Iman dan Gibo



A post shared by AnaLyana (@nurliyanauzir) on



♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥

10 MAKANAN MEMBANTU PESAKIT GOUT

10 MAKANAN MEMBANTU PESAKIT GOUT

Gout adalah sejenis arthritis. Ia boleh menyebabkan serangan sakit secara tiba-tiba terbakar, kekejangan, dan bengkak pada sendi, biasanya ibu jari kaki. Serangan ini boleh berlaku berulang-ulang kecuali gout dirawat. Dari masa ke masa, mereka boleh membahayakan sendi, tendon dan tisu-tisu anda yang lain. Gout adalah yang paling biasa di kalangan lelaki.

Selain dari ubat-ubatan, untuk mengurangkan asid urik di dalam badan anda untuk kesihatan, 10 makanan  yang dikenali dapat membantu dengan sakit gout dan merendahkan tahap asid urik.

1. PERASA & REMPAH

Cuka epal cider (Apple Cider Vinegar) berupaya menghancurkan/melarutkan/membubarkan kristal asid urik dengan menukar ph darah kepada keadaan yang lebih alkali.
Tambah 1/3 cawan halia yang telah dikisar dalam tab mandi untuk menggalakkan badan berpeluh dan membuang asid urik dari sistem badan. Ingat untuk bilas selepas mandi anda untuk mengeluarkan sebarang sisa dari halia untuk melindungi kulit anda.

2. SAYUR-SAYURAN.

Alfalfa tinggi dengan mineral dan nutrien lain yang boleh mengurangkan serum asid urik dalam darah.

Daun pasli adalah diuretik yang hebat, ia membantu dalam meningkatkan jumlah air kencing yang seterusnya menggalakkan penyingkiran asid urik.


3. BIJIRIN KECIL

Dr Theodore A. Baroody mencadangkan dalam bukunya, “Alkalinize or Die” bahawa penghidap gout boleh makan bijirin kecil yang beralkali untuk membantu dalam penyingkiran asid urik. Bijirin itu adalah couscous, amaranth and millet

Cuba dapatkan di kedai-kedai makanan kesihatan, ia boleh disediakan dalam kaedah yang sama seperti beras dan adalah alternatif yang lazat untuk beras dan pasta. Boleh juga menggunakan resipi-resipi yang lain.

4. HERBA

Black cohosh mengawal keasidan darah dan membantu melarutkan asid urik membuat ia lebih mudah untuk dihapuskan.

Bilberry tinggi kandungan flavanoids, sejenis pigmen larut air yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri anti-oksida.

Teh Buchu (Buchu adalah sejenis tumbuhan dari Western dan Southern Cape Afrika Selatan) membantu melarutkan dan mengepam keluar kristal asid urik dari sendi dan buah pinggang serta aliran darah anda.

Devil’s claw adalah ejen pembersihan semula jadi untuk kekotoran toksik dalam darah. Ambil 400 mg ekstrak keringnya 3 kali sehari seperti yang diperlukan untuk kesihatan.

Biji saderi (Celery seeds) melegakan gout dengan mengeluarkan asid urik dari badan. Biji saderi mengandungi kira-kira 20 agen anti-radang yang berbeza. Dos yang disyorkan adalah 500 mg, 2 kali sehari. Amaran: Wanita hamil dan orang yang mempunyai penyakit buah pinggang perlu berhati-hati kerana biji saderi adalah diuretik yang kuat dan boleh memburukkan lagi penyakit buah pinggang.

5. PRODUK TENUSU

Menurut 1 kajian analisis kesan susu dari lembu, kerbau atau bison, pada tahap asid urik 6 peserta yang sihat. Selepas minum susu, kandungan asid urik air kencing peserta meningkat sehingga 38% berbanding dengan jumlah mereka keluarkan selepas minum air. Untuk manfaat kesihatan yang berpotensi sama, susu rendah lemak boleh juga digunakan selalu. Produk susu rendah lemak, seperti yogurt, boleh memberi manfaat kesihatan yang sama.

Produk tenusu, seperti susu, yogurt dan keju kotej (cottage cheese), membekalkan kalsium dan vitamin D untuk tulang yang kuat dan protein. Menurut laporan yang disiarkan dalam “Pemakanan dan Penyakit reumatik” pada tahun 2008, produk tenusu mempunyai “kesan klinikal yang bermakna” dalam mengurangkan asid urik. Oleh kerana susu dan keju biasa tinggi lemak tepu, selalulah pilih versi rendah lemak.

Produk tenusu, termasuk susu, keju dan yogurt, boleh membantu mengurangkan paras asid urik dalam badan anda, membawa kepada penurunan risiko untuk gout. Sebagai cecair, susu/susu rendah lemak boleh membantu badan anda mengepam asid urik yang berlebihan keluar melalui air kencing. Sasarkan 16-24 oz minum susu setiap hari.

Makan bijirin sarapan pagi anda dengan susu rendah lemak dan minum susu rendah lemak dan bukannya minuman ringan (minuman ringan adalah salah satu penyumbang peningkatan asid urik) atau minuman beralkohol untuk manafaat yang tinggi.

6. KEKACANG ATAU PROTIN TUMBUHAN

Daging dan makanan laut mengandungi kandungan purine yang tinggi dan boleh meningkatkan tahap asid urik anda. Menggantikan protein haiwan dengan sumber berasaskan tumbuhan, di sisi lain, boleh menurunkan tahap asid urik anda.

Kekacang yang kaya dengan protein termasuklah kacang soya, lentil, kacang hitam, kacang dal, kacang kuda dan kacang navy, makanan berasaskan soya, seperti tauhu, susu soya dan tempe, kacang soya, edamame, tauhu bakar atau kukus, smoothie soya, kuah dal, sup lentil dan salad chilled bean, “vegetarian chili“, hummus dan lain-lain adalah sumber tumbuh-tumbuhan yang bernilai untuk menyediakan sejumlah besar keperluan protein.

Beli atau sediakan sup dan makanan lain yang rendah garam untuk mencegah pengambilan natrium yang berlebihan yang dikaitkan dengan pembentukan batu karang.

Sebagai makanan yang kaya dengan serat, kekacang juga membantu anda menurunkan berat badan anda, mengurangkan risiko anda untuk gout dan batu karang.

Hadkan pengambilan daging anda tidak lebih daripada 6 oz. sehari jika anda terdedah kepada batu karang & asid urik yang tinggi. Kekacang adalah semula jadi rendah lemak, bebas kolesterol, dengan meningkatkan pengambilannya anda boleh mengurangkan tahap kolesterol anda dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular anda secara keseluruhan.

7. AIR

Cecair/bendalir menggalakkan penghidratan dan membantu badan anda mengeluarkan asid urik melalui air kencing. Jika anda terdedah kepada batu karang asid urik, minum sekurang-kurangnya 10 gelas cecair setiap hari, sekurang-kurangnya separuh daripadanya dalam bentuk air kosong.
Air kencing berwarna kuning cair atau jernih merupakan tanda positif penghidratan. Cecair lain yang boleh membantu mengurangkan tahap asid urik termasuklah susu atau susu non dairy, sup rendah garam, teh herba, susu soya, susu beras, gelatin dan buah-buahan & sayur-sayuran yang kaya dengan air seperti tembikai, buah-buahan sitrus, tomato, timun, saderi dan buah-buah jenis beri.
Elakkan jus kranberi dan jus limau gedang (grapefruit), yang boleh menyumbang kepada batu asid urik.

8. BIJIRIN PENUH

Bijirin penuh mengandungi semua bahagian berkhasiat dari bijirin, lebih banyak serat, protein dan mikronutrien, termasuk magnesium, berbanding bijirin bertapis. Pengambilan makanan yang kaya dengan magnesium dan rendah kalsium seperti barli, oat, beras perang dan bran, dalam diet anda untuk mengurangkan risiko batu karang.

Gantikan karbohidrat rendah serat, seperti roti putih, pasta dan pretzels dari tepung berproses, dengan bijirin penuh, yang lebih mengenyangkan, bagus untuk mengawal jumlah pengambilan makanan (portion intake) dan penurunan berat badan. Apabila membeli roti, pasta dan bijirin, teliti pembungkusan produk untuk memastikan bahawa bijirin penuh disenaraikan sebagai bahan utama.
Menurut laporan “Pemakanan dan Penyakit reumatik”, terdapat kaitan antara obesiti dan gout; pengurusan berat badan yang sihat boleh membantu tahap asid urik yang lebih rendah.

Bijirin penuh boleh dihadhamkan dengan lebih baik berbanding bijirin bertapis/berproses dan mempunyai kesan yang rendah pada tahap gula dalam darah anda dan melambatkan isyarat lapar, ini membantu anda menguruskan berat badan.

Untuk hasil terbaik, gantikan roti putih, pasta, cereal dan makanan ringan dengan makanan bijirin penuh yang belum diproses keseluruhan seperti oat, beras perang, beras huma, barli dan air-popped popcorn. Kerana makanan yang kaya dengan serat juga mengenyangkan dan membantu dalam kawalan berat badan anda.

9. BIJIRIN BEBAS YIS

Produk bijirin yang dicampur yis mengandungi tahap purine yang tinggi. Ia boleh membawa kepada peningkatan paras asid urik. Bijirin penuh bebas yis seperti beras perang, beras huma, quinoa, barli dan air-popped popcorn adalah alternatif yang berkhasiat. Sebagai makanan yang kaya dengan serat, bijirin juga boleh menggalakkan selera dan kawalan berat badan juga mengurangkan risiko anda untuk mendapat batu karang dan gout.

10. BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN

Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan antioksidan yang membantu badan anda mempertahankan dirinya daripada jangkitan dan penyakit, serat dan air. Diet yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran, malah kacang yang kaya dengan purin, kobis bunga dan bayam tidak dikaitkan dengan peningkatan risiko gout meningkat, menurut Johns Hopkins, Medicine.

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksidan, seperti buah beri, ceri, tomato, bell pepper, tomato dan squash boleh membantu mengurangkan gejala batu karang.

Oleh kerana buah-buahan dan sayur-sayuran rendah dalam kandungan tenaga, bermakna mereka menyediakan kurang kalori bagi setiap hidangan berbanding lemak dan kanji, ia juga boleh membantu memudahkan proses pengurusan berat badan. Mengekalkan berat badan yang sihat adalah penting untuk mencegah risiko gout dan batu karang.

Elakkan sayur-sayuran dalam tin yang mengandungi sodium tinggi yang boleh menyumbang kepada batu karang.

BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU MELEGAKAN GOUT?

Dalam kajian yang dimuatkan dalam Clinical Rheumatology, 2014 Nov, 26, saintis mengkali keberkesanan resveratrol (salah 1 komponen Vivix) dalam merawat gout. Tikus yang disuntik dengan bahan untuk meningkatkan asid urik dalam darahnya. Ternyata resveratrol boleh mencegah keradangan dan bengkak sendi dan turut mengurangkan penghasilan asid urik daripada bahan yang disuntik tadi.








Gula Putih Penyebab Utama Kanser ?


Time sihat, happy je. Siap upload gambar bangga dengan saiz badan berkali ganda, lepas tu letak status ‘’Ya, aku gemuk. Ada aku kisah apa kau nak kata?’.. aduii.. Jangan cam tu kak, bahaya! Kena la kisah sebab badan kita ni bukan kita punya, Allah bagi pinjam je. Benda yang dipinjam, kena la pulang balik dengan sempurna. Betul?



Kanser sekarang ni tak mengenal usia. Gaya hidup yang tidak sihat serta diet merupakan penyumbang utama. Kajian menunjukkan 1/3 dari semua jenis kanser sangat berkait rapat dengan pemakanan kita!

Kenapa Kanser berlaku?


Kanser ni satu perkara yang sangat kompleks. Ia bermula dari DNA sel yang rosak dan menyebabkan ia membesar tanpa kawalan dan mengganggu sel-sel lain.

Senang kata macam ni, analogi DNA kita ni macam computer juga, dia ada kod tertentu untuk kawal on, off, program etc. Tapi bila computer dah kena virus, semua system hang. Keluar la ntah macam-macam nombor-nombor yang kita pun tak boleh nak baca.

DNA ni pun computer dalam badan kita, bila rosak sistem, dia mula la hasilkan ntah apa-apa protein pelik yang menyebabkan sel tu boleh membesar, merebak dan menggangu sistem yang lain. Mula di ovari, tapi lepas tu merebak ke tempat lain seperti hati, paru-paru, otak, tulang dan mana-mana yang dia suka.

Persoalannya?

Apa yang menyebabkan DNA kita boleh rosak?


Kata kunci di sini ialah ‘INFLAMMASI’ atau ‘KERADANGAN’.

Apa benda tu?

Contohnya ada kena gigit dengan semut api . Perasankan tempat tu akan jadi merah, gatal, bengkak dan sakit. Itu la inflammasi atau radang.

Ia adalah satu tindakbalas sistem badan semulajadi kita terhadap pelbagai anasir luaran dan dalaman yang mengganggu badan kita contoh macam – luka, toksin, stress, cedera, . Ia adalah satu protective mechanism atau respons sistem imun yang normal untuk membaikpulih badan kita.

So, apa yang bahayanya?


Bahayanya kalu inflammasi ni berlaku secara berterusan dan keadaan ‘senyap’ atau tidak kita sedari. Chronic inflammation yang paling merbahaya, The Silent Killer!

Contoh ‘perosak senyap’ yang menyebabkan inflammasi kronik dan merosakkan DNA sel adalah :

1. Stress yang kronik – beban kerja, boss, stress dengan suami, anak-anak etc.

2. Makanan yang tidak sihat - mengandungi banyak pengawet, kimia, kalori berlebihan.

3. Gaya hidup yang tak aktif – banyak duduk dari bergerak

4. Merokok

5. Toksik – dari pencemaran air, udara dan pelbagai ubat-ubatan, supplements yang tidak mempunyai ujian klinikal, kosmetik yang mengandungi racun tersembunyi.

6. Obesiti - sel lemak adalah 'inflammatory organ'

7. Jangkitan kuman – terutamanya ‘recurrent infection’.

8. Alkohol


Inflammasi kronik akan merosakkan kestabilan DNA dan menyebabkan sel membiak dan merebak tanpa kawalan.

Sel kanser sekarang ni semakin ‘pandai’ dan resistant terhadap rawatan. Lebih cerdik dan bijak kerana Ia mampu membentuk saluran darah baru (Angiogenesis) untuk supply lebih banyak oksigen dan nutrient ‘makanan’ yang diperlukan untuk dia membesar.

Dan dalam approach atau pendekatan baru untuk mengawal dan membunuh sel kanser ini ialah kita perlu fokus atau attack kepada saluran darah yang mengalir kepada sel kanser tersebut – STOP pembentukan saluran darah baru dan hentikan semua nutrient yang menyumbang kepada 'kegemukkannya'.

Kita bukan hanya target pada sel kanser tapi pada akar umbinya! Hentikan semua supply oksigen dan makanan untuk dia dan koloninya, dan biarkan mereka terbantut pertumbuhannya!

Dan tahukan anda bahawa GULA adalah makanan kegemaran sel-sel kanser?Taking sugar means you are FEEDING your cancer cells!


Kajian menunjukkan dalam sel badan badan manusia mempunyai microtumour yang tidak dapat dikesan secara klinikal. Samada ia akan aktif atau tidak – bergantung pada diri seseorang itu, gaya hidup, diet dan pelbagai faktor yang menyumbang kepada keradangan atau inflammasi yang kita bincangkan sebelum ini.

Gaya hidup kita, pemakanan kita semuanya menyumbang samada mikrotumour itu akan aktif atau dorman. We have a choice and it can be prevented!

Dalam pendekatan Nutrition therapy – kita fokus untuk pada berikan natural ‘anti-canser phytochemical’ melalui diet harian setiap hari. Walau sedikit, tapi setiap hari ia akan memberi impak fdalam jangka masa panjang. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah kumpulan makanan yang mempunyai banyak bahan yang mempunyai sifat anti-kanser ini.



Apa yang patut kita buat untuk cegah kanser?





Vitamin yang dicadangkan untuk kita Makin Sihat dan elak Kanser dari awal




Salah satu daripada kandungan utama dalam Vivix adalah resveratrol yang telah terbukti dalam banyak kajian saintifik boleh membantu mencegah dan merawat kanser.

Antara kajian saintifik yang membuktikan keberkesanan resveratrol melawan kanser:
Kajian dalam Annals of The New York Academy of Sciences pada tahun 2011 melaporkan beberapa kajian awal menunjukkan resveratrol mempunyai kesan anti kanser.

Kajian yang diterbitkan oleh FACEB jurnal pada October 2011 menunjukkan resveratrol berjaya menghalang sel kanser payu dara daripada membesar.

Kajian yang dibuat oleh University of Nebraska pada tahun 2008 mendapati resveratrol berjaya menghalang estrogen daripada bertindak balas dengan DNA dan menyebabkan kanser payu dara.

Kajian yang dibuat oleh University of Florida pada tahun 2011 menunjukkan resveratrol mempunyai sifat anti-carcinogenic yang boleh menghalang sel normal menjadi sel kanser.

Kajian yang dibuat oleh University of Kansas pada tahun 2012 menunjukkan resveratrol boleh membantu menghalang kanser prostate daripada membesar.


BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU MERAWAT KANSER?


Vivix membantu merawat kanser dengan membetulkan DNA sel yang rosak supaya signal sel dapat diproses dengan betul. Ini akan menyebabkan sel-sel kanser yang rosak ini ‘membunuh diri’ melalui proses apoptosis.

Apabila semakin lama menggunakan Vivix, sel-sel kanser akan semakin berkurangan dan akhirnya hilang. Anda boleh teruskan dengan Vivix walaupun anda sudah bebas kanser kerana khasiat Vivix sangatlah banyak.







Perlu diingatkan VIVIX bukan ubat tetapi vitamin. Ini bermakna makan VIVIX bukan bermakna anda tidak perlu buat kimo. Stop kimo atau tidak bergantung kepada pemeriksaan Doktor Pakar. VIVIX adalah vitamin yang bantu kuatkan sel sel sihat supaya boleh lawan sendiri sel sel kanser. Vitamin adalah makanan tambahanan yang support supaya badan kita sendiri boleh melawan penyakit. 


Kenapa tidak makan sahaja makanan berkhasiat? 


Makanan berkhasiat seperti sayur, buah adalah wajib. Vitamin kita tambah supaya lebih lengkap nutrisi dalam badan. Cuma bayangkan badan lemah akibat kimo. Boleh ke pesakit kanser makan buah, sayur secukupnya. Dan kalau makan adakah ianya cukup keperluan? 




Bagaimana mahu membeli vitamin VIVIX ini?


Cara 1 Terus Beli Tanpa Melalui Pengedar. Terus Melalui Shaklee 

Anda boleh terus klik ke VIVIX ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan


Cara 2 Melalui Pengedar Sah. Dapat Konsultasi dan dapat Discount lagi


Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Bangi,  .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Bangi.

AnaLyana
Email: anacomey_84@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp: 018-2244135
COD Area: Putrajaya, Cyberjaya, Bangi




♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥

20 TANDA AWAL KANSER YANG ANDA WAJIB TAHU & KESAN


20 TANDA AWAL KANSER YANG ANDA WAJIB TAHU & KESAN

Satu ketika dulu, jarang mendengar orang sekeliling menghidap penyakit kanser. namun hari ini, penyakit yang digeruni ini semakin dekat dengan diri kita. Rakan-rakan di sekeliling dan juga ahli keluarga sudah ada yang disahkan menghidap kanser.

Kerap juga kita mendengar penyakit kanser payudara, kanser rahim, paru-paru dan sebagainya yang baru disedari oleh mereka rupa-rupanya sudah berada di tahap kritikal dan tidak boleh dirawat lagi. Menakutkan tapi inilah yang banyak berlaku. Memang selalu berlaku penghidap kanser hanya menyedari diri menghidap kanser apabila penyakitnya sudah berada pada tahap akhir. Pengesanan pada tahap kritikal ini amatlah lewat.

Sakit Biasa Mungkin Kanser Sebenarnya pada peringkat awal kanser menyerang tubuh, tanda-tanda penyakit ini sudah ada tetapi kita sering memgendahkannya. Kita mengandaikan tanda-tanda itu suma sakit biasa sahaja. Berikut adalah tanda-tanda amaran kanser yang perlu diambil perhatian.

20 TANDA AWAL KANSER YANG ANDA WAJIB TAHU & KESAN

1. Sakit perut atau senak perut. Salah satu tanda-tanda awal penyakit kanser kolon ialah berulang kali mendapat atau mengalami sakit perut tanpa sebab.

2. Sakit seperti sesuatu menusuk masuk ke pankreas mungkin tanda kanser pankreas

3. Perut kejang dan sakit perut berterusan. Petanda kepada kanser hati, mungkin juga leukemia kerana pada ketika ini, limpa sedang dibesarkan, menekan sebelah kiri perut yang sedikit rendah.

4. "Asid Perut" kronik atau rasa perut penuh selepas makan yang sedikit. Tanda awal yang paling lazim untuk kanser perut adalah kesakitan di bahagian abdomen atas atau pertengahan perut. Anda merasa bagaikan perut anda dipenuhi gas dan selalu rasa pedih hulu hati. Ia mungkin terjadi selepas anda makan dan rasa kenyang biarpun anda baru makan sedikit sahaja. Oleh kerana rasa sakit ini boleh dihilangkan jika anda makan ubat mengandungi antasid, anda mungkin mengabaikan sahaja kesakitan itu.

5. Kehilangan berat badan. Anda seorang yang tidak aktif tetapi jika berat badan anda turun tanpa dapat dijelaskan. Ketahuilah bahawa ini adalah petanda awal kanser kolon.

6. Jaundis atau demam kuning. Barah pankreas, satu lagi salah satu 'pembunuh senyap' sering ditemui apabila seseorang menghidap jaundis. Jaundis adalah kuning kulit atau kuning kornea mata tetapi air kencing menjadi lebih gelap daripada biasa yang bukan disebabkan dehidrasi, najis berwarna merah tanah liat malah penyakit kuning juga boleh menyebabkan kegatalan akibat garam hempedu yang terlepas memasuki aliran darah.

7. Berdehit atau sesak nafas. Sesak nafas, sakit dada atau darah keluar bersama air ludah adalah tanda-tanda kanser testis yang sudah merebak ke paru-paru.

8. Batuk yang kronik atau sakit dada. Beberapa jenis kanser, termasuk tumor, leukemia dan kanser paru-paru boleh menyebabkan gejala yang meniru batuk atau bronkitis yang teruk.

9. Kerap demam atau terkena jangkitan. Ini boleh menjadi tanda-tanda leukemia, kanser sel darah yang bermula dalam sum-sum tulang. Leukemia menyebabkan sum-sum tulang menghasilkan sel darah putih yang tidak normal yang mengerumuni sel darah putih yang sihat, mengurangkan daya tahan atau keupayaan melawan jangkitan kuman.

10. Kesukaran menelan. Ia sering dikaitkan dengan kanser esophageal atau tekak. Kesukaran menelan kadang-kadang salah satu daripada tanda-tanda awal kanser paru-paru juga.

11. Bengkak muka. Sesetengah pesakit kanser paru-paru mengalami keadaan bengkak atau kemerahan di muka. Ini terjadi kerana sel tumor kecil menghalang saluran darah di dada, mencegah darah daripada mengalir dengan bebas daripada kepala dan muka.

12. Nodus limfa yang bengkak di kawasan-kawasan lehar, ketiak atau pangkal paha (ketulan). Pembesaran limfa di leher atau ketiak kadang-kadang ialah tanda tiroid, kanser otak atau kanser tekak. Bengkak yang tidak menyakitkan pada peher, ketiak atau pangkal paha ialah juga tanda awal leukemia.

13. Lebam teruk atau pendarahan yang tidak berhenti. Gejala tidak normal pada platelet dan sel darah merah boleh menjadi tanda-tanda leukemia. Tanda-tandanya ialah gusi berdarah semasa menggosok gigi dan lebam di tempat-tempat seperti jari dan tangan.

14. Sembelit, cirit-birit dan perubahan dalam najis boleh menjadi tanda-tanda kanser. Seperti dengan banyak gejala lain, cara untuk memberitahu jika ini adalah perkara yang membimbangkan ialah jika ia berlaku pada lebih daripada beberapa hari tanpa sebab yang jelas seperti flu atau keracunan makanan. Mereka yang didiagnosis menghidap kanser kolon sering memberitahu bahawa mereka lebih kerap membuang air besar dan masih tidak merasa lawas. Salah satu tanda-tanda awal kanser pankreas adalah najis berminyak, besar tetapi lebih pucat daripada biasa dan berbau sangat busuk kerana badan tidak menyerap makanan seperti sepatutnya.

15. Sukar membuang air kecil. Tanda-tanda awak kanser prostat ialah anda tidak boleh kencing walaupun anda berasa hendak kencing. Bila sudah kencing pula anda susah hendak berhenti.

16. Masalah ereksi. Sukar mendapat atau mengekalkan ereksi adalah juga tanda anda mnghidap kanser prostat.

17. Sakit pada pangkal paha, pinggul atau abdomen. Satu tanda lain kanser prostat ialah lelaki kerap sakit di bahagian pinggang, paha atau bahagian paling rendah di belakang. Kanser prostat yang telah merebak ke nodus limfa merupakan ketidakselesaan dalam pelvis atau bengkak di kaki.

18. Sakit belakang yang tidak diketahui puncanya. Sakit belakang boleh bermakna segala macam perkara. Sakit belakang pinggang dan lebih rendah boleh menjadi tanda kanser prostat, manakala kesakitan di bahagian belakang atas tanda kanser paru-paru. Sakit di bahagian abdomen atas dan belakang dalah salah satu daripada beberapa tanda-tanda awal kanser pankreas.

19. Kanser kulit merujuk kepada kesakitan kulit atau kulit yang tidak sembuh, menjadi berkerak atau berdarah dengan mudah. Kebanyakan kita tahu bahawa tahi lalat mungkin menunjukkan anda ada kanser kulit tapi cari juga tanda-tanda lain seperti ketulan kecil yang berlilin atau sisik kering. Biasakan diri anda dengan pelbagai jenis kanser kulit - melanoma, sel basal karsinoma dan karsinoma sel skuamus dan periksa kulit dengan teliti di seluruh tubuh untuk mengesan pertumbuhan yang kelihatan ganjil atau bintik.

20. Perubahan pada kuku. Perubahan yang tidak dapat dijelaskan pada kuku boleh manjadi tanda beberapa jenis kanser. Coretan coklat atau hitam atau titik di bawah kuku boleh menunjukkan kanser kulit. Jika ada pembesaran hujung jari, dengan bahagian hujung kuku melengkung ke bawah boleh menjadi tanda kanser paru-paru.

sumber: fb PAKAR SAKIT PUAN


VITAMIN UNTUK ELAKKAN SEL KANSER AKTIF

Pemakanan tambahan Shaklee membantu anda untuk membaikpulih sistem badan dan mengembalikan tenaga dan dapat membantu membina sel-sel baru dalam badan. InsyaAllah.

1. VIVIX


Vivix adalah minuman daripada Raja anggur Muscadine Grapes yang mengandungi kandungan Resveratrol yang terbaik.

Allah s.w.t telah menyebutkan buah anggur di dalam Al-Quran sebanyak 11 kali. Anggur merupakan salah satu daripada buah-buahan istimewa dan paling banyak manfaatnya. Ia boleh dimakan dalam keadaan segar mahupun kering. Ia berfungsi sebagai lauk-pauk serta dapat dijadikan sebagai ubat-ubatan bahkan dapat juga dijadikan sebagai minuman.

Dalam surah al-Baqarah: 266, surah al-An'am: 99, surah al-Ra'd: 4, surah al-Isra': 91, surah Yaasin: 34, surah al-Naba': 32, surah Abasa: 28, surah al-Mu'minun: 19, surah al-Nahl: 11 & 67, surah al-Kahfi: 32.

Kajian telah menunjukkan bahawa Resveratrol mempunyai kandungan antioxidant yang paling tinggi. Daripada kajian juga mendapati bahawa kandungan Resveratrol diadapati daripada kulit dan biji Anggur Muscadine .

Antioxidant diperlukan pada kadar yang tinggi untuk mendapat kesihatan yang optima dan dapat membantu mencegah penyakit. Antioxidant dapat membantu dan membaik pulih sel rosak yang berpunca dari radikal bebas.

Resveratrol dapat mencegah dari sel kanser merebak kerana resveratrol dapat menghalang dari pembentukkan sel yang tidak normal dalam tubuh manusia merebak.

Menurut Eleanor G. Rogan seorang Profesor dari Uni. Of Nebraska Medical Center. Resveratrol ada keupayaan untuk mencegah peringkat permulaan kanser semasa estrogen baru hendak memulakan proses pengembangan kanser dengan menghalang pembentukkan estrogen DNA adducts ( sebatian kimia yang menyebabkan kanser yang melekat pada DNA).Dengan ini kami percaya seluruh sel kanser akan berhenti merebak sepenuhnya.


VIVIX 10 X MORE POWERFUL berbanding dengan Resveratrol.
Cara makan : 2 sudu teh sehari – selepas makan.


2. ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)


Susu berasaskan soya, protin sayur-sayuran senang untuk di hadam dan tidak mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh menyumbang kepada penyakit kanser.

Protin dapat memberikan tenaga dan penghasilan semula sel-sel yang lebih sihat.
Kajian menunjukkan bahawa isoflavon iaitu fitokimia yang terdapat dalam kacang soya mengurangkan paras kolesterol serum dan risiko mendapat penyakit jantung.

Isoflavon juga didapati boleh mencegah pertumbuhan sel kanser dan mengurangkan risiko osteoporosis di kalangan wanita. Kajian menunjukkan bahawan genistein dan daidzen menyekat angiogenesis atau pertumbuhan pembuluh darah baru yang menyebabkan pertumbuhan tumor. Ahli sains juga menyedari bahawa genistein menambahkan kemujaraban ubat kanser.

Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat ketika ini, mengkaji kemungkinan menggunakan genistein sebagai ubat mencegah kanser.

Cara makan : 2 sudu – 2 kali sehari, goncang dengan air kosong @ air sejuk. (Jangan guna air panas)


3. VITA-C SUSTAINED RELEASED 500mg


Dr. Blok G melaporkan dalam American Journal of Clinical Nutrition, statistic menunjukkan pengambilan vitamin C secara konsisten dapat mencegah daripada kanser.

Vitamin C salah satu sumber yang ada antioksidan. Antioksidan bertindak melindungi sel rosak yang berpunca daripada molekul yang tidak stabil, dikenali sebagai radikal bebas. Sel yang rosak ini boleh meningkatkan risiko kanser.

Pengambilan Vitamin C dapat merangsang pengeluaran sel darah putih dan sel yang dihasilkan akan mengandungi extra vitamin C dimana dapat mengelakkan berlakunya mutasi pada sel. Pada kebiasaannya tanpa pengambilan vitamin C, sel amat mudah untuk mutasi dan ini akan berlakunya kanser.

Cara makan : 2 biji 2 kali sehari – selepas makan.


4. CAROTOMAX


Mengurangkan kesan radikal bebas. Mengurangkan risiko kanser dan penyakit arteri koronari. Carotomax adalah salah satu sumber yang ada antioksidan. Mengandungi Carotenoids, Beta Carotene, Lycopene dll. Tisu membrane mukus memerlukan banyak carotenoids untuk memulihkan tisu-tisu yang rosak.

Cara makan : 2 biji 2 kali sehari


5. VITA-E COMPLEX


Vitamin E sejenis antioksidan kuat yang boleh larut lemak di mana dapat meningkatkan sistem pertahanan badan.

Antioksidan larut lemak yang dapat melindungi bahagian-bahagian lemak pada badan daripada rosak akibat daripada teroksida.

Selenium dapat membantu vitamin E berfungsi dengan lebih bagus. Kajian menunjukkan bahawa, manusia yang bebas dari kanser mempunyai kandungan selenium yang tinggi di mana risiko kanser amat rendah sekali.

Mengurangkan kesan radikal bebas, membantu pembentukan sel darah merah. Boleh mengurangkan risiko kanser, penyakit arteri koronari jantung, katarak dan menambah imuniti.

Cara makan: 2 biji 2 kali sehari – selepas makan.


6. NUTRIFERON


Produk yang unik, dicipta oleh individu yang menemui interferon. Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo. Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semula jadi, beliau telah menghasilkan satu campuran unik daripada 4 estrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukkan interferon dalam badan secara semulajadi.

Pumpkin Seed
Plantago Seed
Safflower Flower
Japanese Honeysuckle Flower

Para saintis dan komuniti peubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi sistem imun yang sihat. Nutriferon merupakan satu-satunya pemakanan tambahan yang diciptakan oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.

Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam Nutriferon.

Interferon dapat memberhentikan penghasilan dan pengembangan kanser di dalam tubuh manusia.
Inteferon akan diaktifkan dalam badan apabila sel diserang oleh mikrob, virus, sel kanser, dll. Ada 2 fungsi utama Interferon.

Interferon akan memberi signal kepada sel-sel bersebelahan dan akan mengaktifkan mekanisma-mekanisma sistem pertahanan badan yang lain.

Interferon akan mengaktifkan “soldier” pada sistem pertahanan badan untuk memusnahkan bendasing dalam badan.

Interferon dapat melindungi tubuh manusia setiap hari dari serangan berjuta bendasing yang boleh mengakibatkan penyakit yang serius.

Cara makan : 1 sachet 2 kali sehari


7. ALFALFA COMPLEX


Dalam bahasa arab Alfalfa bermaksud “Raja kepada segala tumbuh-tumbuhan”. Telah digunakan dalam rawatan herba purba di India, China dan Sepanyol. Alfalfa ibarat gudang kepada segala zat, ini kerana akar tunjangnya menjalar ke dalam tanah sejauh 6 meter untuk mencari pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil dalam amaun yang banyak melalui proses fotosintesis secara semulajadi.

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan alfalfa dapat membantu mengikat carcinogens (bahan-bahan yang boleh menyebabkan kanser) di dalam usus dan mempercepatkan penyingkiran toksik dalam badan.

Penggunaan ubat semasa rawatan chemotherapy akan menyebabkan sistem imun menurun dan alfalfa berfungsi untuk meningkatkan sistem imun badan manusia.

Kanser tidak akan merebak pada badan yang beralkali. Pengambilan alfalfa dapat membantu menjadikan PH badan kepada alkali dan ini akan membantu melambatkan dan memberhentikan sel kanser merebak.

Cara makan : 5 biji 2 kali sehari.


8. GARLIC


Garlic telah digunakan sejak turun temurun untuk tujuan kesihatan. Antara penyakit yang boleh dibantu dengan pengambilan garlic ialah penyakit cardiovascular system dan kanser.

Antara bahan aktif garlic ialah :

alliin – dalam garlic yang segar
allicin diallyl disulphide (ia mengeluarkan bau seperti sulfur menyebabkan ada orang yang tidak suka mengambil garlic)

Garlic juga mengandungi pelbagai bahan yang lain. Dianggarkan lebih 200 bahan terdapat dalam garlic termasuklah selenium (sejenis antioksidant), kalsium, vitamin B, C dan sebagainya.

Garlic sangat baik untuk membantu mengawal kanser. Kajian di kalangan rakyat China dan Italy menunjukkan risiko mendapat kanser perut adalah lebih rendah dengan pengambilan garlic. Garlic juga baik untuk jenis-jenis kanser yang lain.

Garlic melindungi dari kanser dengan cara menyekat pengeluaran nitrosamine. Garlic dapat menguatkan sistem imun.

Cara makan : 2 biji 2 kali sehari


9. DTX COMPLEX

Berfungsi untuk membersih, merangsang dan menjana semula sel-sel hati bila diperlukan.
Pesakit kanser memerlukan tahap kesihatan hati yang optimum untuk membersihkan darahdaripada kesan toksik daripada chemotherapy.

Kebanyakan pesakit kanser bukan meninggal disebabkan oleh sakit kanser itu sendiri tetapi disebabkan oleh kerosakan hati kesan daripada rawatan chemotherapy.

Cara makan : 1 biji 3 kali sehari.


10. VITA-LEA IRON FORMULA


Vita-Lea yang telah menjalani ujian klinikal adalah dirumus secara saintifik untuk keberkesanan dan keperluan tubuh.

Memberi 28 jenis vitamin yang penting dalam satu rumusan yang seimbang.
Dirumus secara saintifik dan diuji untuk keberkesanannya.
Membantu mempertingkatkan kesihatan badan untuk jangkamasa panjang.
Menolong melawan pengoksidaan yang berbahaya: dua kali ganda Nilai Harian bagi vitamin C dan E, iaitu antioksidan yang kritikal untuk membantu mencegah kerosakan sel akibat dari pengoksidaan yang berbahaya.

Cara makan: 1 biji 2 kali sehari.


TESTIMONIAL PESAKIT KANSER YANG MENGAMBIL SHAKLEE

Ini merupakan ikhtiar kita dalam membantu orang tersayang kita. Kuasa ALLAH jua penyembuh segala penyakit. Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin vitamin ini sila hubungi kami sekarang untuk mendapatkan vitamin anda:

Ana Lyana
0182244135
Pengedar Shaklee Putrajaya






Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...