Skip to main content

Derma darah di Hari Bersama JPPH

Minggu lepas hari Khamis ada Hari Bersama JPPH. macam2 program la antara nya derma darah ni. Aku ni rasa cuak jugak nak derma darah sebab dulu masa first time derma darah, aku tak dapat penuhkan satu bag sebab salur darah aku kecik... 6 tahun yang lepas tu.. haha, lama kan... 

Ntah kenape ntah, kali ni aku menonong je boleh isi borang nak derma darah tu... Ingat nak teman Faz je. sekali terisi pulak borang tu.. hehe.. Belasah jelah. Try je. mane tau dapat berbakti kat orang yang memerlukan..:) Tapi dada dup dap dup dap ni.. haha.

Dah isi borang, amik sample darah. Amik bacaan Hb sebenarnya... pastu orang tu masukkan sample darah tu kat dalam cecair ape ntah.. dia cakap, tak cukup iron puan ni... "baiklah, lepas ni nak makan Vitalea semula", pastu check HB pulak... 12.5. oklah normal tapi border gak tu yer puan, orang tu cakap...bahiklah! Tapi still boleh derma darah lagi...

Then, kaunter ke 3, isi detail kat dalam lappy.. bukan aku yg buat, doctor tu yg buat. Kaunter ke 4 baru baring amik darah...huhu, scary yo! Amik tangan belah kiri, nurse tak jumpa pulak salur darahnya, tukar kanan tangan, baru ada. Hehe, atenye tangan kanan yg selalu buat kerja kan..:)



bersedia..!


Rupanya ini adalah bius yer, patutlah tak berapa sakit sangat time dia cucuk tu, kalau tgk jarum untuk amik darah tu boleh tahan besarnya... besarla.. eh besarla! tak macam jarum selalu kita amik darah waktu nak buat buku mengandung tu..

Alhamdulillah, selesai la derma darah. Dapat penuh satu beg kecik. tu pon aku dah lenguh tangan nak mengepam darah tu keluar... Semoga dapat membantu orang yang memerlukan...

Oh ya, dah tak takut jarum nampaknya puan Ana. Hahaha, Adakah ready untuk no.3??? jeng jeng jeng...

Lepas derma darah ada cek kalori, tahap kelemakan, dan berat tinggi semua lah... 


Adik2 ni dari UPM.. yang incharge ni


Very sad, dari atas sampai bawah penuh ngan lemak jahat.. hahaha, kena turun lebih kurang 20kg. Chaiyok Ana!


Dah selesai kat situ, barulah kitorang menjelajah ke booth2 lain pulak, salah satunya booth MRT ni.. tau ke MRT tu ape? yang tengah dalam pembinaan daripada Sg. Buloh ke Kajang. MRT tu My Rapid Transit.



Hasil kutipan dari booth ke booth... hehe..


sijil kedua, sijil first dulu ntah mane peginya ntah..

Sekian. =p

#entry perap.
1 comment

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…