Wednesday, September 4, 2013

My big boy

3 tahun 5 bulan.

Besar dah anak bujang mama ni... Serius mama rasa kamu dah besar sangat. Mane taknya, badan dah tough, pipi kembung, perut boncet, kaki tangan dah panjang, rambut dah lebat. hahaha, tu dari segi fizikal lah.

Dari segi mental, dia punya butir bicara ada lagi yang tak faham. kalau dia cakap ngan orang lain, org lain tu mesti ter haa? haaa?.. hehe.. aku je yang faham. even papa dia pon. hikhik..

Teringat semalam, Dani nak air sirap.. dia mintak kat papa dia..

"papa. nak air sirap" tapi dia cakap pelat sikit.

Papa dia dengar "nak kete hilux? nah nah ni.."

Wakakaka, aku tergelak dalam hati kat dapur... saje biarkan dulu, nk tgk faham ke tidak.. Rupanya tak faham2 jugak.. haha..

"nak air sirap lah papa"

kikkikiki...







♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

1 comment:

KhaiZa said...

ha ha ha... memang kelakar.. jauh maksudnya tu..