Selamat Hari Ibu


Selamat hari Ibu buat bonda tercinta, Arbayiah binti Haji Mat Noh. Tak lupa buat ibu mertuaku juga, Arbaiyah binti Haji Asmuni. Juga untuk semua ibu-ibu di dunia..:)

Unik bukan? Nama ibu dan mak mertua sama! Ejaan je yang lain sikit. :)

Tiada sambutan yang dapat dibuat. Kalau diikutkan hati ini, rasa mahu pulang ke kampung malam ini juga dan peluk dan cium ibu puas-puas. Tapi apakan daya ku. Sedari kecil lagi, aku tidak pernah didedahkan dengan sambutan bagai ni. Adalah jugak. Seingat aku masa sekolah2 rendah dulu, cikgu suruh buat kad ucapan, dan kita pun hantar kat mak kita. Perasaan masa tu, manelah aku tau sebab kecik lagi. Asal cikgu suruh, buat ajelah. Tapi aku percaya, mesti ibu terharu. Cuma ibu tak tunjuk. Atau aku yang tak nampak? Entahla. Andai dapat diputar balik masa tu kan, aku akan buat yang terbaik untuk ibu..:)

Sebab apa aku kata aku percaya yang ibu terharu? sebab aku sedang mengalaminya sekarang. Walaupun bukan anak aku yang ucapkan, tetapi ianya sangat terkesan dalam hati. Sangat! Sampai meremang2 bulu roma saat orang yang kita sayang wish "Happy Mothers Day".

Ibu, Along sayang ibu! Mak, Ana sayang mak juga! *air mata bergenang~~~

1 comment:

missrivebell mumun said...

happy mothers day to you too kak..
sat lg tunggu dani beso sket bley la ckp happy mothers day kat akak..

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...