap kat Ucu sebab nak masuk tengok Ucu Ali. Aku ngan Enady masuk. Allah... rasa nak menangissss tengok penuh wayar tiub... Along tecik tengah baca Yassin. So, kami tak kacau Ucu Ali, biarkan dia rehat. Tapi Ucu Ali tau kami datang, dia bukak mata sikit n tangan dia sempat thumbs up. Allahuuu... Cepatla Ucu Ali sembuh. Aku pandang keliling, macam tu rupanya wad ICU. Mesin yang bunyi tet tet tet tu sentiasa terpasang. Tak reti aku nak baca nombor2 tu tapi aku tau la sikit, yang mana nombor atas tu untuk degup jantung, yang second tu oksigen, yang third taktau...

Keadaan Ucu Ali memang lemah sangat masa tu. Aku tak sampai hati nak tengok lama so aku kuar, tinggalkan Enady... Aku sembang-sembang ngan Ucu citer la macam boleh jadi lagi. Dulu 4 tahun lepas Ucu Ali ada gak masuk hospital sebab kaki bernanah. 

Kul 1 lebih.

Enady n sepupu2 aku yang lelaki pegi solat Jumaat kat masjid berdekatan.

Dalam kul 2 petang, Ucu Ali kena heart attack lagi sekali. Masa ni aku tak tau mana dapat kekuatan, minta tolong Dira pegangkan Iman n tengok kan anak2, aku amik surah Yaasin baca kan...Air mata tak berhenti2 keluar. Dah la baru je kursus pasal kematian2 ni, menghadap pulak Ucu Ali yang tenat masa tu, 


Jam 4.30 petang.

Arwah Ucu Ali menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi isteri dan anak2 nya... Allah, rasa macam tak percaya. Aku jadi kelu sekejap. 

Baru 2 minggu sebelum tu, kami lepak umah Ucu bawak ikan gerut, member aku si Zaza bagi. Ucu  Ali masakkan. Siapa sangka tu makanan terakhir arwah masakkan untuk kami. Pergi dah Ucu Ali yang sangat baik, sangat supportive, ada masalah tak kira personal, tempat kerja, share ngan dia. Sentiasa bagi kata-kata semangat. Terlalu banyak sangat kebaikannya pada kami. Suka layan Dani Zara yang kadang2 buat perangai kalau datang umah dia... 

masakan arwah, ikan gerut masak tomyam


sedih. Pergi dengan tiba2. 

Bayangkan kalau aku datang lepas solat Jumaat tadi, paling2 pun kul 3 la baru gerak kuar opis, amik Enady anak-anak lagi, gedebak gedebuk sampai HTAR kul 5 petang. Tak sempat!

Dalam kul 6.30 petang.

Jenazah tiba di rumah. Aku dah balik umah ucu mase tu. Ucu kat hospital lagi ngan anak-anak untuk setelkan apa2 yang patut. Aku dira n farah, balik umah Ucu untuk kemas rumah. Kul 9 lebih malam, Ibu n ayah n adik2 sampai dari kampung. Dalam kul 12 tengah malam, kitorang mintak diri untuk balik umah aku kat putrajaya jap, ayah dah ngantuk, tido n mandi semua2 lah. Esok paginya kami datang lagi.


- Hari Sabtu. 20 Ogos 2016 -


Sampai Port Klang dah kul 9 pagi. Terus g masjid, arwah dimandi, dikafan dan disembahyangkan. Arwah Ucu Ali dikebumikan kat Tanah Perkuburan Kg. Pendamar, Klang jam 10.30 pagi.

Al-Fatihah. Semoga roh arwah Ucu Ali dicucuri rahmat oleh Allah SWT.

Semoga Ucu dan anak2 kuat hadapi dugaan ini. Hidup perlu diteruskan. InshaAllah kitorang akan datang umah ucu macam selalu-selalu...




Gambar-gambar arwah kat atas tu semua masa 7 tahun lepas carik-carik dalam blog ni... 




♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥

Happy bufday Aqil n makan durian

Thanks Zura jemput kite... 

Happy bufday Aqil. Tak nampak pulak birthday boy nya.. terlindung dek bakul tu...

Keciknya dunia, rupanya Zura ni adik kepada kawan itm aku dulu, kak shelly. Lamanya tak jumpa ko kak...





Memang peluk erat2 lah kan... hehehe... bila lagi dapat jumpa kan..:)


Balik dari rumah Zura kat Bangi tu, ada kat jalan apa ntah, banyak orang jual durian tepi-tepi jalan... ajakla Enady singgah, dah lama sangat tak makan durian. Kat kampung buahnya tak menjadi sebab tenggelam dek banjir hujung tahun 2014 dulu. 




Macam hape je rambut depan ko Zara, balik tu zasss aku potong... tak kemas langsung. Anak-anak aku semuanya hantu durian... Durian je tak berapa nak jadi hantu, kahkah!



Iman sila tengok je yer. Aku suka makan durian kampung2 tu... 3 bijik RM10 je... isi tebal2 aku tak bape kenan sangat.

Tq boyfren sudi layankan anak tekak minimu ini... :)


Follow up Dental Appointment Dani

Ni kesinambungan daripada cerita Dani operate gigi tahun lepas.




Hari tu dah follow up sebulan, 3 bulan dan last sekali 6 bulan. Patutnya bulan 3 hari tu, nurse bagitau suh call balik sebab mase appointment bulan 10 2015, dalam sistem kalendar untuk 2016 lom kuar lagi. Bulan 3 ari tu lak aku busy pantang Si Iman. Terlupa. Bulan 5 baru aku pegi folow up yang 6 bulan.



Alhamdulillah semuanya getting better. Gigi Dani pun dah start tumbuh yang depan tu. Makin hensem lah awak yer dani.. ecehh...


Akhirnya, doctor kata leh discaj. Rupanya discaj takyah ada follow up lagi sebab semuanya okay. Kalau ada gigi rosak atau gusi bengkak lagi baru g klinik macam biasa... tak perlu dah refer pakar kat Hospital Serdang ni..

Ok thanks u doctors n all nurses... :)



♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...