Follow up ENT

dr depan, nmpak besar pulak botol susu Dani yg baru ni.

Kali ketiga pegi bawak Dani untuk follow up ENT Dani. Huhu. Bila la nak baik ni. Kebetulan, asal nak bawak Dani appointment je, mesti telinganya bernanah dan berair balik. Hurmm...

Sudah sedia maklum, yang aku cuti Jumaat lepas kan. Untuk bawak Dani jumpa pakar ENT kat Hospital Teluk Intan. Aku pulang berseorangan dan naik bas saja. Jimat kos. Tengah bulan kan. Faham-faham sudah la..:) 

Appointment hari Jumaat. Telinganya start bernanah balik hari khamis. Ngam-ngam ubat antibiotik habis. Aku bertanya ngan doctor pakar tu, apa sebenarnya yang ada kat telinga anak saya ni? Aku percaya kat Ibu yang Ibu dah sehabis baik jaga Dani. Air tak masuk telinga. Tak selsema, demam atau batuk.

Doc : Gegendang telinga anak puan ni sebenarnya ada satu lubang kecil. Kemungkinan ianya terhasil daripada kesan infection yang terlalu kuat masa mula-mula dia terkena infection ni. Anak puan pun baru lepas warded kan. Buat masa ni, jangan terlalu kerap basahkan rambut. Kalau nak basuh rambut, taruk kapas yang dicelup sedikit ngan baby oil, then baru basahkan kepala. sebab minyak tu takkan benarkan air tu masuk ke dlm telinga anak puan. Mandi kolam ke pantai ke, buat masa ni please dont bring him to that place. ( alahai, baru nak bawak dia mandi pantai Teluk Batik nun.) Dan pls jangan sampai anak puan kena selsema, ini akan sebabkan infection tu datang kembali dan akan burukkan lagi keadaan.

Aku : Doctor, boleh baik tak lubang kat gegendang tu?

Doc : Jangan risau puan. Boleh baik. Tapi makan masa sikit la. 1 hingga 3 bulan maybe. (terkedu aku! 3 bulan la atau selagi tak baik, no kolam-kolam, no pantai-pantai. Pantai takat jalan-jalan tu boleh kot kan..) Jadi tolong lah pastikan anak puan dipantau jangan sampai air termasuk dalam telinga, atau susu meleleh masuk dalam telinga. Disebabkan, telinganya bernanah balik, saya nak jumpa dia seminggu lagi lah. Saya kasik ubat antibiotik, bla bla bla..(aku tak ingat dah ubat apa lagi..)

*******

Minggu depan 22hb Dani ada appointment lagi. Ibu cakap, takpela, biar Ibu je yang pegi. Sebab, aku macam dah segan nak minta cuti lagi ngan bos. Lagipun minggu lagi satu tu, aku balik lagi nak amik Dani. :)

dari sisi x nampak besar pulak. 


Oh ye, korang ingat tak ENTRY INI. Yang aku pun terkejut bila baca surat transfer from Dr. Ram tu. Ni lah isi kandungan surat tu. Perhatikan yang no.2 tu. H1N1 !!!



Tak nampak lagi? Meh aku besarkan sikit..



Syukur alhamdulillah, semua-semua tu dah baik. Doctor la yang cakap. Sebab yang aku faham no.1 ngan no.2 je. No.1 tu aku rasa ada kaitan dengan tekak atau paru-paru. no.2 virus H1N1 tu la.. Takutnya la.. Syukur H1N1 tu hanya suspect. 

Syukur alhamdulillah...Wahai anakku, moga kamu dapat kesihatan yang baik-baik saja ye sayang..

3 comments:

ummi said...

xpela..cepat sihat ye dani..cyrus pon kena amik precaution gini la nmpknya...

pRincESs_N said...

Aku doakan dani cpt sembuh...

Zana Adieyza said...

hope dani cepat sembuh yer..

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...