Skip to main content

Kisah Kesah Aidilfitri 2015

Selamat Hari Raya semuaaa...

Dah raya ke 11 barulah ade mood nak update entry raya... Malas sungguh la... Fikirkan moment gini tak boleh miss citer dalam blog, so aku gagahkan jua...

Tahun ni giliran kampung Enady kat Jengka 17, Pahang. Dah 2 tahun berturut pagi raya aku beraya ngan anak2 je kat kampung aku, alhamdulillah raya tahun ni dapatla beraya sekali kami laki mini... walaupun baru je lapor diri, cuti pun x banyak, gigih jugakla kami balik dua kampung.. Betul2 memanfaatkan cuti 6 hari tu.

Timing balik raya kali ni smooth je... gerak balik Pahang kul 3.30 pagi dari Putrajaya. Sahur atas jalan je. Takde singgah mana2. sebelum masuk highway tu singgah Petronas beli air n roti2. Jem sikit je kat Bukit Tinggi tu tapi xdela jem sampai tak bergerak. Ngam-ngam kul 7.00 pagi sampai ke kampung halaman. Mak tengah sapu sampah kat laman rumah. Abah xde, keluar dah g carik lauk raya. Tido jap semua, pastu kul 10 pagi baru bangun siap2kan semua lauk2 untuk hari raya...

Menu hari raya macam biasa la, cuma aku request kat mak, aku nak sambal kacang daging... terbaikkk la mak masak... sedappp...

Menu lain :
Nasi himpit
Rendang ayam
Rendang daging
Sambal Kacang
Kuah Lodeh
Sambal sotong

Haaaa ko, meriah kan...raya pertama dah licin kami makan anak beranak je.. hehe...


Subuh2 dah bangun, punyalah semangat anak2 nak beraya.. Tahun ni aku rasa macam dorang rasa kot nikmat beraya tu... tahun lepas Zara kecik sket, so dia tak paham sangat...


Breakfast dulu ya...




Pastu lelaki2 g solat Hari Raya, deme ni tolong masukkan kuih dalam bekas...


OK, papa dah balik... tak plan pun tahun ni warna kuning mustard ni... mana yang jumpa je.. baju raya Enady tu, baju melayu dia masa bujang.. kehkehkeh... Dia kata takyah beli, baju tu elok lagi... ok jimat dah kat situ...badan tak membesar dan tak mengecil.. perut je ke depan sikit.. kihkihkih.. jgn marah papa.. =p


Sesi salam-salam raya pulak... Atuk bagi duit raya... Tima kasih atuk...



Enady start dulu...




Pastu baru aku...



Mak ngan Abah pulak...


Aku suh Dani amik gambo aku bersalam ngan Enady... semua tak jadi... ciskek la....huaaaa xde gambar salam-salam ngan Enady...


Aku tegur dia merajuk... terus taknak bergambar dah... tu yang dok kat belakang tu.. hahaha...



Gambar Mak n Abah... Kami je yang ada... Akak ipar n family petang raya baru sampai. Raya kat Kuala Pilah dulu. Adik Ipar, raya kedua balik.. turn raya kat Gelanggi dulu tahun ni deme...



Family Potrait Raya 2015... Gambar paling senonoh la ni... pastu Zara dah start rimas pakai tudung tu... tajam la apelah dia cakap...


Tengok muka Zara dah senget2.. hahaha... dia dah rimas..


Habis bergambar, kitorang g beraya kat umah abang mak kat dalam kawasan Jengka tu jugak...

Pastu umah kawan mak depan umah je... then rehat sebab solat Jumaat kan... Lepas solat Jumaat sambung beraya ke rumah kawan lama aku n Enady. Sama-sama keja kilang Hicom Teck See dulu. panggil EJ je...

tu EJ... ni beraya kat umah angah ni... bff Enady dari zaman kecik2..


Lepas rumah Angah, aku ajak Enady g umah mak sedara aku kat Jengka 18, MakLong, kakak ibu aku. Sebelah Jengka je...Derhaka kalau tak g ziarah kan... hahaha..  Takde call xde apa, main terjah je. Mujur la ada orang... Jom kita beraya..


Anak-anak dah berlengass... tukarla bajuu... Ngan Mak Long.. Mak Long masak nasi minyakkk... Sedappp...


Giler lama tak jumpa minah ni... Kazen aku, anak Mak Long, Lin. Walaupun dok KL, tak pernah pun terjumpa.. hahaha, harapkan Raya jelah baru terjumpa ngan ko kan Lin... =p

Habis raya pertama.. 

Raya kedua plak...

Pagi-pagi lepak jap layan drama si Ammar Asyraf ngan Elizad tu berlakon... Bukan Wanita Sempurna kot tajuk dia... sedihhhhh wuwuwuwu...

Plan asal nak g beraya umah sedara aku Jengka 25 dalam kul 10 gerak... Tapi masing-masing malas nak bersiap.. kehkehkeh... habis citer tu kul 12 tengahari baru la bersiap. Agak jauh jugak perjalanan ke hujung Jengka tu... Kul 1 lebih baru sampai... orang tengah dok relax aku datang beraya khenn.. hihi, mintak maaf Cik Odah n Pakcik Deris... Anak sedara ni dtg jauh2 2 3 tahun sekali baru dtg beraya.. hehe..

Jumpa la anak2 Cik Odah tu, Ajib, Alif n KakYong Miza ke Liza ke.. tak ingat dah. Yang ingatnya, mase kakyong tu kawen, aku n ibu n adik2 ada dtg tido sana ngan arwah nenek. Aku siap jatuh tergolek kat bukit depan umah deme tu.. kahkahkah.. kenangan masa kecik... Masa kenduri si Ajib tu pun aku ada datang.. ni bukti dia Ajib!.. hahaha...



Beraya ngan jubah dari Cyrus Amiera...
The first jubah yang aku pernah beli dan pakai... dan terus jatuh cinta...
Sedap pakaiii.. raya kedua ketiga aku lenjan je pakai jubah ni...
Tengahari2 buta pun relax je tak berlengas..



Tq Ajib sekeluarga... anak2 aku hantu mee.. memang makan bertambah2 la.. hihi... aku pun tambah sebab sedap... =p

Setel umah Ajib, singgah la jap Bandar Pusat. Enady dah berjanji ngan anak2 nak belikan mainan... Mainan mainan mainan... Hurm... xlarat nak larang dah... Papanya rajin melayan mainan anak2... Mamanya tidak la... lebih baik beli makanan abang oi! =p Mujurla ade 1 kedai ni bukak.. jadikla dari takde kan.. alah dorang ni suka mainan lego yang dalam kotak2 kecik tu.. sekotak dalam RM3-4.. Yang bikin aku amarahnya adalah... lepas main bersepah2 dan aku asyikla terpijakk.. sakit wooo... aku geram aku lempar je dlm tong sampah.. sekian.

Manela papanya tak beli dan lagi dan lagi kan... Mamanya terpijak mamanya buang.. hahaha...

Balik dari Bandar Pusat, tengok2 penuh haa rumah... adik ipar dah sampai dari Kota Gelanggi ngan family Ucu satu van datang beraya daripada Rawang... Plan asal nak balik Perak lepas Asar, ditangguh ke lepas Maghrib... dah orang datang rumah kan, nanti2 la balik tu... Jumpa pun setahun sekali...

Lepas Maghrib kemas2, lepas Isya' jugakla gerak dari Pahang... Ikut jalan yang biras bgtau, 4 jam je dari Pahang ke Perak.. Memang win lah. hehehe.. kul 1 pagi sampai Perak. Ikut highway Duke nanti tembus Jalan Duta. Xde jem n x banyak kereta.

Citer Raya Ketiga next la.. penat dah entry ni dok lama dalam draft...


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥
1 comment

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…