Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Tutorial Nak Beli Photobook Dan Cara Menggunakannya



Tips: Pesan awal2 ni, banyak sikit stepnya, dan agak renyah jugak ye untuk newbies. Nanti once dah expert, sapsapsoi ja... hehehe..

2 hari aku siapkan tutorial ni..;)

**********

Hai...

Aku terlebih rajin ari ni... Ni khas untuk new user yang tak reti nak beli photobook n cara-cara nak gunakan voucher tu. Tengah ada photobook free tu, lepas baca ni, bolehla korang beli ya... Beli dengan harga RM0.00... hehehe...

ok first :




1. Bagi dah pernah ada akaun groupon, login je.. Kalau takde, kenalah register.. Klik kat atas tu yang aku merahkan tu..



2. Login @ Register...



3. Dah login, klik BUY.


4. Tengah ada promo yang RM0.00 tu, klik la yang tu... kalau dah habis, dia takleh klik kat BUY tu.. kalau boleh klik, blom habis lagi lah tu...




5. Dah klik, dia akan keluar kat atas ni, make sure kalau klik yang RM0.00 tu, harga final pun RM0.00 tau... Jangan lupa klik Online banking tu, kalau ada credit card, pilih credit card pun boleh.. tapi ni aku select yang aku selalu buat lah yer... pakai online banking je... jgn lupa tick gak kat yang aku arrowkan tu... Then klik SUBMIT ORDER... :)




6. Ok selesai dah purchase...



7. Pastu pergi kat My Groupons tu.


8. Dia akan pergi kat detail yang kita beli tadi... Klik download atau display untuk tengok voucher code.




9. Ni lah rupa voucher tu... kat atas yang aku bulatkan tu, no voucher... Takyahla amik no aku tu, sebab aku dah redeem pun yang ni.. hehe...

10. Part yang ni orang macam malas baca sikit...=p Takyah la baca semua. Baca sikit je... yang aku bulatkan tu, sila klik untuk aktifkan kod voucher.




11. Bila klik tu, dia akan kuar kat sini... Isilah semua2 tu... Voucher Code amik yang kat voucher tadi tu... Then submit.



12. Selesai pengaktifan kod voucher.




13. Ok lepas dah aktifkan kod, korang pegi kat voucher tadi tu. klik yang http://www.photobook.com.my/tools/quick-online tu untuk download software photobook. Aku download je senang compare to online designer tu... Sebab kalau yang download boleh simpan lama2 rasa selamat sikit.. kalau online designer tu, kang buat2 tiba2 internet disconnected, huwaaaa penat je buat... aku dh pernah kena.. so nak selamat, better download la...



14.  Haaa, nilah rupanya photobook yang dah di download... Klik Create a New Project.



15. Klik Photobook.



16. Klik yang hardcover and softcover... Jangan pandang harga tu, klik je... :) Then klik next.




17. Pilih yang 6 x 6 Mini Square Softcover. Then klik Next.. Again, jangan pandang pun harga tu.. :)



18.  ok, bagila nama album yang korang nak buat... then klik create.



19.  Akan kuar cenggini lah software photobooknya tu... Klik + tu untuk import gambar2 yang korang nak...


20. Kalau nak buh gambar kat tengah2 tu, just klik gambar n drag je masukkan dalam kotak2 yang disediakan... Nak pilih template, klik je kat bawah tu, page styles, Masks, Background dan sebagainya tu. Sama gak, kalau nak pilih template tu, just klik n drag mouse tu ke bahagian tengah tu... Work area orang design panggil.. :)

Buatlah sampai habis page... nak edit2 buh gambar comel just select je... kat bahagian kiri tu ada nak pilih font, nak terangkan gambar, dan sebagainya lah... rajin2 kan godek2 ya... try n error... jangan malas2.. :)

ok bila dah siap semua jangan lupa tekan gambar disket tu untuk save. dah save, kalau nak order terus pun boleh. Nak order kendian2 pun boleh sebab kita dah save kat software kan.. kalau buat online designer, dah kena proceed ari tu jugak... Kalau nak proceed terus, klik gambo troli tu ya...



21.  Dah klik, dia akan kuar macam kat atas ni... klik kat yg aku bulatkan tu then klik start.



22. dia akan pergi photobook punya laman web. Macam biasa la, sila register dulu kalau pengguna baru... Kalau dah pernah guna, log in saja... :)



23. Dah log in, dia akan terus keluar sini.. log in ngan username n password yg betullah ek... ok then, make sure kan nama projek photobook korang tu tadi pasti klik continue... again n again, jgn pedulik harga tu sampaila ada satu step ni baru korang kena alert dengan total pricenya...:)


24. Lepas tu, korang akan nampak page mcm ni..., pastikan alamat utk delivery betul. Buh la alamat yg ada orang yg akan sign sebab mostly dia pakai Gdex... tapi baru2 ni aku redeem, pakai poslaju plak... mana2 lah ye, asalkan ada orang yg akan terima kurier korang tu nanti.

Pastu, klik kat caj delivery yg RM8 tu tau... yang paling murahla.. jangan lupa klik continue...



25. Haaaa, kat sini la kena masukkan voucher code yg kita dh aktifkan tadi... dah masukkan, klik redeem. Kalau valid lagi, so proceedla voucher code tu... macam kat gambar bawah ni... dah redeen, klik la bank mana yang korang nak guna.. aku selalu maybank je la... kdg2 cimb... mana2 yg korang ada duit dlm tu yer... jgn yg zero plak..hihi.. camno nak bayar...





26. Oh ya, bila korang dh klik redeem tu, korang pastikan jugak yang total amaun yg nak kena bayar adalah harga caj delivery je (kalau yg beli photobook RM0.00 la) kalau korang beli yg RM5 ke RM10 ke... make sure jugak total price tu dab siap2 masuk ngan caj delivery... dulu2 sebelum GST, RM8 je caj delivery. Skrg, RM0.48 tu adalah caj GST ya...

Pastu, klik confirm order...



27. Dah klik confirm order, dia akan pergi ke gambar kat atas ni... make sure harga and klik proceed...




28. Akan keluarla online banking ni... mcm biasala klu korang selalu buat online shopping ni, sure dah expert kat sini kan...;)

Log in username n password semua tu...



29. Kalau payment tadi berjaya, maka selesailah pembelian dan penebusan voucher korang tadi tu...



30. Bila payment dah berjaya, pergi balik kat photobook punya software tadi tu, dia akan keluar mcm gambar kat atas ni. Ni adalah untu upload kita punya photobook yg kita dh buat tadi tu kat server dorang... aku selalu pilih Upload order tu je... pakai internet. .. dah klik yang tu, pastu klik continue...



31. Sedang diupload... tunggula sampai habis. Lama tak lama la, dalam 15 minit selalunya bergantung pd kelajuan internet anda...:)



32. Ok habis dah upload...klik ok.

Siap dah la...


33. Kalau nak check korang punya photobook tu, klik kat Open Existing Project.



34. Kalau dah siap upload, status photobook tu akan bertukar jadik in production. Maknanya, dorang dah terima photobook yang korang upload tadi.



35. Jangan risau, kat email nanti pun, pihak Photobook akan bagitau la status photobook korang tadi tu... nanti dah delivery pun dorang akan hantar email bgitau consignment number bagai tu... 


Ok selesai.. semoga bermanfaat... panjang2kan la entry ni untuk orang yang nk belajar beli photobook n cara-cara nak guna voucher tu... 

Semoga berjaya... apa2 nak tanya, just drop komen kat sini ok... 

Sekian...:)




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Cara-cara Nak Daftar Pra Sekolah dan Tahun 1 2015

Ok, ramai yang tanya pasal aku buat pendaftaran Pra sekolah Dani hari tu. Dengan baik dan rela hatinya, aku buat tutorial macam mana nak daftar...

Tapi yang ni untuk orang sekitar Putrajaya jelah dan orang luar yang nak hantar anak bersekolah di Putrajaya..

Tarikh tutup untuk Pra sekolah 30 Julai 2014. So, banyak masa lagi. Tapi dinasihatkan, register dan  hantarlah borang2 tu awal2 sebab masa aku hantar hari tu pon permohonan dah tinggi. Ada dalam 200 lebih permohonan untuk 6 tahun. 5 tahun 3-4 orang je termasuk Dani.. Haha, tu yang aku update mencuba nasib tu. Lagipun pembantu pra tu cakap, dorang akan tapi secara telus. Tgk berapa tanggungan dan pendapatan perkapita... Dan diutamakan kanak2 yang 6 tahun. Macam takde harapan je untuk Dani ni kan, tapi takpe, cuba dulu yang penting...

Lagipun dah ade plan B,C, D dan seterusnya kalau takdapat pra sekolah tu..:)



 Ok, first gugel la pra sekolah. kalau dah ada laman web dia, taip jelah takyah gugel kan..:) Dah gugel, amik yang E-SPPM tu...Klik.



Dan akan keluar macam ni... Amik yang arrow merah tu kalau nak pra sekolah la, Time nak daftar anak darjah 1 nanti pon, sama gak macam ni...

Dah klik... dia akan keluar macam kat bawah ni...


Isi tempat kosong tu, then hantar...


Isikan jugak segala mak nenek makkumat yang dia nak tu...

pastu klik hantar tau...

Then dia akan email kita apa yang kena buat seterusnya...

Aku carik email yang dorang hantar tadi, tp xde plak...Tapi dlm email tu dia ada cakapla kena bawak itu ini... Siap ada senarai semak.. Follow je nanti...

Then, dalam masa 14 hari, korang kena pergi sekolah yang korang mohon tu untuk serahan dokumen.

Untuk pra sekolah, bulan 10 nanti baru boleh semak...

Ok, itu aje...Dah g daftar cepat... Aku tak sure negeri lain camne...



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Cara Mudah Buat Tab Menu Di Blog (UPDATE)

Ada tambahan :

Yang aku buat tutorial sebelum ni dah takleh pakai sebab blogspot dah ubah formatnya...

So, ramai yang komen tak dapat nak buat ikut tutorial aku ni... aku dah buat tutorial ikut format yang baru.


1. Pegi kat dashboard, klik Layout, then klik kat Add a Gadget.


2. Then dia akan kuar mcm ni, klik Pages.

ok, step 3 follow je macam biasa kat bawah ni...entry lama. Masukkan title Tab tu dan web address nya...

****************************************************
-ni entry lama-


Ada adik beradik RMC pm kat FB, camne nak buat tab menu kat atas blog kita tu yg Home, Shaklee, Testimoni, Contact us.. dan lain2 tu kan.. majoriti semua blog dh pakai ni..:)

OK, Lin Alin.. check it out!


1. pegi kat Dashboard blog masing2, klik kat pages.
2. Klik New Page tu..



3. Klik Web address


4. Masukkan address yang kita nak buat tab menu..
5. Klik save.


 6. Last sekali, save arrangement..Siap!

Sangat mudah. Tak payah pakai coding2 bagai.. semua blogspot dah buatkan.. kita je kena explore.

Selamat mencuba..:)


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Tutorial : warnakan title sidebar

kali ni tutorial pasal nak warnakan tajuk kat sidebar tu pulak...contoh macam gambar kat atas...

Apa yang korang perlu buat ialah klik Layout>Edit HTML
Kemudian korang cari kod

h2 {

Lepas tu korang tambahkan kod di bawah betul-betul selepas h2 {

background:#FFFF00;

Nanti kod korang akan jadi macam di bawah

h2 {
background:#FFFF00; <----- ni korang boleh tukar iku warna pilihan hati..

save n siapppp...






♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Tutorial : nak buat border kat sidebar

kali ni aku nk tunjukkan cara2 macam mane nk buat border kat tepi tu..kat sidebar tu..( macam gambar yg kat atas tu )

macam biasa..mula2..

KLIK LAYOUT > edit HTML

copy coding kat bawah ni..


#Profile1 {
padding: 0 5px 0 5px;
background: #ffffff; --> ni korang bolehla tukar kaler lain..ni kaler putih
border: solid #000000 1px; }

#HTML1, #Profile1, #HTML2, #Text2, #Text1, #HTML3, #LinkList8, #BlogList1, #HTML4, #LinkList2, #LinkList3, #LinkList4, #LinkList6, #LinkList5, #BlogList2, #LinkList1, #BlogArchive1, #HTML7, #HTML6, #Label1, #Text4, #TextList1, #TextList2, #HTML10, #LinkList7, #BloggerButton1, #HTML15 { padding: 0 5px 0 5px; border: solid #38B63C 3px; <---- ini plak color border, background: #ffffff; }

pastu pegi kat edit HTML tu, dan korang pastekan coding2 ni kat belah sidebar wrapper atau left sidebar wrapper tapi lpas tande } ni ek...

ok...mesti korang tertanya2 ape bnde yang ni kan


#HTML1, #Profile1, #HTML2, #Text2, #Text1, #HTML3, #LinkList8, #BlogList1, #HTML4, #LinkList2, #LinkList3, #LinkList4, #LinkList6, #LinkList5, #BlogList2, #LinkList1, #BlogArchive1, #HTML7, #HTML6, #Label1, #Text4, #TextList1, #TextList2, #HTML10, #LinkList7, #BloggerButton1, #HTML15 { padding: 0 5px 0 5px; border: solid #38B63C 3px; <---- ini plak color border, background: #ffffff;

klu korang scroll lagi kat edit html tu kan mesti ade jumpa coding2 macam kat gmbar atas ni,
kat situlah nnti korang akn tau mane yg korang nk diborderkan...contoh aku punye, kat ruangan giveaway from damia tu aku nk borderkan, just amik widget id : image2 tu dan letakkan dekat senarai # tu tadi...make sure ade tande # dan diikuti Image2.

dan setiap kali korang nk add gadget ape2, jgn lupa tgk dulu kat senarai widget id tu ape coding yang dorang taruk utk widget id...pastu ulang macam biasa letakkan #...

harap korang faham la ek...

tq...


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Tutorial : nak buat border kat title entry

just nk share ilmu yang aku ade...

kalau nk buat macam border seperti gambar kat atas ni...

Klik Layout > Edit HTML
(ingat..jgn lupa save template asal korang)

carik kod ni

.post h3 {

then kat bawah kod tu paste kan kod ni...

border: 3px solid #1b152b;
background: #d0bfff;

3px tu korang boleh tukar la kalau nk tebal ke nipis ke..just tukar no. je
#1b152b : tu kaler border..boleh ubah ikut suka hati korang la...
dan background: #d0bfff; yang ni utk background dalam border tu...boleh ubah kaler jugak...

ok siappp...jgn lupa preview dulu baru save k...

SELAMAT MENCUBA..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...