Herbal Blend Cream Shaklee

 


Sangat bagus krim ni. Lembut je kaki bila dah sapu. Tak licin n tak berminyak pun..
Sesuai utk semua peringkat umur.

Retail Price : RM27.50


PM me untuk detail dan harga istimewa! :)
________________________________

Ana Lyana
Shaklee Independent Distributor [ ID : 894161 ]
Hp | 0133396435
anacomey_84@yahoo.com
FB : Ana Lyana

Nenek,Yayang dtg Putrajaya + Dani balik kampung

Masa ni Dani ok lagi, Sebab dia ingat mama ngan papa nak dok kat depan.
Pegi ngeteh ngan Ibu n Kak Yang.
Sebakk kan.. sobs sobs..
  

Lamanya tak tulis blog.
Busy la geng!

Hari Isnin pukul 2 pagi, Ibu n Kakyang sampai Putrajaya.
Dorang dari kampung naik bas pukul 10.30 malam.

Dipendekkan cerita,
hari apa ntah, Dani buat perangai, lalu aku membebel.
Aku cakap ngan dia, mama hantar Dani balik kampung lah nak?
laju je dia angguk..
Lepas tu hari-hari berzikir kat telinga aku, Nak Pong nak pong!(Nak balik kampung)

Aku citer kat Ibu, Ibu cerita kat Ayah.
Ayah ni memang meruntun jiwa sket kalau dengar cucu kesayangan dia ckp nk balik kg.
hahaha, Lalu di utusnya Ibu dan Kak Yang suh amik Dani..
Lagipun KakYang tengah cuti sem.

Tak lama pun Dani kat sana.
2 minggu plus plus la..
Sebab 8 Mac dia ada appointment kat Hospital Putrajaya.

Makanya semalam, berangkatlah Dani ikut Nenek n Yayang balik kampung.
Naik bas. 
Awal-awal ok je.. Dia ingat mama ngan papa nak dok depan,
sekali bas dah nak jalan, laju je salam-salam pastu kitorang turun.
Dani dah jerit2 dah suh duduk. 
Nasib baik tak ramai orang. Takdelah malu sangat. Hihi.

Kitorang dah turun tu, Dani still menangis.
Ya Allah sedihnyaaa...
Air mata aku jatuh jugak..
Ingat nak tahanlah, kang Ibu cakap apa plak kan..:)
Tapi tulah, hati Ibu kan..
Melalak jugak aku,... huhu..
Bukan apa, menangis sebab sebak sangat tgk muka dia..
Ntah lah..

Bas dah jalan tu, Kyang wasap aku Dani dah diam dah.
Tapi dia senyap jek, pandang luar layan perasaan..
Hihi..
sampai kat Puchong, dia ok dah. teruja tgk lampu2..
 Mama pun dah ok..

Huhu, tulah agaknya perasaan Ibu Ayah bila aku amik Dani bawak balik sini kan..
Positif jelah..:)

Diumumkan Dani bercuti 2 minggu.
haiiish, penat lah mama nak layan adik sorang2.
Selalu abang ada kan..
Adik, sila behave yer.
 
 

Countdown to turning 3

 11 hb hari tu genap Dani berumur 2 tahun 11 bulan.
weehoooo, bulan depan dah cecah angka tiga dah umur abang..
Haha, abang cecah dulu. Mama tahun depan baru cecah 3. Owh no!

Nak masuk 3 tahun, makin ligat, makin lasak, makin kuat makan, makin kuat bercakap pot pet potpet..
makin suka buli adik. huwaaa, yg ni mama tak tahan, dah tegur cara berhemah abang taknak dengar,
tegur secara tak berhemah baru abang nak dengar cakap mama.
Sian adik abang tau.. dia kecik lagi. jangan lah buat dia.
Abang ni sayang adik ke tak? Bila org lain dukung adik punyalah marah,
tapi kat rumah abang tolak-tolak je adik tu yer bang..
maaf, mama terpaksa marah abang..

Tapi apa-apa pun mama tau, abang sayang adik kan..
Jangan buat adik lagi tau..
main sama-sama okay..
kalau abang baik, adik baik perangai, mama bawak abang ngan adik jalan2..
:)


 Dalam kereta, abang dok belakang dah. adik amik tahkta dok depan...:)

 U are my hero abang... Selalu teman mama masa mama solat. hahaha, teman kacau masuk dalam telekung. haish ko ni bang..

 Papa balik keje, mau mau mau dia seru kat telinga papa dia.. Nasib papalah kan bang..:D

 Masa pergi lepak umah Jue, Dani n Alif. kejap kawan kejap gaduh..

 Beraksi ala-ala Ultraman. Kuat betul pengaruh Ultraman Tiga.

 Pandai dah tulis ikut garis putus-putus tu. Tapi kadang-kadang ke laut gak..
Takpe, pelan-pelan k..

 Pergi ngeteh ngan papa..

 hahaha, tersengih macam hape ko yer bang... hehe..

Apa plan mama yer untuk korang adik beradik ni..
hurmm...
Zara pun nak cecah setahun dah bulan depan..





♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Nasi lemak o nasi lemak


Tq Puan Sue.
Officer belanja..
Semua masak sendiri.
Kul berapa lah bangun yer puan..:)
Alhamdulillah, kenyang sampai ke petang ni..
Lunch pun leh tambah makan, sebab banyak lagi..





♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Sama tapi tak serupa #4




"Ni pulak sapa bang?"

"Ati..."
(Aki)

"Tu yang budak kecik tu sape?"

"Hahahaha, Ara Ara.."

Pastu dia membebel citer itu ini aku tak paham.

Kenal plak dia ngan Aki dia masa muda-muda tu..

:)

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Sama tapi tak serupa #3



 "Abang, ni sapa?"

"Bola..."

Ces, nampak pulak bola tepi tu..

"Ni sapa?"

Dani blur...Tak cam lah tu..

"Ni pun mama..."

:)

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Mesyuarat Agung Puspanita

Kat Inspen 2 sekarang... bila nk habis ni.. hehe..

Sama tapi tak serupa #2




 " Ni pulak sapa bang?"

"Duk duk"
(Means duduk)

"Sape ni bang?"

"Ara... Adik.."

Kihkihkih...

"Ni mama la sayang"

Muka blur lagi..:)



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Sama tapi tak serupa #1



"Abang abang.., ni sapa?"

"Ara!"

"Ni mama la, masa mama kecik-kecik."

Dani terus blur... Kahkahkah..



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

1 family sihat dengan Omega Guard




Omega - 3 adalah nama yang diberikan kepada rantaian asid lemak yang politak-tepu yang panjang (yang mempunyai ikatan yang panjang)

Huhu, banyak istilah sains kali ni.. Aku pun terpaksa la bukak buku untuk study balik subjek ni..:) Takpe, belajar tu bila-bila masa kan..

ok sambung balik pasal Omega..

Asid lemak ni mempunyai minyak-minyak penting yang diperlukan oleh tubuh kerana tubuh kita tak dapat menghasilkannya sendiri. Malah, ianya boleh mengakibatkan kegagalan untuk berkembang melainkan asid lemak ni hadir bersekali dengan makanan yang diambil.

Kandungan minyak ikan Omega - 3 :

Terdapat 2 jenis komponen utama asid lemak
- asid eicosopentaenoic (ERA)
- asid docosahexaenoic (DHA)

ERA adalah penting di dalam mengurangkan risiko penyakit2 kardiak dan peredaran.
DHA adalah struktur komponen yang penting untuk sistem saraf manusia.

Kelebihan Omega-3 dalam Omega Guard Shaklee :
  
1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair 
    sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 

3. Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari 
    ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-
    satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3
    semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal 
    berteknologi terkini

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask 
    omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, 
    merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.


Banyaknya kelebihan Omega Guard kan.. Jom kita tengok manfaatnya dalam tubuh manusia plak..

Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee 


1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3.  Mencegah salur darah dari tersumbat
4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok
5.  Mengekalkan tekanan normal darah
6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7.  Mengurangkan sakit kepala
8.  Merendahkan kolestrol
9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan 
      otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE 
      (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout


Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti :-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

Siapa yang perlukan Omega Guard ni untuk menyokong tahap kesihatan?
  
1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus
Jadi, apa pilihan anda? Senang lagi menyenangkan. Telan 1 biji je sehari, anda akan dapat semua manfaat-manfaat kat atas ni melainkan anda makan makanan yang ada asid lemak tersebut contohnya ikan salmon.

________________________________

Ana Lyana
Shaklee Independent Distributor [ ID : 894161 ]
SMS/Call | 018-2244135 WhatsApp | 013-3396435
anacomey_84@yahoo.com
FB : Ana Lyana

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Baju kurung kanak-kanak untuk dijual


Saiz 2-3 tahun. 
RM30.


3-4 tahun
Rm35

note : Ibu aku sendiri yang jahit. Untuk tempahan raya pun boleh. Ibu aku jahit baju kurung sahaja..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...