Dani ada 3 orang mama. Bertuah betul dia. Aku, BS kandung dia - mama Ain dan BS angkat dia - mama As. Hahaha. boleh gitu.. aku mama kandunglah kan..:)
Dan hari ini Dani dijaga oleh BS angkat dia, mama As. Sebab mama Ain terpaksa pergi hospital, anak dia yang no.2 kena asma teruk malam tadi. Mama Ain sms pukul 4.50 pagi. Masa tu memang aku tengah lepak-lepak * ye..lepak-lepak pukul 4.50pagi ye* Dani bangun nak menyusu tapi tak nak menyusu sangat pun. Dia bangun nak main..Alahaii..ngantuk-ngantuk pun layankan jugakla..Tup tup bunyi mesej. Sapa pulak yang mesej pagi-pagi buta ni. Tengok-tengok mama Ain mesej,. Bagitau yang dia tak boleh jaga Dani, Aiman dan Aidil hari ni. Takpelah, kita nak buat cam mana kan benda-benda macam ni bukan kita mintak.:)
Nak mesej mama As terasa awal sangat pulak. Pukul 4.50 pagi kan. Tunggu jelah pukul 6.30 kang. Aku cakap ngan Enady, aku takleh nak cuti lagi. Kena kuarantin 28 hari. Lagipun minggu ni ada audit 5S from MPC. So, memang kena standby. Takpe, mesej mama As dulu. Kalau dia tak boleh jaga, barulah kita fikir lain. Masa ni lah satu kejadian berlaku. Aku memang surrender dah, nak tido mengantuk. Enady tolong tengok-tengokkan jap. Sekali dua-dua tertido. Sedar-sedar Dani menangis meraung. Tersembam ke lantai. Jatuh dari kereta dia. Benjol dahi. Terus aku amik napkin, tuam pakai mulut je. Sementara papa dia carik minyak gamat. Tak jumpa pun. Ntah mana-mana letaknya masa pindah hari tu. Pastu dah lama aku tuam tu, nampak ok, tak naik benjolnya. Terus aku sapu vick. Dani pun sambung tido balik. Aku lelap-lelap ayam jelah nak tunggu pukul 6. Pukul 6.30 pagi aku mesej mama As, mintak tolong jagakan Dani hari ni. Then, she replied ok.. Lega hati ni ada orang yang nak jaga Dani. Lagipun anak-anak mama As tu sukakan Dani. Anak mama As tu semua pompuan, 3 orang. Dapt pulak main ngan baby boy, sukalah dorang. *Baby boy? belasah jelah..:)
Sekian, cerita di pagi Isnin..:) Malasnya nak keje kan. Monday bluesss..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hello!
Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...
-
dah sampai Kuantan... dalam kul 3.00 petang camtu la... sepatutnya dari Putrajaya ke Kuantan blh sampai 4 atau 5 jam lpas tu... tapi disebab...
-
Dikenali sebagai edema Berlaku pada kaki biasanya pada trimester ketiga kehamilan Semakin nyata pada waktu awal tengah malam setelah sehari ...
-
Salam alaik, Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada...
No comments:
Post a Comment