Tuesday, August 16, 2011

Topic Hot FM : Nama Gelaran

Tergelak aku sensorang dalam kereta dengar topik pagi ni.. Korang dengar tak radio pagi ni...

Terus terimbau kenangan lama.

Masa kecik2 sekolah rendah, budak-budak jahat ada bagi aku gelaran. Tapi tak sampai hati nak tulis kat sini. Sebab dia melibatkan nama bapa. Nama ayah aku kan Uzir so, dorang ejek aku dengan nama satu binatang tu. Dulukan budak2 jahat ni suka main nama-nama bapak kan..

Sekolah menengah, takde kot..:)

Zaman belajar kat U, Ana tido. Haha, sebab aku pantang je masuk kete mesti tido. Dalam kelas, mesti tido. Dalam studio, konfem boleh tido. Nak tunggu turn accessment pun aku boleh tertido. Lagi satu, gelaran ni terkenal di kalangan player2 handball UiTM Perak je. Ana jatuh. Sebab nasib aku selalu malang. Selalu jatuh. Pastu jatuh bila tengah lepak-lepak ngan dorang je pulak tu. Haha.. Yang paling aku tak boleh lupa masa ada game kat UiTM Merbok, aku ngan Amir dok satu meja kayu ni, sekali meja tu rebah sebab reput. Hahaha.. aku jugak yang kena padahal duduk berdua tu..

Masa zaman belajar jugak, ada orang gelar aku badak. Huhu..sedihh..dia ingat aku nak rampas boyfriend dia.. Dalam surat, panggil aku badak..T_T

Zaman kerja, takde rasanya...

Zaman belajar jugak yang best kan..Rindu zaman tu..

1 comment:

Ayuraza said...

kit apun budak2 ejek nama bapak..terok kan..sekarang cuba tengok..memang nak kena lempang..hahahha