Monday, April 18, 2011

Hantu durian!

Durian Gred D24 = RM35

Dulu masa aku sekolah menengah, bila tiba musim durian, Raja Buah ni memang banyak gile. Bersepah-sepah je depan rumah. Siap sepak-sepak lagi yang busuk tu. Pastu, bila buah yang nak buat tempoyak, yang isinya cantik2 je dipilih. Yang buruk atau busuk sikit, buang! Pastu takde nilai sangat. Buah-buah pun jual kat peraih je. Jarang dah jual tepi jalan. Kalau jual tepi jalan pun, tak laku sangat.

Tapi sangat berbeza dengan sekarang. Durian dah merajuk tak nak berbuah lagi. Pastu kalau berbuah pun tak banyak. Dulu siap buat tempoyak isi dalam balang besar dan tingginya besar tempayan tu tau. Besar dan banyakkan. Kami takde pokok durian. Tapi tuan tanah kat belakang umah ibu ayah aku ni suh jagakan dan jualkan kalau berbuah. Ada satu pokok tu, aku sangat suka dengan rasanya. Duri pun lawa je.. Bentuknya bulat dan durinya sama rata je. Tapi sekarang dah takde sebab pokok tu dah kene panah petir.. Sob sob sob..

Aku agak kan, durian merajuk tak nak berbuah sebab masa musim durian yang banyak gile tu, kitorang tak memanfaatkan hasil pengeluarannya dengan baik. Buah pun main sepak2 je. Mana yang kecik2 dan susah nak kopek tu, sedap je main buang dalam tong sampah. Huhu.. aku teka je..

Dulu seronok kalau ibu atau ayah yang call bagitau durian dah lughuhhhh atau bahasa standardnya adalah luruh atau gugur. Lughuh tu bahasa orang Perak. :) Seronok nak balik kampung. Rasa cepatlah sampai kampung. Tapi sekarang bila nampak orang jual durian kat sekitar KL atau Putrajaya ni, mesti call ibu, "durian kita tak lughuh ke bu?" Takde. Jawab ibu..:(

Aku teringin sangat2 ni wi nak makan durian. Makanya, mencariklah aku satu Bangi, Putrajaya, nak makan durian. tapi mencarik dalam kul 10 pagi, harusla tak jumpa kan.. Orang yang jual durian tdo lagi kot. Haha. Last-last sampai kle Ampang kami carik durian. Eh, bukan sebab carik durian je, menghadiri majlis kenduri orang nak pegi umrah sebenarnya. Kat Setiawangsa nun. :)

Enady, layankan saja bila bininya ni nak durian nak durian. haha.. Sekali..harga sebijik durian tu adalah RM35! Tu diaaaaaaaaaa... Terkejut aku ok! aku takdelah nak sampai mahal2 camtu. Aku nak durian kampung yang selonggok RM10 atau RM20 tu je..Alahaii rugi rugi.. makan kat Johnny pun lepas pa..huhu.


Isi dia memang terbaikk la. tapi aku tak berapa gemor sebab tebai sangat. Tak puas makan sebab lambat habis dan lambat nak berebut-rebut makan. Hahaha.. Aku makan berdua ngan Enady pun boleh berebut tau. Tapi macam biasala, dia la yang selalu mengalah..Hihi. Tq pa..



Last-last jumpa jugak durian kampung ni. 6 bijik RM22. Ok kan. Isinya pun memang sedap tak terkata la.. 4 bijik tu aku boleh habiskan sorang. Akibatnya, malam tu kebetulan ada training badminton. Memang tenaga luar biasa la..:) Main 4 set tanpa henti. Fuhhh.. Siap dorang dah penat, aku tak penat penat lagi..

Sekian cerita dari hantu durian. :)

noted : Dani tak suka durian. sebab masa pregnent kan dia, aku tak suka durian..Haha

3 comments:

Seri said...

seri pun baru je mkn sabtu lepas.. terbaek.. beli kat serdang.. dekat dgn petronas tu.. ya ampun, 2bj rm24.. kata D24 ko, mesti la mahai.. hehe..

ummi said...

ana!!mn cari?nk cari...mas pon antu durian...kempunan dah ni..kg durian xbuah lagi...kat sini byk durian siam la..malas nk beli...

Zana Adieyza said...

zana suka durian jugak!!!!!!!!!