Lately, perangai anak-anak memang dah sampai tahap sangat menguji kesabaran mamanya... Dah tak berdaya nak marah atau jerit sebab dah seminggu lebih sakit tekak n batuk tak baik2. Adakala rasa macam bagus jugak aku selsema batuk tak baik-baik, so mmg xde aku marah budak2 tu.. Bila Buat salah pun paling tidak, aku amik hanger or something just hit kat meja atau kerusi bagi gertak sikit. Dengar bunyi tu dorang dh takut..
Dorang ni selalu gaduh pasal bende remeh temeh je... Ntahla, remeh la bagi aku yang dh masuk umur 30 tahun. Tapi tak remeh bagi umur dorang 4 tahun dan 2 tahun.
Bayangkan, dua-dua aku bagi bende yang sama. Exactly the same! But still jugak yang adik nk abang punya, abang nak adik punya. End up, aku amik dua-dua benda tu, campak dalam tong sampah. Give up sebenarnya bila bende ni selalu jadi. Arghh. memang tension...
Aku google macam mana nak jadi good mother. Macam mana nak kurangkan rasa marah tu. Yess, selalu bila rasa marah, Astaghfirullah tu memang x lekang dari mulut. But, kadang-kadang rasa nak pecah dada ni tahan marah. Enady dah risau kat aku sebab lately mmg aku selalu mengadu sakit kepala. Like migrain. Tapi tak jugak pegi2 klinik...
Aku terjumpa antara tips yang bagi aku berjaya jugak memberi kesan kat aku.. Dan alhamdulillah sikit2 aku berjaya mempraktikkannya dan sangat positif kesannya..
Ni dia..
- Di dalam keadaan marah atau penat, sentiasa bertanya kepada diri sendiri,
‘Apa salah anak saya?’
‘Adakah salah anak saya yang menyebabkan saya penat?’
2. Sekiranya marah, jangan bertindak meluru. Tarik nafas dengan
panjang, tinggalkan seketika tempat atau keadaan yang menyebabkan anda
marah. Kira dari satu hingga sepuluh, atau beristighfar seketika.
Setelah kembali tenang, barulah kembali melayani anak puan.
3. Pelajari bagaimana untuk menangani rasa marah dengan positif. Puan
boleh membaca atau mengikuti kelas-kelas untuk menambahkan kemahiran
keibubapaan (Parenting Skills).
Banyak jugak tips2 kat blog Dr ni.. korang boleh terjah nanti k.. :)
kredit to : http://doktorbudak.com/2013/11/20/582/
♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥
No comments:
Post a Comment