Ibu dirumahku


First time Ibu datang ke rumahku. Eh, rumah lama Ibu dah datang berkali-kali. Rumah di Desa Pinggiran Putra nun. Cuma di rumah baru ni, Ibu belum lihat lagi. Dan disebabkan Dani ada Appoinment ENT kat Hospital Putrajaya tu, aku minta tolong ibu bawakkan Dani datang sini. Bukan Ibu dan Dani berduaan sahaja ye. Aku taklah sekejam itu nak biarkan ibu datang ngan Dani yang sedang melasak tu naik bas. Nasib baik KakYang ada. Adik aku tu cuti seminggu untuk amik result SPM dia. Dah habis cuti, baliklah dia ke sini. Kebetulan hari yang sama ngan appoinment Dani. :) Kalau tak, harusla aku yang balik kampung amik Ibu dan Dani. 

Ibu saya. :)

Tak lama pun Ibu datang. Selasa malam datang, Rabu malam dah balik. Tak berkesempatan nak bawak Ibu jalan-jalan puas-puas. Cuma sempat bawak Ibu makan kat tempat keje KakYang, McD Alamanda la apa lagi. Tu pun sebab nak redeem voucher yang boleh photocopy tu..pastu bawak pusing-pusing Alamanda. Sempat jugak Ibu shopping purse. Hehe..:)


Mase ni nak balik hantar Ibu lah ni. Nasib baik Ibu yang request. "Eh, tangkaplah gambar Ibu kat umah kamu ni Along.." Haha.. Seee, Ibu memang seorang yang suka bergambar. Dari zaman bujang Ibu lagi, sampaila dah bercucu dah..Kat kampung tu, bukan main banyak lagi gambar Ibu dan Ayah sejak zaman bercinta lagi..Dan janganlah salahkan kuah kalau dia tumpah ke nasi..:) Maksudnya, anak-anak pun mengikut..suka bergambar.


MakYang Dani. Dia tak ikut balik sebab dia kerja keesokan harinya. Tu yang dia berat hati nak berpisah ngan Dani. Yelah kan, cuti seminggu ngadap budak tecik jelah..:)

Haha, Dani pun berat hati nak tinggakan MakYang..=p
Habis dah. Takde penutup. Boleh kan...Love u all..:)

1 comment:

Seri said...

Ana, balik kg nti kirim salam same ibu eh.. lame dh tak jumpe.. hehe

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...