Reunion

Sepanjang-panjang aku kerja... first time dapat unit yang 6 orang je ni yang sekepala semuanya... Bos no1, bos 2, bos no3. Tapi tak pernah la tak pernah gaduh kan... gaduh-gaduh tu adatla manusia biasa... Tapi kami, try solve benda yang tak puas hati cepat... takmo panjang2. Tak reti haku x bercakap sepanjang hari kat opis. Walaupun orang lain yang miscomunicate, tetap kami yg lain ni terasa sama... Benda boleh bawak bincang kan, human error. Tak kemana... bukan boleh bawak mati pon.

eh, apa aku melalut ni... haha

Tapi tu lah kami berenam. Dah macam adik beradik. Unit PPPE menyatukan kami. 2 tahun bersama-sama. Sekarang semua dah terpisah. Unit PPPE pun dah takde. Oh ya, PPPE tu, Pusat Pembangunan Profesional dan Eksekutif. Yang tinggal satu unit ialah aku dan bos no3 dulu, Kak Siti. Bos no1 dah g HQ, Bos no2 dah naik Ketua bahagian Korporat, Faz dah g Unit Kewangan, Kakwan dah g Unit UPH. 

Walaupun semua dah tak seunit. Grup wasap tetap tak boleh left. kahkahkahkah...Dah jadi Grup orang lawo... hahaha.. 

So, kitorang decide nak g makan-makan. Lama tak hang out sama-sama...

PICC lah tempat yang dituju...

Lets go!








Thanks pada semua, Puan As, Puan Noni, Kak siti, kakwan. faz... korang semua memang best. Walaupun masing-masing dah bawa haluan, jangan lupa kita pernah sama-sama harung buat training 2 tahun. Dengan Unit PPPE ni lah, merasa la aku keluar buat keje. Pegi Port Dickson, Morib, Melaka, Sarawak. Sarawak la yang paling best.. 5 hari berkampung kat sana... 

Tq uolls... 

With love -  Ana.

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥

Wordless Wednesday





♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥

Wordless Wednesday




♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥

Selamat Hari Konvokesyen Abang Dani!

Tamat sudah Dani sekolah di Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9, Putrajaya. 2 tahun bersekolah kat situ, banyak yang Dani belajar. Sangat banyak improvement Dani. Dari tak kenal huruf Jawi, sekarang dah boleh membaca jawi. Dari tak pandai tambah tolak, sekarang dah pandai. Dari tak pandai membaca, dah lancar membaca. Dari tak tau bahasa Inggeris, dah kenal papaya, pineapple, car, book, is, i, am, word yang simple2 n banyak lagi yang Dani akan kena belajar. 


Kiri Cikgu Zuraini, kanan Puan Siti Abidah, Pengetua Sekolah. Dani kat belakang, dua dari kanan.

Banyak jasa cikgu-cikgu dan ustazah kat Tadika Al-Hidayah. Terima kasih sangat2 Cikgu Sapiah, Cikgu Zuraini, Cikgu Abidah, dan lain-lain. Tak bape ingat sangat sebab yang hantar amik Dani hari2, papa dia. So Enady je yang selalu jumpa cikgu2 ni.

So, 8 November 2016 ari tu, majlis Konvokesyen Tadika MAIWP kat Masjid Persekutuan, Jalan Duta.

Agak jauh jugak kan... Eh jauh tu tidak la sangat, jem pagi2 tu yang agak emm emmm sket.. haha... Aku dh pesan kat Enady, 2 tahun Hari Sukan Sekolah Dani, dia xdpt datang. Ni Hari Konvo Dani ni pls lah datang.. sian anak nun... 

Oklah, kami berdua amik time off. Pagi2 dah redah jem ke KL. Ikut waze kate jalan jem kat mane ke, so dia potong jalan ikut Cheras kat MRR2 sana... Gerak kul 8 lebih. Kul 9.30 baru sampai... 

Carik-carik Dani... nampak cikgu Zuraini kelam kabut kee hulu ke hilir bawak 12 orang pelajar ni termasuk Dani. Aku follow je lah. Dani terkejut mama datang.. Dia berlari seamba depan aku tak nampak. Sekai jerit baru dia, Eh mama!!.. Masa ni terharu sangat sebab dia peluk kejap pastu sambung balik ikut Cikgu. Mesti dia ingat aku tak datang kot. Sebab xde janji apa2 pun pagi tu masa hantar dia g sekolah. Cuma bagitau dia jela, abang ada konvo ari ni kat KL, kena naik bas ngan kawan2, so jaga diri, jangan nakal. Dani okkan je... :)

Aku follow Cikgu. Tanya kenapa kelam kabut ni... Cikgu cakap, dah nak kena amik hadiah kat depan... Aku baru perasan kat baju Dani ada tag nama dan Tokoh Pelajar.
Tokoh Pelajar???

Bergenang air mata mak...hahaha, perasaan normal kot kan... Tak sangka. Kita je tau anak kita macam mana. Aku cuma berharap Dani pandai baca mengira, mengeja dan belajar berkawan bila pegi Tadika... Tak de harap yang lain. Tapi Allah sebaik-baik perancang. Dia bagi lebih supaya aku lebih bersyukur. Ya Allah, Anugerah Tokoh Pelajar abang Dani dapat.,. 

Aku peluk Dani kuat2 masa tu. Terima kasih Allah, Terima kasih Cikgu-cikgu.

Permulaan yang baik untuk abang Dani. Tapi abang kena ingat, Jauh lagi perjalanan abang, dan banyak lagi yang abang kena tempuhi. Abang kena kuat dan tabah okey!

Enady g toilet masa tu. Balik dari toilet, aku bagitau Enady. Hahaha, gelak kami dua orang. Speechless... Enady dok sebut2 sampai la sekarang... Betapa seronok hati kami. Mulalah terkenang zaman dulu2, macam ni rupanya perasaan Ibu dan ayah bila dapat apa2 result pencapaian. Ingat lagi, aku dapat masauk UiTM pun ibu masak pulut pastu sedekah kat jiran2... :) Maafkan Along ye Ibu, tak dapat bagi result yang hebat2 untuk Ibu dan Ayah.



Muhammad Dani Emir nama diberi.


Kawan-kawan sekolah yang turut dapat Anugerah lain. Selain Anugerah Tokoh Pelajar, ada Anugerah Cemerlang Kurikulum dan Anugerah Pintar Al-Quran.


Suasana kat dewan masa tu... Merahhhh je nampak satu dewan.








Dani dan Azmina. Tokoh pelajar Lelaki dan Perempuan.



Tiada apa yang mama papa harapkan. Semoga Dani dan adik2 yang lain terus cemerlang hingga ke akhirnya. Jadi anak yang baik, yang soleh, yang boleh jaga keluarga... :)

Lepas ni Izzara pulak yang akan meneruskan legasi abang Dani kat sekolah yang sama. Abang Dani dah darjah 1 tahun depan... 

Mama papa dan adik2 sayang abang tau.






Collagen Powder Shaklee - Memperbaiki Sel Kulit


"Saya dah guna habis dua kotak Collagen Powder Shallee dah sebelum ni.. Memang puas hati. Dulu kulit kaki memang pecah2, kering, sampai luka la sebab saya jenis sentiasa di dapur, duk basah kering basah kering, kadang-kadang sampai pedih sebab kaki merekah dan kulit mengelupas, selalu ketip kulit2 yang terkeluar tuh dengan ketip kuku. Pedih la kadang-kadang.

Now masalah tu dah setel. Kulit muka pulak lebih halus, tapi pori-pori masih ketara sebab saya jenis makan pedas tak hengat dunia, susahla nak dapat kulit mulus semulus-mulusnya. Kena amik lagi la Collagen n kurangkan makan pedas, baru cepat ketara hasilnya". - Akhtar Nasuhah

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥

Dip n dip!

Tercapai juga hajat dua2 pompuan nih.

Nak makan kat Dip n Dip!

So, sempena birthday ai, ai ajakla dia makan kat sini. Kat IOI City Mall saje. Dekat.













Muffin ni paling sedap. Nyums! manis dia tak manis sangat. Yang lain tu, huhuuhu, boleh potong kaki wey!

Nak datang, sila datang beramai2 lagi bagus. Sebab benda manis kan, cepat muak ler.

Harga? Agak pricey jugak. Bagi aku lah, dengan harga tu better g makan yang heavy sket.

Xleh makan selalu. Hihi



Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...