Monday, June 6, 2011

Ke rumah kaca + lepak waterfall + celebrate Hari Ibu lagi


Lepas pergi ke Setiawangsa tu, aku lalu kat depan Jusco AU2 ni. Dan dan cakap kat Enady. "Papa jom singgah jap. Nak tengok Rumah Kaca. " Hahaha.. semangat ko! Enady pun layankan aje.. Lagipun alang-alang dah sampai sini kan. Sebelum ni tengok dalam tv je kan..:)


Sekali, sampai-sampai takde orang pun. Yang ada cuma pak guard tu je. Aku pun lupa yang bebudak AF tu hari Sabtu Ahad cuti. Mestilah dorang busy nak konsert dan lepas konsert kan..Hurmm..melepas la nak tgk Erul. Huhu..

Kosong je..:(

Dani, aku dan pakcik anep dia.
Lepas pusing-pusing jap kat dalam Jusco tu, pastu adik ajak g lepak kat waterfall kat belakang Zoo Negara nun. Jeram namanya. Alah, lalu kat Kampung Kemensah tu. Dulu masa sekolah rendah aku ada kawan yang duduk kat Kampung Kemensah ni, kalau tak silap aku, Marlienor nama dia. Sekarang dah lost contact.

Pakcik Anep + MakYang + Dani
Rindu pulak kat MakYang Dani. Jauh nya diaa kat Kedah nun..:(

Dah lepak-lepak kejap kat waterfall tu. *tak best pun, dalam perjalanan pulang nak hantar Abg Gee ke Puchong, lalu kat RnR Awan Besar. Enady offer makan sate kat situ. Nak celebrate Hari Ibu katanya. Hahaha.. ade ke pulak. Tadi kan dah celebrate. Tu kita tumpang orang punya. Ni papa belanja khas untuk mama sempena Hari Ibu ni. Alahaiii..sweetnyaaa..=p *Sweetlah sangat kan..:)


Dani memang penggemar tegar sate ayam! =p




Sekian....:)

No comments: