Blazer Menawan Untuk Wanita Moden



Cantik kan Blazer yang Emma Watson pakai ni... Sweet sangat ngan dia..:)

Emma Watson sekarang ni sangat dikenali dengan watak Hermione Granger dalam franchise terkenal Harry Porter. Nama dia semakin meningkat dalam dunia fesyen kerana beliau mempunyai cita rasa yang cukup tinggi bila bergaya dan menjadi selebriti kegemaran photographer. Dia sangat bijak mengenakan gaya yang sesuai dengan personality dan statusnya. Tak caya?

Tengok je kat dalam gambar kat atas tu. Pakai blazer putih di luar. dan kat dalam just simple black top dan legging hitam. Pastu dipadankan plak dengan sepasang heels yang cukup menawan menambah keserian kepada beliau.



Outwear macam jackets, coats dan blazer selalu menjadi choice untuk menampakkan seseorang tu lagi menarik. Malah boleh dipakai untuk apa saja jenis situasi dan majlis. Kat ofis pon korang still leh bergaya dengan blazer dipadankan dengan top yang ringkas dan skirt hitam. Nampak lebih sofistikated dan trendy. Korang try lah..:)



Bila pakai blazer, korang still lagi boleh ber'fashionista' dengan 'match'kan korang punya dress up dengan aksesori yang sesuai like long necklace dan clutch. Haaa, korang akan nampak more chic n trendy. phewww, confirm akan jadi perhatian dan dorang akan kagum dengan dress up korang tu, percayalah..! :)



Nak citer ni... sekarang shopping online dah jadi trend kat Malaysia ni. Sebab ianya sangat mudah. just klik-klik je then tunggu barang sampai. Dah melambak-lambak website yang offer barang2 menarik. Haha, dalam zaman sekarang yang semakin moden ni, masa itu sangatlah emasnya dan kalau masa terbuang macam tu je rasa macam Ya Allah, sayangnya! Masa berlalu macam tu je.. Dah tak payah nak bersesak-sesak pegi ke Mall, terpaksa redah traffic jem semata-mata untuk carik blazer atau jaket? Shopping online je.. kan lagi best..:)





Kat  ZALORA.com.my, iaitu.. mmm, korang tau kan ZALORA ni ape bende? Alah yang kat iklan tv tu yang perempuan dok terjerit2 tu tgk baju kasut handbag dan macam-macam lagi. Hahaha, aku gelak je bila tgk iklan tu masa mula2 dorang iklan pasal ZALORA ni. Bila dah try sendiri, baru tau... hahaha, patutla perempuan tu menjerit macam orang histeria...=p

Kat ZALORA.com.my korang boleh dapatkan macam-macam rekaan serta warna yang korang mahukan. Jangan tak percaya, brand-brand popular pun ada tau contohnya, Ezra, River Island, KN Key Ng dan kolaborasi istimewa dengan pereka terkenal seperti Melinda Looi x Amber Chia dan Amir Luqman untuk Zalora.

Tak payah korang nak persoalkan tentang selesa ke tak selesa sebab koleksi yang designer2 tu hasilkan adalah daripada bahan terbaik dan produk mereka sangat berkualiti tinggi! 

Jom terjah website designers tersebut atau korang nak senang, klik je Blog ZALORA untuk info lanjut tentang new collection dorang.

Korang boleh shopping online dengan mudah!




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Setahun 10 bulan



 Lagi 2 bulan nak dua tahun..
Pandai dah lipat baju..
Good effort sayang..
Semoga rajin sampai besar sayang..:)

-entry auto publish-

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Alfalfa Shaklee: Merapatkan Kembali "Miss V" Selepas Bersalin



Ramai wanita yang sudah melahirkan anak bimbang apabila mengalami masalah bahagian sulit ‘longgar’ dan kemutan yang tidak sehebat seperti malam pertama. 

Masalah alat sulit longgar bukanlah sesuatu yang baru dalam kalangan kaum wanita. Ia sebenarnya perubahan hormon selepas melahirkan cahaya mata. Jika dibiarkan berlarutan, ia boleh menjejaskan keinginan seksual dan menimbulkan masalah dalam rumah tangga.

Semasa mengandung, saiz pelvik wanita membesar untuk menyokong proses kelahiran bayi. Pembesaran tersebut membuatkan perubahan pada lantai pelvik seterusnya vagina wanita. Proses pelahiran yang berlaku turut menambahkan lagi perubahan tersebut. Semasa melahirkan anak, dinding vagina dan otot yang menyokongnya akan diregangkan. Dalam sesetengah kes, di mana bayi bersaiz agak besar atau ia merupakan kelahiran pertama, dinding vagina dan pembukaan vagina akan terluka atau terkoyak.

Kelahiran bayi yang berulang kali akan mengembangkan salur vagina dan menjadikannya ruang sebenar. Pembukaan vagina boleh dipotong menggunakan scalpel atau pisau pembedahan semasa kelahiran bayi untuk mengelakkan kecederaan serius pada vagina. Doktor akan melakukan episiotomi. Selepas episiotomi, luka akan dipulihkan melalui jahitan. Dengan penjagaan kebersihan diri dan ubat-ubatan, vagina akan kembali seperti sedia kala dalam beberapa hari.


Rawatan


Ada pelbagai cara rawatan sama ada secara tradisional yang dilakukan sendiri di rumah atau pun melakukannya di salon dan spa. Antara rawatan yang disarankan adalah berurut, bertungku, bertangas, sauna, skrub dan senaman.

Skrub atau sentalan menggunakan bahan-bahan tertentu membantu membersihkan bahagian kelengkang yang berubah warna semasa hamil. Sementara rawatan sauna/tangas memberi kesan mengetatkan semula bahagian intim dan menghilangkan masalah bau atau keputihan.

Rawatan bertungku pula boleh menggunakan sama ada tungku batu, tungku herba atau tungku besi. Tungku herba yang terdiri daripada herba-herba seprti serai wangi, sirih, halia dan temu lawak dikatakan dapat memberikan khasiat lebih baik kepada bahagian sulit seperti mengetatkan dan menghilangkan keputihan.

Rawatan tradisional juga boleh dilakukan sendiri di rumah seperti mencuci bahagian sulit menggunakan air rebusan sirih selang sehari. Sirih dipercaya boleh mematikan bakteria yang menimbulkan kegatalan dan keputihan di bahagian intim wanita.

Selain rawatan tersebut, wanita perlu rajin mengamalkan senaman kegel. Semasa pantang, senaman kegel boleh membantu proses penyembuhan daripada luka episiotomi dengan lebih cepat, mengurangkan air kencing yang tidak terkawal dan menguatkan kembali otot-otot pelvik anda.


Bagaimana Untuk Membuat Senaman Kegel?


1. Kemutkan otot pelvik seperti anda mahu menahan air kencing.
2. Tahan selama 2-3 saat.
3. Lepaskan ia perlahan-lahan dan rehat.
4. Buat 25 kali tiga kali sehari tidak kira di mana anda berada.
5. Jangan kecutkan otot perut atau punggung semasa senaman ini.


Pemakanan Sihat


Makanan turut memainkan peranan penting dalam soal penjagaan bahagian intim. Makanan seimbang dan berkhasiat memberi kesan kepada bahagian tersebut. Seeloknya wanita perlu menjaga pemakanan mereka dalam tempoh 100 hari selepas bersalin. Jika mengikut petua tradisional, makanan dalam kategori sejuk seperti timun, kobis, ais tidak boleh dimakan kerana ia memberi kesan tidak elok kepada otot bahagian pelvik seperti mudah kejang.

Amalan pemakanan ulam lengkuas atau dicampurkan dalam setiap hidangan makanan dipercaya boleh merapatkan semula peranakan (rahim) mereka selepas bersalin. 
Khasiat biji manjakani telah diketahui umum baik untuk kesihatan wanita. Tannin yang terkandung dalam manjakani dikatakan mampu menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan sekali gus merapatkan bahagian yang longgar dan kendur.Amalkan makan sebiji manjakani sekali dalam seminggu.

Selain menjaga pemakanan. Wanita perlu bijak mengawal emosi diri berhadapan dengan perubahan sebaik bergelar ibu. Apa pun anda tidak boleh sekali-kali mengenepikan tanggungjawab sebagai isteri terhadap suami tercinta. Melakukan hubungan intim dengan suami selepas melahirkan anak mungkin sesuatu yang cuba dielakkan oleh sesetengah wanita terutama yang mengalami pengalaman pahit semasa bersalin.

Tetapi sebagai wanita muslim, kewajipan terhadap suami perlu dilunaskan asalkan diri sudah bebas daripada darah nifas dan badan telah sihat dan kuat. Namun jika kedua pihak bersetuju untuk mengikut petua tradisional, digalakkan untuk melakukan hubungan intim selepas tempoh berpantang 40 hari bagi membolehkan otot-otot dan badan benar-benar bersedia dan bertenaga.


Tip


• Sebelum tidur bersihkan bahagian intim daripada segala kotoran dan bau-bauan.
• Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas semasa tidur.
• Pakaian tidur yang seksi daripada fabrik satin atau renda hanya sesuai sewaktu membuat hubungan bersama suami sahaja tetapi tidak sesuai untuk waktu tidur yang panjang kerana ia tidak menyerap peluh. Ia boleh menimbulkan kesensitifan pada bahagian sulit.
• Jika ada masalah bau atau keputihan, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan ubat antibiotik bagi mematikan bakteria di bahagian sulit.
• Digalakkan wanita mengambil suplemen seperti evening primrose oil dan multivitamin sebagai menjana tenaga dan kesihatan. 


 Alfalfa Shaklee 



Alfalfa Shaklee telah terbukti berkesan untuk merapatkan kembali miss V, merawat keputihan di kalangan wanita & menegangkan payudara. Jom kita tengok testimonial di bawah:







Sumber:Pa&Ma



Your Amazing Shaklee Distributor,
Nurliyana
Hp |  0182244135
anacomey_84@yahoo.com
FB Page : Dani Dania Store


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Haus


Tengah sidai kain...

"mama, nak milo."

"jap, nampak tak mama tgh sidai kain.. jap ye.."

Tengah sapu sampah...

"mama, nak milo."

"jap, sikit lagi mama nak sapu habiskan"

Dah setel kerja rumah, duduk jap belek hp..

"mama, nak milo. Dani haus.. haus.."

Ok!

Cepat-cepat g dapur buat milo...pandai kamu saiko mama ye abang...:)

Selamat hari Jumaat..


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Penang - Part 3 : Makan Pasembor di Persiaran Gurney

Sambung dari Part 2 cerita Cuti2 Penang hari tu...:)

Lepas balik dari mandi manda kat pantai, setel dulu Maghrib semua, pastu masing2 perut dah berkeroncong... Plan nak makan kat tepi laut tu. Persiaran Gurney kan namanya... Pi Penang, wajib makan Pasembor lah kan.. dan Char Kuew Tiau... Rasa dia biasa-biasa je...:) Jarang makan Pasembor so, taktau rasa yang sedapnya macam mane.. Char Kuew Tiau tu puas hati. Udang dia besaq-besaq dan sedap jugak la..

 




Meja makan kitorang tersebelah plak ngan Khairul Fahmi Che Mat n Fakhri Ashaari... Haha Kakyang cakap... hensemnya long.. hensemnya.. Haha, dan dan ko nak carik boyfren football player yer... pui.

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Alfafa Shaklee selamat dimakan





Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai “Raja Segala Tumbuhan”.

Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa.

Tumbuhan ini mengambil masa sekurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi.

Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak iaitu daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil.

Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan.

Kemudian, daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setiap tablet alfalfa Shaklee mengandungi 300mg.


Kredit to : http://drzubaidi.com/blog/?p=2889

Your Amazing Shaklee Distributor,
Nurliyana
Hp |  0182244135
anacomey_84@yahoo.com
FB Page : Dani Dania Store


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Tips Hilangkan Cepat Marah Pada Anak




Lately, perangai anak-anak memang dah sampai tahap sangat menguji kesabaran mamanya... Dah tak berdaya nak marah atau jerit sebab dah seminggu lebih sakit tekak n batuk tak baik2. Adakala rasa macam bagus jugak aku selsema batuk tak baik-baik, so mmg xde aku marah budak2 tu.. Bila Buat salah pun paling tidak, aku amik hanger or something just hit kat meja atau kerusi bagi gertak sikit. Dengar bunyi tu dorang dh takut..

Dorang ni selalu gaduh pasal bende remeh temeh je... Ntahla, remeh la bagi aku yang dh masuk umur 30 tahun. Tapi tak remeh bagi umur dorang 4 tahun dan 2 tahun.

Bayangkan, dua-dua aku bagi bende yang sama. Exactly the same! But still jugak yang adik nk abang punya, abang nak adik punya. End up, aku amik dua-dua benda tu, campak dalam tong sampah. Give up sebenarnya bila bende ni selalu jadi. Arghh. memang tension...

Aku google macam mana nak jadi good mother. Macam mana nak kurangkan rasa marah tu. Yess, selalu bila rasa marah, Astaghfirullah tu memang x lekang dari mulut. But, kadang-kadang rasa nak pecah dada ni tahan marah. Enady dah risau kat aku sebab lately mmg aku selalu mengadu sakit kepala. Like migrain. Tapi tak jugak pegi2 klinik...  

Aku terjumpa antara tips yang bagi aku berjaya jugak memberi kesan kat aku.. Dan alhamdulillah sikit2 aku berjaya mempraktikkannya dan sangat positif kesannya..

Ni dia..

  1. Di dalam keadaan marah atau penat, sentiasa bertanya kepada diri sendiri,
Apa salah anak saya?’

‘Adakah salah anak saya yang menyebabkan saya penat?’

2. Sekiranya marah, jangan bertindak meluru. Tarik nafas dengan panjang, tinggalkan seketika tempat atau keadaan yang menyebabkan anda marah. Kira dari satu hingga sepuluh, atau beristighfar seketika.  Setelah kembali tenang, barulah kembali melayani anak puan.

3. Pelajari bagaimana untuk menangani rasa marah dengan positif. Puan boleh membaca atau mengikuti kelas-kelas untuk menambahkan kemahiran keibubapaan (Parenting Skills).

Banyak jugak tips2 kat blog Dr ni.. korang boleh terjah nanti k.. :)


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

TQ Zalora

Tq to rakan2 UB sebab menghebahkan benda2 promo gini.. 
Hikhik.. tapi aku lambat tau...
Lambat bukak Whatsapp UB tu sebenarnya...
Kalau tak, mesti aku dah redeem banyak..
Haha, jeles ok dgn korang yang dapat redeem 4-5 barang tu..
Actually aku dapat dua voucher, tapi lambat sangat guna, terus dh tak boleh guna 1 voucher





 Sling beg Nichii ni aku berkenan sebab warna hitam tu n ada button warna gold tu..
Rock n brutal..
Harga RM119.90,
Redeem RM75.
So, masa dia hantar tu aku bayar ballance RM50..

Tq ZALORA..

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

#Dani Emir

Balik sekolah, dalam kereta.

Abang, nama abang sape?
Dani Emir.
Abang berapa tahun?
3 tahun.
Bukan la. Abang dh 4 years old.
4 years old.
4 years old...
4 years old..

Pastu aku ulang tanya balik.

Abang umur berapa?
3 tahun.
4 years old la...
Oo 4 years old.
Berapa tahun?
3 tahun.

Pftrxnsuduenskauwndmgg!!!

Aku tanya lagi.

Dani berapa tahun?
3 tahun.
4 tahun.
3 tahun la.. mama nih.
4 tahun.
3 tahun.
4 years old.
4 years old.

Dani berapa tahun?
Dah dah.. dani penat!

Cesss..!

Sakura Putrajaya

"Sakura Putrajaya" boleh dilihat di Waterfront Presint 3 & 4.

Nama sebenar pokok ini adalah Cratoxylum formosum
Pokok Mempat/Pink Mempat Asal: Indo-China, Barat Malaysia dan Filipina











Kredit gambar to : FB Perbadanan Putrajaya

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...