Showing posts with label dani3tahun. Show all posts
Showing posts with label dani3tahun. Show all posts

Pandai komplen


Ni pasal Dani.

1-2 hari ni dah pandai komplen adik dia poo poo..

Kelmarin, tengah syok-syok main ngan adik, dia cakap kat Zara..

"Adik, berak ek.." pastu bagitau aku..

"Maamaaa, adik berak."

Ok.

Semalam, aku ngadap lappy. Makyang tgk tv. Dani main tab kat dalam bilik. Adik main sorang2. Kejap-kejap keluar masuk bilik tgk abang main apa..Sekali, Dani cakap...aku terdengar...

"Eii! Busuk. Adik berak. Pegi sana!"

Sian adik... terus dia pegi kat mama.. Aku terdiam. Lepas tu...

Kahkahkahkahkahakah.. Dani ni macam-macam la....



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Adik jadi tukang gelak









♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Cerita abang Dani



Abam abam..
Kelmarin buat mama naik hantu...tup tup semalam sepasang baju dia mama beli... mama marah sebab mama sayang tau abang, bukan sebab mama benci. gilo ke hape nk benci anak umur 3 tahun?

Teringat pasal semalam...

Dia main tab. Dia bukak apps 123. Elok jela dia ikut one two three four five six. Pastu sampai seven, dia kate,

"eh, tak baik!"

mula2 aku tak heran.. lama2 bila asyik sampai seven je dia kate tak baik la! aku jadi heran.

Aku tgk gambar seven tu xde ape pun..

Sampaila semalam...

Haha, mesti tersenyum bila aku teringat.

Dekat lif. Dani tunjuk button no. 7 tu. Pastu dia kata, "mama, sebok. tak baik kan mama"

Hahahahahahaha, baru lah aku dapat tangkap....

Dia tak clear omputih tu cakap seven dalam apps 123 tu.. Dia ingat omputih tu cakap sebok! Dani ni dah cerdik sket, aku marah zara, mesti dia cakap mama, tak baik. Haha, terkena balik kat mama yer abam. Memang selama ni aku ajar dia, sebut sebok!, tak baik, kalau org cakap bodoh ke ape, tak baik tau abang. Adik lepuk abang, dia cakap tak baiklah adik.

Abam abam..kadang pening kepala ngan abam dani ni... dah pandai menjawab.

Abang, amik botol susu adik..
Kejap la..
Abang, amik kan pampers adik..
Jap, abang nak main.
Amikkan remote.
Jap, abang nak tido.
Amikkan bantal.
Jap. Eh, abang tak larat. Berat.

Adoii..Nangeh mama...


Disebabkan dah cemerlang takyah pakai pampers dah bila nak buang air, aku belikan ni untuk dia try poo poo kat tempat yg sepatutnya. Sehingga ke hari ini, belum berjaya seketui pun poo poo dia masuk dlm mangkuk tandas.

Dia cakap..

Mama, tak de. Tp abam sakit perut.

Lalu kat lubang bilik airlah jawabnya...Takpe, slow slow...

Sekian..


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Artwork Dani

buah pear warna purple n pink?? T_T

Kat taska cikgu2 tampal artwork anak2 kat ruang legar..
Terima kasih cikgu-cikgi..:)



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Penang! Kami datang! :) - Part 1


Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat aku dan adik2 untuk bawak ibu ayah g bercuti sama2. Walaupun banyak jugak halangannya at first. Tapi kata orang, bila niat ikhlas tu nak menggembirakan hati ibu ayah, semuanya dipermudahkan..:)

Dah lama plan. Tapi bulan 10 hari tu baru decide nak pegi bercuti ke Penang. Carik tarikh yang cun n pastu survey hotel. Bab hotel ni mmg aku yang handle. 


Hotel / apartment :

Survey punya survey, aku mmg carik yang budget sket sebab nak tido bermalam je pun..aku carik apartment yang ada 3 bilik. Weekend memang full lah. Terpaksa amik week days. Alhamdulillah, dapat gak carik 3 bedrooms. Aku book kat Sri Sayang Apartment, Batu Feringghi. Rate dia RM248 satu malam. Memang nak carik yang kat area pantai. Adik aku si Ijai tu nak sangat naik Banana Boat.
Condition apartment tu oklah bagi aku. Walaupun aku expect lain, yang adanya lain. Hurmm, pejam mata saje. Contohnya, dalam gambar ada kettle electric, tapi bila sampai hanya cerek air masak kat atas dapur gas je.. Haha.. Sabar je lah. Kalau tau, aku hangkut dah kettle aku. Ada anak kecik ni, paham2 je lah kan.. air panas memang sentiasa kena ada.


Kul 7.30 pagi gerak dari umah Teratak Ayahbonda. Aku malam tu dah sampai Kg. Gajah dah. Sampai kul 1 pagi.

Suka beno la jelir lidah si adik ni. Gatal gusi aku rasa..Memang nampak ada gigi2 dia yang nak tumbuh lagi.


Ni dah sampai kat Butterworth. Decide nak naik feri. Ayah nak merasa naik feri..:) Lama gak tunggu. Adela dalam setengah jam..


 Complete! Family kecik kami..

 Angin kuat sangat masa ni.. tu yang tudung habih kembang2 tu... Rambut Zara berterbangan. Rambut papa dia je keras kejung.. haha sebab pakai wax. Bolehla kan...

 Cuaca kat Penang masa ni, ok la. redup je. Tak terik..

 Hikhikhik.. bagi can la mama ngan papa nak beromantik2 jap yer anak2..:)



 Ibu n ayah..:)

 Complete! Keluarga besar Uzir..:) Icha tak nampak pulak..

Anep, ibu n Zara. Teringat lak si Naurah anak Ena tu bila tgk Zara buat mulut mcm ni.. Sama kan Ena..:)

 Kakyang kata muka Ibu tu macam muka aku.. haha.. same ke?


Hahaha, berterabur semua rambut..

Sampai Penang dalam kul 11.15 pagi. Tunggu feri + naik feri.. gedebak gedebuk sampai Pulau, kul 12.30 tengahari. Jem sket kat town. Yelah lunch hour kan. Ingat nak g makan kat Restoran Kapitan tu, sekali parking memang nan hado lah... Terus menghala ke Batu Feringghi, carik apartment.

Lepak2 jap... Dalam kul 5petang tu, terus siap2 g pantai. Pantai depan apartment tu je.. jalan kaki.. 

Tu next yer.. sebab gambar tak tuntut lagi kat adik aku Anep..

ok.. bersambung part 2..

#aku refer Reena's Online untuk cara2 nak naik feri ke Pulau Pinang.. Haha.. sangat membantu.. thanks..:)



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Kidzoona AEON Taman Equine

Hari Ahad, papa dorang ni cuti. Lepas breakfast kat mamak..( kedai mamak ni kalau tak pegi dalam seminggu xsah betulla!), decide dalam kereta je nak pegi mana... Tiba2 ting! Teringat janji dgn diri sendiri nak bawak dorang ni pegi kat tempat main macam yang kat Critterland dulu. Masa tu aku pegi Zara dalam perut lagi..:)

Ala , carik entry yang Critterland tu aku xa blog kan rupanya.. bubuh dalam FB je.. Dengar citer Critterland tu dah tutup, dorang buat Daycare.

Jom layan gambar2 ni..:)

Zara macam biasa.. follow jek abang dia..
 
Peace yo!

 Besar dah anak mama ni...:)

 Aku pon join.. kecik2 x merasa pon cam gini..:)



 Suka gambar ni... hepi tgk anak2 hepi..:)






 Zara layan Thomas..:)
Menangis nak turun tu..






 Pencinta buku.




Sekian...Nanti mama bawak lagi..:)

Oh ya, Fee nya, Sorang budak RM15. Mak bapak free. Buat event bufday pon boleh dalam tu. Kebetulan masa aku dtg tu ada bufday party..Tapi lupa nk tanya berapa rate dia..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Bila balik dari school #DaniZara








Sejuk perut Mama mengandungkan korang berdua..:)
Memang aku train budak berdua ni bila berjalan, 
suh abang pegang tangan adik..

Semoga anak2 mama jadi anak yang baik2 dan solehah..
:)


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

#DaniZara

External hard disk aku dah nak penuh.. Gambar menambun nih dalam hp n tab. Hp dah memberat.. Dah transfer masuk pc opis. Tapi tetap rasa x secure. Makanya aku simpan kat bloglah yer.. sayang nak delete gambar2 dorang ni.. gambar blur pun aku masukkan sekali..:)

Gelagat anak2 makan snek selepas makan nasi lemak sebungkus sorang. Hari Sabtu kot ni. Bila hari Ahad repeat lagilah beli nasi lemak. Kali ni beli lebih satu sebab yg semalam xdapat maknya makan sebab dorang dah makan.. Hehe.. Bertuaaahh nak makan dah.. selera bertukar ye korang ni..

Kadang-kadang nak cepat dorang besar sebab xtahan dengan kerenah dorang. Bila time baik, janganlah cepat sangat masa berlalu.. sebab rindu nanti dorang masa kecik2.. Haha, dasar mak-mak sangat kan.. Ape lagi tambah ler anak... hikhik..











♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...