Skip to main content

Review check up 40 weeks

Tadi g check up kat KK Presint 11.

Resultnya :

Berat : uwaaa, naik lagi sekilo weyy, selagi tak bersalin, selagi tulah naiknyaaaa...Haisshh, jenuhla nak turunkan berat badan nanti..

Urine : ok

Hb  : Tak check sebab nurse kata baru minggu lepas check.. so, aku tak taula hb aku naik ke turun lagi..

BP : mula2 tinggi. pastu check balik..bertenang jap.. then baru ok..

Jantung baby : ok

Pastu, g jumpa doctor untuk scan 40 minggu. Result scan.. 

Gender baby : sama macam 3 orang doctor yang scan lepas-lepas..

Berat baby : around 3.5 kg! Wow Besarrrrr! Jenuh la aku push nanti ni..

Air ketuban : kurang kata doctor. So, aku di'refer' ke Labour Room Hospital Putrajaya.

Dalam kul 1 tengahari tadi, aku ngan Enady g Dewan Bersalin kat hospital Putrajaya nun. Masuk register then doctor lakukan prosedur dia. Merasalah kena seluk untuk second pregnant ni. Check CTG.. Scan detail. And doctor decide air ketuban cukup. Tapi 2-3 orang doctor jugak la yang tolong decide n kirakan air ketuban tu.. habis perut aku dibanjiri gel tu..hehe.. Air ketuban nampak macam kurang sebab doctor cakap ada border je.. tak nampak airnya.. Last2 normal..:)

Doctor suh balik umah dulu. Lagipun jalan pun lom bukak lagi. Tapi 5 hari lepas hari ni, kalau tak bersalin jugak lagi, on 21 Mac kenalah datang menyerah diri ye.. Doctor keskan kes aku ni sebagai IOL (Induce On Labour). But kalau dah ada tanda2 bersalin n so on tu kan, cepat2 lah datang hospital ye..Hehe.. Baik doctor!

Makanya, tunggu lah lagi 5 hari ya..:) Ibu, Ayah, Ika n Dani akan pulang ke kampung esok pagi.. Oh ye, lupa nak cerita, tadi dalam kul 11 pagi, ayah ngan Ika selamat sampai sini.. Akhirnya, jejak jugak ayah kat Putrajaya ni.. *Ayah jenis susah sikit nak ajak berjalan..=p


In case kalau dah bersalin bila Ibu Ayah dah balik, gamble jelah kami laki bini.. Uruskan apa2 yang patut, then balik kampung.. Takpe, adik aku ada, kakak ipar aku pun ada kot nanti. Leh tolong tengok2 kan..:)

Sekian, cerita 40 minggu saya!

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥
2 comments

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…