Saya budak baru belajar

Aku kan..tinggal lagi sebulan cuti bersalin habis. Boring dah asyik rutin harian yang sama. Eh, bukanlah kata tak suka dok umah mak ayah aku ni. Tapi kalau orang dah biasa bekerja macam aku ni, mati kutu jugak dibuatnya bila hari-hari dok umah and buat benda yang sama. Dan banyak masa terluang. Rugi rasanya kalau masa yang terluang tu aku bantai tido berjam-jam.

Lantas aku terfikir...

Mak aku ni kerjanya menjahit baju kurung. Pernahla menyuarakan isi hati nak belajar menjahit baju kurung. Terus kena perli, masa habis sekolah dulu taknak belajar. Haha, masa tu jiwa muda remaja belia ibu..Mane fikir jangka panjang. Mahu enjoy saja. Nak jahit baju kurung bila time raya takyah susah, Ibu ada boleh tolong jahitkan. Habis malas pun, ada duit lebih, g je beli yang ready made. Dulu bolehla beli yang ready made. Badan kecik lagi. Sekarang... usah dibayangkan lah.. haha..

Plus, mak aku pun tengah busy menjahit. So, takde masa nak ajar aku ni. Nak pergi belajar kat KEMAS, macam leceh pulak sebab nak kena tinggal anak-anak. Nak taknak, aku carikla solution lain. Tengah surf internet, tetiba terfikir. Eh, kat google mestilah ada kan cara-cara nak menjahit baju kurung. Sekali aku google.. nah kau! berlambak-lambak kot tutorial macam mana nak buat baju kurung. Terus semangat.

Amik baju contoh terus ukur-ukur. Then nak start menggunting lah. Sekali lagi kena perli ngan Ibu, amboi, terer nampak nak terus potong kain memalam ni. Orang kalau yang baru belajar ni mestilah lukis dulu kat kertas kajang, ukur-ukur semua baru gunting.

Hahaha.. tengokkkk.. Excited kan aku..=p

Takpelah, malam ni kita amik ukuran baju je dulu. Esok balik daripada check up kat hospital tu singgahlah jap kat kedai jahit beli kertas kajang n kertas pelapik utk buat leher baju. :)

Senang kan sekarang.. taip je kat internet, semua ada. Faham ngan tak faham jelah lagi..:)

basic baju kurung..:)



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

No comments:

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...