Showing posts with label hari ibu. Show all posts
Showing posts with label hari ibu. Show all posts

Abang ni.. Dalam Hati Ada Taman

Selamat Hari Ibu pada semua Ibu-Ibu di dunia ni...

Tengah layan drama petang2 sambil lipat kain dua gunung ni kat Astro Prima, cerita Menanti Hari Itu. Lakonan Ellie Suriati, Noor Khiriah, Wan Sharmila, Rashidi Ishak, Naim Daniel...

At the end cerita tu buat la aku macam potong bawang... Meleleh-leleh airmata.. biasala cerita pasal Ibu memang boleh meruntun hati semua orang...

Termasukla si Abang Dani tu... hehe

Suddenly, he huged and cried.

Bila tanya kenapa?

Abang sedih la mama... Abang xnk nakal lagi...

Tsk tsk tsk...

Makin bertambah-tambah pulak bawang ni kena potong... T_T

Im so touched.

Ok then aku bisik kat telinga dia... Abang kena dengar cakap mama ok... Jangan gaduh2 ngan adik.

Lagi dia sebakla bila aku peluk n cakap gitu... kekekeke.. abang abang...

Dah la abang, g sambung makan.

Dia tengah makan nasik tadi. =p

Dah besar kalau abang terbaca ini, i love u forever n ever n ever tau abang.. ♡♡♡♡

Muah ciked!

Kad selamat Hari Ibu from Abam Dani




Hehehe... Excited ni dapat kad Selamat Hari Ibu daripada anak sendiri ni..:) Walaupun bukan sepenuhnya dia yang buat tapi at least dia buat khas untuk aku kan.. hehe

Thanks Abam Dani! :)

Thanks jugak buat cikgu2 Taska Narizan yang buatkan kad ni...


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Ber'video' Call

Semalam, hilang jugak rindu bila buat video call ngan dia..Means, adik aku Ika yang buatkan, pastu suh Dani tengok.. Bergenang dah air mata bila tengok dia gembira kat sana..


Papa Dani cakap, Dani merajuk kot ngan kita. Kita hantar dia kat sana. Sebab papa Dani nampak macam Dani buat tak tau je kat kami.. huhu, sedih mak nak.. Takpelah, ianya hanya sementara. Nanti bulan depan mama amik Dani k..Hari-hari pegi keje ngan mama kan..Tak sabarnya nak tunggu detik itu..


Tulah, bila dah jauh ni rasa menyesal tak hingat bila dok marah-marah dia, bila babab-babab dia.. Kadang-kadang tu nakal sangat sampai dah tahap aku takleh nak kata apa.. Bukan buat apa pun, sepahkan makanan, pijak2 pastu kutip makan.. Ibu mana tak mengamuk kan kalau 2-3 kali cakap lembut2 pun tak jalan.. sudahnya babab kat tangan dia.. Dugaan dan cabaran dalam membesarkan anak, macam tu lah.. Baru umur setahun lebih, kalau dah umur besar sikit nanti, mana kita tau perangai anak kita. Moga-moga Allah lembutkan hati dia dan kuatkan hati aku dalam mendidik anak-anak kan..amin..


Ibu cakap, Dani sangat rapat ngan Aki dia. Sampai nak mandi pun nak Aki jugak yang mandikan. Kalau Nenek nak mandikan, mata melilau carik Aki dan tarik tangan Aki pegi bilik air.. alahaii, rindu papa ye.. Tapi aku rasa sebab ayah ada helikopter ngan kapal terbang kontrol tu kot.. Selalu Aki ajak Dani main..hahaha, ada motif rupanya ko suka ngan Aki je ye Dani..hiks..:)


Ok, Dani, semoga kamu baik-baik saja kat sana ye..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Ke rumah kaca + lepak waterfall + celebrate Hari Ibu lagi


Lepas pergi ke Setiawangsa tu, aku lalu kat depan Jusco AU2 ni. Dan dan cakap kat Enady. "Papa jom singgah jap. Nak tengok Rumah Kaca. " Hahaha.. semangat ko! Enady pun layankan aje.. Lagipun alang-alang dah sampai sini kan. Sebelum ni tengok dalam tv je kan..:)


Sekali, sampai-sampai takde orang pun. Yang ada cuma pak guard tu je. Aku pun lupa yang bebudak AF tu hari Sabtu Ahad cuti. Mestilah dorang busy nak konsert dan lepas konsert kan..Hurmm..melepas la nak tgk Erul. Huhu..

Kosong je..:(

Dani, aku dan pakcik anep dia.
Lepas pusing-pusing jap kat dalam Jusco tu, pastu adik ajak g lepak kat waterfall kat belakang Zoo Negara nun. Jeram namanya. Alah, lalu kat Kampung Kemensah tu. Dulu masa sekolah rendah aku ada kawan yang duduk kat Kampung Kemensah ni, kalau tak silap aku, Marlienor nama dia. Sekarang dah lost contact.

Pakcik Anep + MakYang + Dani
Rindu pulak kat MakYang Dani. Jauh nya diaa kat Kedah nun..:(

Dah lepak-lepak kejap kat waterfall tu. *tak best pun, dalam perjalanan pulang nak hantar Abg Gee ke Puchong, lalu kat RnR Awan Besar. Enady offer makan sate kat situ. Nak celebrate Hari Ibu katanya. Hahaha.. ade ke pulak. Tadi kan dah celebrate. Tu kita tumpang orang punya. Ni papa belanja khas untuk mama sempena Hari Ibu ni. Alahaiii..sweetnyaaa..=p *Sweetlah sangat kan..:)


Dani memang penggemar tegar sate ayam! =p




Sekian....:)

Urusan yang tidak rasmi + celebrate Hari Ibu

8 May yang lalu..*Erk! Nak hampir sebulan kisah ini..:)

Aku dan family ke Setiawangsa..:) Tak nak citer dulu. Nanti dah setel baru aku cerita kat sini. Kalau pandai, korang tekalah..



Budak yang sampai lambat.
 Sempat jugak celebrate Hari Ibu. Terima kasih makcik dan pakcik kerana menjemput sekali meraikan bersama. Aku hampir menangis sebab teringat ibu dan mak mertua kat kampung. Kalaulah boleh, mahu je aku terbang, bawak ibu dan mak sambut dan potong kek bersama-sama. Tapi...





Terima kasih juga kerana hidangkan kami nasi ayam yang sangat sedap dan makanan-makanan lain. Terima kasih yang tak terhingga. Insyallah, nanti kita jumpa lagi secara rasminya ya. :)

Adik, sori, along tersnap gambar ni. hahaa..lariksss..

Selamat Hari Ibu


Selamat hari Ibu buat bonda tercinta, Arbayiah binti Haji Mat Noh. Tak lupa buat ibu mertuaku juga, Arbaiyah binti Haji Asmuni. Juga untuk semua ibu-ibu di dunia..:)

Unik bukan? Nama ibu dan mak mertua sama! Ejaan je yang lain sikit. :)

Tiada sambutan yang dapat dibuat. Kalau diikutkan hati ini, rasa mahu pulang ke kampung malam ini juga dan peluk dan cium ibu puas-puas. Tapi apakan daya ku. Sedari kecil lagi, aku tidak pernah didedahkan dengan sambutan bagai ni. Adalah jugak. Seingat aku masa sekolah2 rendah dulu, cikgu suruh buat kad ucapan, dan kita pun hantar kat mak kita. Perasaan masa tu, manelah aku tau sebab kecik lagi. Asal cikgu suruh, buat ajelah. Tapi aku percaya, mesti ibu terharu. Cuma ibu tak tunjuk. Atau aku yang tak nampak? Entahla. Andai dapat diputar balik masa tu kan, aku akan buat yang terbaik untuk ibu..:)

Sebab apa aku kata aku percaya yang ibu terharu? sebab aku sedang mengalaminya sekarang. Walaupun bukan anak aku yang ucapkan, tetapi ianya sangat terkesan dalam hati. Sangat! Sampai meremang2 bulu roma saat orang yang kita sayang wish "Happy Mothers Day".

Ibu, Along sayang ibu! Mak, Ana sayang mak juga! *air mata bergenang~~~

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...