JERAWAT!!!!
Jerawat bukan sahaja menjadi masalah kepada anak muda atau remaja tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.
Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.
Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalkan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.
Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri.
PUNCA JERAWAT
- Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an.
- Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
- Penggunaan pil perancang dan ubat steroid
- Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
- Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
- Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.
Kebanyakan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat. Tetapi sesetengahnya boleh menjadi teruk dan kronik.
TIPS ELAK JERAWAT
1. Jika anda sudah menggunakan pelbagai jenis pencuci muka namun tetap jerawat tumbuh, anda harus berhenti dari mengunakan kesemua jenis pencuci muka selama seminggu.
2. Dalam tempoh seminggu, pastikan anda mengelap muka anda dengan tuala yang bersih supaya kotoran dan kulit berminyak tidak menghalang pengudaraan muka anda.
3. Setelah seminggu , anda barulah mengunakan semula pencuci muka yang benar-benar bersesuaian dengan muka anda.
4. Basuk muka 2 kali sehari iaitu pada mandi pagi dan petang.
5. Amalkan mengelap muka dengan tuala bersih.
6. Perbanyakkan mengambil wuduk (Air sembahyang)
7. Jangan sentuh muka dengan tangan yang kotor.
8. Kurangkan stress ditempat kerja ataupun belajar.
9. Gunakan pencukur baru ketika bercukur.
10. Elakkan makan dan minum :-
- kacang dan jajan
- tempe
- makanan yang terlalu pedas
- makanan yang terlalu berminyak
11. Kurangkan aktiviti luar dan hindarkan dari udara yang berdebu.
12. Bersihkan muka dahulu sebelum make-up.
♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥
No comments:
Post a Comment