Ibu Mengandung Boleh Puasa Tak?

Puasa pun dah nak dekatkan...

Lebih kurang 2 minggu lagi haa.. Sekejap nye rasa... Baju raya pun tak puas pakai lagi tahun lepas.. :)

Ibu-ibu mengandung mesti tertanya-tanya kan... Boleh ke aku puasa ni? Baby nanti camne? Tak lapar ke dia dok dalam perut ni? Yelah, ibu dia tak makan, baby pun tak makan la.. Baby pun puasa jugak... hehe..

Aku ada research la sikit untuk persediaan ibu-ibu yang mengandung kat luar sana...

Moh baca dulu ni...



Apa yang dapat aku rumuskan kat sini..

Kalau Ibu mengandung tu tak boleh nak puasa sebabkan risau keselamatan diri dia sebab tak makan tu kan akan jadi bahaya untuk diri dia, dia kena ganti puasa je.

Dan kalau ibu mengandung tu tak boleh nak puasa sebab risaukan baby dia yang dalam perut tu maka dia wajib ganti puasa dan bayar fidyah sekali. 

So, Kalau takde apa-apa yang memudaratkan boleh je puasa asalkan larat la nak menghadap satu hari puasa... jangan buat keje berat2, ambil masa untuk rehat... 


Kat bawah ni tips untuk ibu-ibu mengandung di bulan puasa.. :

1.   Minum air kosong yang banyak pada waktu sahur dan berbuka untuk elakkan dehidrasi.

2.  Makan makanan yang memberi tenaga beransur-ansur contohnya kurma dan kacang. Jangan makan sekaligus banyak plak tau.. 

3.  Elakkan makanan yang bergula yang boleh menyebabkan paras gula naik secara mendadak kerana ianya akan membuatkan kita rasa mengantuk. Selain ianya memberikan tenaga yang banyak tetapi sekejap je...

- patutla masa berbuka tu kalau makan nasik je, sure mengantuk lepas tu... krohhhh krohhhh...=p

4.  Makan makanan yang banyak protein contohnya ayam dan telur. Untuk menggalakkan tumbesaran bayi dalam perut. Kot jemula hari-hari makan ayam telur ayam telur kan... Minum je ESP dari Shaklee tu...hehehe...:)




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

No comments:

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...