Monday, May 14, 2012

Anak papa

semakin baik peace Dani..:)

Dani memang rapat ngan papa dia... Mana-mana papa dia pegi, mesti nak mengekor. Tak tenang mamat tu nak merokok ke, nak membuang ke, nak mandi ke.. Haha.. Kalau Enady nak mandi or tengah membuang kan, Dani akan ketuk pintu bilik air tu sampaila papa dia keluar. Tension orang lain yg dengar dia mennagis-nangis. Selagi tak keluar selagi tulah dia akan ketuk.. orang lain datang pujuk dia pun dia tak mau.. Aku bila dengar dia menangis mulalah rasa rimas + tension.. Pastu terus teringat, eh jangan tension jangan tension, habis kilang susu terbakar nanti.. =p




Masa ni papa dia nak balik Putrajaya. Jenuh la jugak papa dia nak balik. Dani pulak taknak berlepas. Nak berpeluk je ngan papanya. Menangis nangis. Lagila papa dia jiwa meruntun bila tengok anak kesayangan dia macam tu..

Last-last, PakNgah Ijai dukung Dani dan papa balik dengan hati gundah gulana. Haha.. babai papa..


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

1 comment:

aziyana said...

anak papa sungguh dani