Thursday, April 10, 2014

Cara-cara Nak Daftar Pra Sekolah dan Tahun 1 2015

Ok, ramai yang tanya pasal aku buat pendaftaran Pra sekolah Dani hari tu. Dengan baik dan rela hatinya, aku buat tutorial macam mana nak daftar...

Tapi yang ni untuk orang sekitar Putrajaya jelah dan orang luar yang nak hantar anak bersekolah di Putrajaya..

Tarikh tutup untuk Pra sekolah 30 Julai 2014. So, banyak masa lagi. Tapi dinasihatkan, register dan  hantarlah borang2 tu awal2 sebab masa aku hantar hari tu pon permohonan dah tinggi. Ada dalam 200 lebih permohonan untuk 6 tahun. 5 tahun 3-4 orang je termasuk Dani.. Haha, tu yang aku update mencuba nasib tu. Lagipun pembantu pra tu cakap, dorang akan tapi secara telus. Tgk berapa tanggungan dan pendapatan perkapita... Dan diutamakan kanak2 yang 6 tahun. Macam takde harapan je untuk Dani ni kan, tapi takpe, cuba dulu yang penting...

Lagipun dah ade plan B,C, D dan seterusnya kalau takdapat pra sekolah tu..:)



 Ok, first gugel la pra sekolah. kalau dah ada laman web dia, taip jelah takyah gugel kan..:) Dah gugel, amik yang E-SPPM tu...Klik.



Dan akan keluar macam ni... Amik yang arrow merah tu kalau nak pra sekolah la, Time nak daftar anak darjah 1 nanti pon, sama gak macam ni...

Dah klik... dia akan keluar macam kat bawah ni...


Isi tempat kosong tu, then hantar...


Isikan jugak segala mak nenek makkumat yang dia nak tu...

pastu klik hantar tau...

Then dia akan email kita apa yang kena buat seterusnya...

Aku carik email yang dorang hantar tadi, tp xde plak...Tapi dlm email tu dia ada cakapla kena bawak itu ini... Siap ada senarai semak.. Follow je nanti...

Then, dalam masa 14 hari, korang kena pergi sekolah yang korang mohon tu untuk serahan dokumen.

Untuk pra sekolah, bulan 10 nanti baru boleh semak...

Ok, itu aje...Dah g daftar cepat... Aku tak sure negeri lain camne...



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

No comments: