Spagheti kegemaran


Alhamdulillah selera makannya pulih sedikit demi sedikit setelah 4 hari melalui demam yang agak teruk. Dan sempena dia baik demam ni, ragamnya jugak sudah lain. Sudah pandai mengamuk kalau tak ikut apa yang dia nak..Huhu.. papa dialah yang jadi mangsa. =p


Malam tadi malas nak masak berat-berat. Jadi, aku cadangkan kat Enady, mahu masak spagheti sahaja. Antara alasan lain, nak bagi Dani makan. BS dia cakap, dia tak berapa nak makan nasi semalam, tonsil bengkak kan. Tambahan lagi, spagheti memang kegemaran Dani pun..


Setengah mangkuk jugak dia makan. Better than before. Syukur..


Sampai terbaring2 dia makan..sedap sangat ke mama masak? hahaha..wajib kena cakap sedap tau, kalau tak, mama tak nak masak dah..=p


Oh ye, spagheti jugak kegemaran papa Dani. Siap tambah-tambah makan malam tadi dan request buat lagi nanti.. Tq sayang, nanti mama masak lagi k...:)

Aku lagi akan rajin masak bila orang suka dengan makanan yang aku masak..Hehe..

noted : aku masak cincai campak campak je, jangan tanya resepi ye..=p




8 comments:

wardah @ fie shah said...

ala Ana, baru nk tnya resepi. hehehe. pandailah Dani makan. Fie belum bagi lagi kt Kakal spagetti. Nak kena try gak la ni

pja said...

bapak mikhail x suke spaghetti/pasta...slalu kalo masak spagheti/pasta...kena masak nasik jgak utk dia...hehehehee...

pRincESs_N said...

sedapnyerr dani mkn..

AnaLyana said...

Pja : takleh selalu, nanti bosan..selang seli gak ngan nasik..:)

Fie : hahaa..jangan ditanya..hihi taklah, ana masak macam biasa je.. just tambah kan sos spagheti mushroom tu..pastu masuk ayam potong kecik2..tak pedas pun..:)

N : nak ke? meh sini.. ada lagi ni..=p

aziyana said...

spagheti mgm best..org tua suka budak lg la kan..kalau tmabah cheese mmg wallah

Fadilah R. said...

padanlah bdn dani dah naik balik. dah suka mkn ye. bagus. imaan je kurus lagi. sob.

antalya said...

dani mkn spageti kosong ke atau tuang kuah sekali??

Zana Adieyza said...

zana x berapa suka spagheti tp abah zana suka..

Alhamdulillah selera makan dani dah bertambah ok..

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...