Tuesday, August 23, 2011

Second check up for the 2nd

Alhamdulillah, pagi ini bertemu lagi...:)

Petang semalam, 22 Ogos, check up kedua untuk yang kedua ini..

Dah diduga, berat mesti turun.. 4.3kg turunnya.. dah merah angka kat dalam buku pink tu..Hb alhamdulillah normal, 11.3...urine pun ok, normal.

Lepas raya, 12 September, aku kena buat MGTT. MGTT tu adalah minum air gula ya kawan-kawan. Disebabkan pregnant yang lepas aku ada sejarah kencing manis *sebenarnya masa tu tak cukup lagi 2 jam, aku dah mintak nurse tu amik darah, jadiknya kandungan gula dalam darah adalah tinggi lah..kesilapan sendiri, kan dah kena buat BSP = amik darah 4 kali sehari*

Prosedurnya, pukul 7.45 pagi datang klinik, sebelum tu kena puasa. Pukul 10 malam last makan. Then amik darah, berapa ml aku tak ingat dah. Lepas tu, minum air gula satu gelas tinggi tu. Rehat 2 jam. Dah cukup  2 jam, amik darah balik, then tunggu result.. Harap-harap aku tak loya-loya masa minum air gula tu. Aku mintak jugak buat MGTT ni lepas aku dah ok dari mabuk. Tapi nurse kata tak boleh, memang kena pantau berat ngan urine. Takut baby besar..

Dan nurse jugak bagitau, kalau post date aku 2 Mac 2012, aku diwajibkan bersalin 2 minggu atau seminggu awal dari tarikh post date tu. Sebabnya, takut ada effect kat baby, baby lemas and so on la..bla bla..

Semalam nurse check jantung baby. Cuak gile bila tak dengar langsung bunyi. Nurse carik-carik pun takde dengar jugak bunyinya. Nurse cakap, untuk yang second baby, supposely dah boleh dengar jantung baby bila usianya 12 minggu..Aku rasa down. Then nurse pun bagitau, maybe sebab perut tebal..*Hahaha, lemak pregnant Dani dulu tak habis buang lagi* " Takpe, 30 Sept nanti pun doctor akan scan, masa tu nanti kita tengok kedudukan uri semua dan ukurlilit kepala baby, panjang dia..masa tulah kita tau berapa minggu sebenarnya baby puan ni"

Lega bila nurse cakap macam tu..tapi jauh di sudut hati, tetap kerisauan melanda..:(

3 comments:

afni+hafiz=dani said...

ana, afni tak tau pun ana preg lagi..congratz darl =)

Adlina Husaini said...

eh yang,ngandung lagi?? wahh congrat!!!

JIVEBUMZ said...

ada tu baby nyorok disebalik lemak2 mama dia hehe