Raina Evaqairina Is One


Telah mendapat jemputan dari Nurul mama Raina. Dan memang free on that day. Pada Enady, aku dah khabarkan siang-siang, nak ikut atau tak, itu terpulang.. :) Mana boleh dia tengok isteri dia ni jalan-jalan sikit. Dan kebetulan lagi, Ahad tu dia cuti. Wajiblah dia memfollow..

Thanks Nurul kerana menjemput kami sekeluarga. Tapi sayang, Dani takde. Kalau dia ada, mesti dia seronok dapat jumpa kawan-kawan dia..:)


Nurul beri alamat rumahnya. Tengok alamat tu..ahhhh kelaut dah ni. Haghammm tau..Nasib baik ada Mr.Papago. Sangat-sangat berjasa. Plan, mahu konvoi sekali ngan Juerayyan dan Fad. Dan ternyata, kami bertiga adalah tetamu yang paling awal sampai. Kekeke...sangat panctual.

Fad dan imaan.
Sampai-sampai, nurul suh makan.. Haha.. memang tidak menolak rezekilah.. kami bedal dulu. Macam-macam ada. Lontong + bihun singapore + nugget + hot dog + karipap + roti jala + macam-macam lagi la. tak ingat dah. Yang aku tau, aku makan semua..haha..dasar perut macam apa ntah..

Jue aliff dan dayu cha.
 Dayu pun sampai. Dayu, ada pesanan sikit untuk anda. Kat opis, ana tak boleh nak bukak blog Dayu. Kena block. Hampes sungguh. Kat umah pulak tak sempat nak bukak internet. Mengantukss.. Jadinya, tolong listkan nama Ana n Dani ye untuk tempah T-Shirt tu..

Miera & Cyrus Dzulqarnain
My BFF pun ada datang.. Wahhh.. lama tak jumpa kan..maka nya pot pet pot pet lah kami.. Macam-macam yang diborakkan. Sangat sedih sekali, Cyrus adalah demam. Alahaiii, meruntun hati ni bila tengok anak sakit. Cyrus, mama doakan kamu cepat baik ye sayang. Sian ibu tu.. Stress dia bila tengok Cyrus tak sihat macam ni. Ana, (aku tak biasa panggil ko Miera =p), take care beb. kalau aku dekat, boleh la aku jagakan Cyrus sementara ko study nak exam kan..tsk tsk tsk..


Meriah betul Majlis Raina ni. Aku pun teringin nak buat macam ni sebenarnya. Nantilah, biar Dani besar sikit. Dan mesti mase tu dia dah pandai terharu bila mama dia buatkan Bufday party untuk dia..Bila kawan-kawan dia datang, pastu dia terkejut mulut ternganga dan tangan tutup mulut tu. hahaha.. Jauh beno ko berangan ye Ana.


Haaaa... Gambar bapa-bapa sekalian. kali ini aku takkan lupakan.. Dari kiri : papa Raina, ayah Cha, ayah Cyrus, papa Dani, ayah Aliff dan ayah Imaan. wahhhh, terer tak aku hafal ayah sekian sekian ni..:)


Cyrus, tak selesa dok ngan mama ye. Haha. Bak kata ibu dia la, lain badan..Hihi..


Kalau ada Dani, mesti seronok dia dok main-main dalam pool ni kan. Hurmm Dani, nanti mama temukan awak dengan kawan-kawan awak ye, Aliff, Imaan, Cyrus, Cha, Icha, Raina, Qaseh, Payin, Aqeef, Qaisy, Naurah, Kaisya, Auf, Qaisz, Mika, Isya sape lagi yang tertinggal.. Dorang semua teringin betul nak jumpa ngan Dani..:)


Sharena aka ibunya Naurah  baru sampai. Hihihi..


And lastttt.. presenting... Hot blogger mama..:) From left : Jue + Aliff, Me alone :( (eh, ngan papa Dani sebenarnya ), Nurul + Raina, Mar + Qaseh, Ena + Naurah, yang hujung tu maaf, tak kenal la..Nurul, pls introduce her..:). Yang duduk from left : Miera + Cyrus, Fad + Imaan, Dayu + Cha dan Azi + Mia (yg ni baru kenal kat Majlis Raina ni, nice to meet you Azi..)

Sekian cerita di Majlis Raina. Terima kasih Nurul dan family. :)

With love : Mama Dani

10 comments:

nanonano said...

sronoknye tgk xtvt2 blogger yg duduk dkt2 neh,
sile simpati pd blogger jauh mcm sayep..huhu
btw ana, xkesah la, janji dpt join derang ek..
lg byk masa pasni,
insyaAllah sok2 dpt gak dani kenal2 ngn kwn2 dia tu :)

Ann said...

okay.

sekarang rasa nak nangis!. sebab x dpt pergi.










tsk. tsk.

sharEna said...

sempat lg ko yer ana snap gambo org lambat dtg..keh kehhh =p

AnaLyana said...

nano : tulah.. nanti kita buat pot luck lagi eyh.. na dtg sini tau...

ann : bulan bape ye ann balik.. nanti kita buat pot luck nak, tunggu semua balik. ann balik, dani balik..:)

Ena : haha.. tulah.. lambat lagi, dah tak puas nak main ngan naurah muncunggg..=p

m@Ri@ said...

yg hujung tu anita...mama adzryl..
rugi tak dpt join kalau tak leh jumpa semua..nak buat mcmn..hari ahad tu dah kena gerak balik penang..huhu..

mamaelly said...

isya...dani tak nak jumpe ke

Fadilah R. said...

benci tgk gamba kite mcm gemok sgt. tsk tsk.

Dayu said...

kenapa blog ku di block??
huhuhu..dengki la derang ni.
wokey..wokey.. dani telah disenaraikan dalam bakal penerima t-shirt

tak sabar nak tggu dani balik
jom!! makan2 lagi
seronok jumpa korang smua tau

*ana, pinjam gmbr. aku kan tak kuar kamera aritu

AnaLyana said...

maria : oh tq ye maria.. nanti ana terjah blog dia..:)

elly : alahaiii.. leh lupa pulak Isya.. ok dah edit.. nanti kita jumpa isya sekali tau..

fad : idaknye gemuk kamu tu.. comey je..

dayu : hah! ko amik je.. sangat faham!.hihi ok tq ye senaraikan nama aku n dani.. tak sabar T-shirt itu siap..weeeeee...

CikPuanMiera said...

mintak ijin :p

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...