Wahai sahabatku Diana,
Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan kepada Selamat Pengantin Baru. Semoga kau berbahagia hendaknya dengan pasanganmu. Maafkan kerana tidak berkesempatan untuk melihatmu di hari persandinganmu. Rasa terkilan sangat. Kerana ada beberapa perkara yang tidak dapat nak dielakkan pada hari tersebut. Tapi aku ingat, hari itu adalah hari bersejarahmu..
Serius, masa aku lihat gambar-gambar perkahwinanmu kat facebook kak atty, aku rasa sayu. Sebab aku tak dapat menyaksikannya secara langsung. Mesti meriah kan. Mesti juga kau tertanya-tanya dimanakah aku. Sedih..Pohon pada Kak Atty, aku ambil gambarmu di facebooknya untuk kutitipkan kenangan di diari mayaku. :)
Terus teringat kenangan lama. Saat kita masih lagi menjadi warga SMK Dato' Seri Maharaja Lela.. Kita berutus-utus surat walaupun kelas kita sebelah menyebelah je. Macam-macam kita sembangkan dalam surat. Sebab tak berkesempatan nak sembang masa sekolah. Sibuk dengan SPM kan memasing. Tapi masih sempat mengarang surat. =p Surat-surat tu tak tau kat mana dah sebab ayah aku buat rumah dulu. Tapi aku rasa masih tersimpan di rumah belakang. Bila tiba hari jadi, mesti tukar2 hadiah. Bukan satu, tapi banyak. Paling aku tak boleh lupa ko belikan gula-gula choclairs banyak-banyak pastu ko balutkan dengan kertas pembalut hadiah. Haha, sayang nak makan. Tapi makan jugak sebab adik-adik aku sibuk dok mintak..=p
Tapi semua tu dah takde bila masing-masing membawa haluan sendiri bila dah habis sekolah. But still keep in touch, kate sekampung kan. Pegi klinik mesti jumpa..:)
Akhir kata, aku sangat-sangat rindu ko. Rindu zaman muda-muda dulu. Mustahil lah untuk kita patah balikkan..But kita still best friend forever! :)
yang sedihnya, aku ada gambar ni je dengan ko.. tu pun ramai-ramai..huhu. ngapelah tak teringat nak amik gambo banyak2 ngan ko dulu kan..
2 comments:
hope kwn ana tu memahami. aihh sensitip issue for me nih bab2 xdpt attend wedding besfren
tulah yun, hari tu pun msg dia, lamaaaa bru balas.. dia pun sedih kot..:( kirim hadiah ajelah nanti..
Post a Comment