Thursday, August 25, 2011

First scan


Titik permulaan garisan kuning tu adalah kepala dia dan sampai hujung tu adalah kaki dia..

Syukur alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja. Aku yang merisau lebih. Disebabkan kegusaran aku lepas dari check up masa hari Isnin hari tu, hari Selasa, terus husband ajak scan baby kat An-Nur. Unplanned sebenarnya. Niat nak pegi Mydin tengahari tu nak shopping sikit-sikit je lagi *husband keje malam this week, thats why dia ajak shopping siang*. Pastu terlalu lah pulak kat depan An-Nur.

Kat An-Nur tu, punyalah lama nak tunggu doktor bertugas. Adalah satu jam kot..huhu..bulan puasa, so aku bersabar ajelah. Husband dah siap tertido-tido..:)

Masa scan tu pun aku berdebar gile. Takut ada berita tak baik. tapi alhamdulillah, doctor scan n nampak my baby tu swimming...haha, sangat comel! Teringat juga masa first time scan Dani dulu, macam tu lah jugak rupanya. Aktif!

Terima kasih Ya Allah Ya Tuhanku atas kurniaan ini..

Note : masih lagi mengalami mabuk dan sifat malas yang teruk..

1 comment:

atty's said...

alhamdulillah semuanya okeh..
takecare ana

selamat hari raya & maaf zahir batin