Ke Hospital Teluk Intan


Kesinambungan cerita Appointment ENT hari tu.

Masa tu belum decide lagi nak bawak balik Dani ke sini. Aku taknak la menyusahkan ibu untuk datang sini naik bas ngan Dani lagi. So, aku mintak transfer letter from Dr. Ram. Tapi serius, sayang nak tukar doctor pakar lain. Sebab Dr. Ram tu baik sangatt.. Demi anak, terpaksa lupakan saja. Sampai Dr. Ram tu cakap, kalau takde pakar ENT kat Hospital Teluk Intan tu, datang sini jumpa saya balik okay. Seee, sangat concern kan..:)

Rabu malam tu aku balik kampung. Khamis pagi aku cuti dan aku terus pegi ke Klinik Pakar ENT tu. Nasib baik ada. Tapiii.. tu diaaa.. jauh ke belakang kliniknya.. Berjalanlah kami menuju ke destinasi. :)

Nun, jauh ke belakang nun..

Kami datang bukan untuk check up. Tapi nak buat appointment saja. Bagi transfer letter then nurse tu setkan date on 15 April ni. This friday lah. Jam 9 pagi. Harap-harap telinga Dani tak bernanah lagi. Setakat ni, ibu cakap telinganya takde bernanah lagi. Cuma demam je. Nurse pun ada cakap, lepas seminggu cucuk maybe Dani akan demam. Memang betul, Dani demam dah 3 hari. Tapi bukan yang macam dia nangis2 dulu. Orang kata, demam lite-lite saja.. Moga-moga Dani cepat sembuh.


alamak, mata papa stim plak..haha.. tapi gambar ni aku sangat suka!.

Dani sedang belajar berjalan. Kalau kita yang pegang tangan dia, bukan main lagi kaki dia mengelejat. Kalau aku pegang sebelah tangan je...hurmm, jangan harapla.. penakut betul nak jalan.. takpe, Dani. maybe bukan masa lagi Dani nak berjalan. But, aku kena latihkan dia untuk berjalan..:)



Papa Dani rindu sangat kat Dani. Sampai berebut-rebut ngan aku nak dukung Dani. =p Malam kelmarin, Enady mimpikan Dani kot. Tengah-tengah malam, gerakkan aku sambil cakap "Ma, dani mana ma?" Sambil tangannya meraba-raba carik Dani. "Pa, Dani belum balik lagi la, pa". Aku cakap meleret-leret je. Kata tengah mamai kan.. "Oh lupe. Kita tak ambik Dani lagi" Pastu terus tido balik.

Pagi esoknya, aku tanya.

"Pa, mengigau ye..."
"A'ah...papa rindu Dani.." Buat muka sedih.

Aku sengih kan aje. Hari tu aku yang ngigau. Kali ni dia pulak. Tulah, bila Dani ada, suh bangun buatkan susu anak, bukan main lagi papa ye bertolak-tolak ngan mama..=p

Sekian....


4 comments:

Seri said...

harap tinge dani takde2.. cepat sembuh ye dani..

JIVEBUMZ said...

alahai dani.. nie yg tak sabau tgu bobo kuar nih! nak berebut2 jugakkk :)

nanonano said...

alahai sedeynye papa dia xpuas brmanje ngn dani tuh

chik star said...

dani cept sembuh ye ..
:D

alos ana, bile as bce je bab ngigau ni teros sedih.
humm.

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...